Part 45

9.8K 406 188
                                    

Kaca mata hitam yang melorot sedikit ke bawah ditolak kembali ke tempat asal.. Mereka yang menegur hanya diabaikan, bilik kerjanya dimasuki.. Tangan diangkat separa bahu kepada Kak Farah supaya berhenti mengekorinya

Adriana bersandar pada kerusi mahagoni yang terdapat di dalam biliknya, tingkap tinted yang boleh menampakkan dunia luar dinikmati.. Gula-gula mint di dalam mulut dikunyah perlahan sebelum bibirnya menarik senyum sinis.. Rayban yang tergantung pada dua pasang telinganya ditarik dan diletakkan di atas meja

"Kau memang tak pernah penat kan" kaki terus memusingkan kerusi yang dia duduki, berpusing kerusi itu 360 darjah beberapa kali.. Penat! Penat berlakon!

Lama Adriana duduk memikirkan segalanya sebelum dia memberhentikan kerusi yang tidak henti digerak-gerakkan dari tadi.. Laci bertingkat di mejanya dibuka satu persatu seperti hari-hari sebelum ini dan tangannya berhenti pada laci yang terakhir.. Laci yang tidak dapat dia buka sejak hari itu

Adriana berdecit halus

Tubuh dibangkitkan sebelum dia meregangkan seluruh otot pada badannya.. Memandangkan dia masih belum mengunjungi setiap pelosok bilik ini, apa salahnya dia lakukan sekarang

Setiap perhiasan dan pelosok bilik itu diperhati, jari telunjuknya diletak dan diheret di atas kabinet kaca sebelum terjatuh ke sisi.. Bingkai gambar yang tergantung di dinding memaparkan wajah Puan Marissa bersama dengan seorang wanita yang anggun di sebelahnya diperhatikan

"Cantik" bibir itu menarik senyum

Bingkai gambar itu diturunkan dari tempat asalnya, belakang bingkai itu dilihat sebelum kunci yang dicarinya ditemui.. Adriana tersenyum sinis

Bertahun-tahun musuhnya ajak bermain, mana mungkin hal kecil seperti ini dia tidak dapat selesaikan.. Bingkai gambar itu digantung semula sebelum dia berlalu ke arah mejanya

Kunci disumbat dan dipusingkan, laci terakhir itu ditarik sebelum matanya dihidang dengan beberapa buah buku

Sebuah buku lusuh berwarna emas yang Adriana pasti adalah sebuah album gambar dibawa keluar, diletakkan tepat di hadapannya.. Dada yang berdebar ditenangkan

Kulit buku yang agak tebal dibuka perlahan-lahan sebelum matanya tertancap pada sebaris nama cantik yang elok diukir di atas kertas keras

"Tengku Kirana" membulat mata Adriana apabila membaca sebaris nama itu, dilihat berulang kali, tidak cukup dengan itu, nama itu disebut berkali-kali.. Mata ditonyoh sedikit apabila dia tidak percaya apa yang dilihatnya

"Tengku Kirana binti Tengku Haris" sekali lagi nama itu disebut.. What the hell is going on

Album itu diselak lagi, sekeping gambar memaparkan wajah atuknya yang tersenyum segak.. Di tepi gambar itu, tertancap sekeping lagi gambar seorang wanita yang tidak dikenalinya..Kedua-duanya masih muda

"Tengku Haris dan Zainab" berkerut dahinya.. Boleh tak dia nak mencarut sekarang? Rahsia apa lagi ni.. Rasa nak hentuk kepala dekat dinding je

Tok tok

Muka surat seterusnya yang mahu dilihat terus terhenti tatkala ketukan di muka pintu kedengaran

"Kak Mika?" terjenggul wajah Adam di muka pintu

"Ehem.. Ye?" Adriana berdehem sebentar.. Album tadi sudah selamat diletakkan semula di tempat asalnya.. Dikunci rapat seperti awalnya

Adriana Mikayla Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora