Part 39

7.7K 355 146
                                    

Adriana mengambil tempat duduk di atas sofa 'single'. Affiyah yang sudah terlena dibiarkan di dalam biliknya. Kini, hanya tinggal dia, Adrian, Adriz dan Tuan Ali di ruang tamu ala barat itu. Mengikut pengetahuan Adriana, Tuan Ali dulu merupakan teman rapat kepada Tengku Alham dan adik beradik papanya, mungkin kerana itu, setiap wasiat keluarga ini hanya diserahkan pada lelaki tua itu

"Tengku Alham ada mewasiatkan beberapa perkara sebelum dia pergi meninggalkan kita semua. Sebelum tu, saya ingin ucapkan takziah" mereka hanya mengangguk sebelum peguam itu memulakan sesi pembahagian harta

"Bagi pembahagian harta, Adrian akan mendapat separuh daripada harta Tengku Alham iaitu 50 peratus.. Adriz sebanyak 40 peratus dan Adriana sebanyak 10 peratus"

"Syarikat yang diuruskan oleh Tengku Alham kini sudah jatuh sepenuhnya kepada kamu berdua, Adrian dan Adriz. Pemegang terbesar syarikat adalah Adrian dan kedua terbesar adalah Adriz" berdua lelaki itu mengangguk akur

"Dan buat Adriana, Puan Marissa meninggalkan sebuah cafe miliknya buat kamu" Adriana berbalas pandangan dengan Tuan Ali, lelaki itu tahu apa yang gadis di hadapannya mahu

"Itu sahaja yang diwasiatkan oleh Tengku Alham kepada kamu bertiga. Jadi, saya minta diri dulu lah ye" Tuan Ali bersalaman bersama Adrian dan Adriz sebelum lelaki tua itu diiringi oleh Adrian ke luar rumah. Rumah yang dulu sentiasa ada serinya kini hilang begitu saja, orang tersayang kepada tiga beranak itu sudah pergi meninggalkan mereka selamanya

Adriz dan Adriana masih berada di tempat yang sama sebelum Adriana mula bangkit untuk ke bilik. Tidak sempat Adriana mengangkat kaki, Adriz bersuara menghentikan segala pergerakannya

"Mulai esok, aku dah tak nak tengok muka kau dalam rumah ni" keras nada suara lelaki itu

"Kenapa?" Adriana masih tegak berdiri memandang Adriz di sofa bertentangannya

"Kau tanya kenapa? Hey! Kau yang bunuh mak ayah aku! Kau tanya kenapa? Kau bodoh ke?" tengking Adriz kuat

"Aku dah cakap aku tak bunuh mama dengan papalah!!" Adriana tidak mahu kalah, suaranya juga ditinggikan

"Mama papa? Hey hey-" Adriz bangkit dan berjalan merapati Adriana

"Kau tu anak susuan je! Stop panggil mak bapak aku mama papa!" kepala Adriana ditunjal tapi pantas gadis itu menepis

"Aku tetap anak mama dan papa!"

Adriz tergelak sinis

"Kau memang tak sedar diri eh? Mengaku diorang mama dan papa kau tapi kau sendiri sanggup bunuh diorang! Hebat permainan kau perempuan murah!" Adriz menepuk tangannya. Muka Adriana berubah kemerahan, mungkin menahan marah

"Aku tak bunuh mama papa lah! Kau sendiri tahu kan yang aku dari dulu cuba jaga korang semua!" meninggi suara Adriana, Adriz mengangkat keningnya

"Oh ye? Kau cuba jaga tapi kau juga yang bunuh! Ingat sikit, Khaira, mama , papa, ayah Aryan semua mati disebabkan kau!" bahu Adriana ditolak-tolak menggunakan jari telunjuk

"Aku tak bunuh diorang!" berapa kali dia perlu ulang sehingga abangnya mengerti

"Yes you are! Aku akan buat apa sahaja untuk pastikan kau duduk lokap lepas ni!" Adriz terus berlalu pergi, bahu Adriana dirempuh kuat sehingga badannya tidak dapat menstabilkan diri tapi sempat dia berpaut pada sofa terdekat

Betullah orang cakap, kerana satu kesalahan, kebaikan yang lain tak diingati. Hanya kerana dia penyebab Khaira pergi, semua perkara baik dia buat tak pernah dilihat termasuk mencuba menyelamatkan semua orang. Kenapa dia dipilih sekiranya seorang pun tidak percaya! Kenapa dia masih mahu menyelamatkan mereka saat dirinya berada di bawah tapak kaki mereka!

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now