Part 42

7.2K 364 100
                                    

Terjenggul wajah Lina di muka pintu setelah mendapat keizinan daripada bos barunya, Tengku Aryan Mikael. Lelaki itu yang menggantikan tempat Tengku Ahmad setelah beliau pergi buat selamanya. Selama ini, lelaki itu jarang datang ke pejabat kerana membantu Tengku Ahmad menyelesaikan masalah syarikat di bahagian luar

"Yes?" kaki diatur ke arah meja Tengku Aryan

"Aaa— em just want to remind you, lusa Tengku ada outstation dekat Penang untuk tengok tapak projek baru kita sekaligus— me—meeting dengan Dato Arif" gagap Lina bicara apabila Aryan tajam menikam matanya, sudah la hensem, smart, tough.. Nasib dia dah bersuami!

"Ok"

"Ada apa-apa lagi Tengku?"

"You may leave" Lina menunduk sedikit sebagai tanda hormat sebelum keluar dari bilik itu.. Dia perlu biasakan diri dengan Aryan kalau tidak, mahu tak jalan kerja. Nervous punya pasal

Telefon yang berbunyi mengalihkan pandangan mata Aryan dari kertas kerja ke arah skrin telefon. Nama Adriana terpapar. Tak mahu berlengah, panggilan itu terus bersambung

"Awak" panggil gerangan di sebelah sana

"Hmm waalaikumusalam" terdiam Adriana, Aryan tersenyum kecil. Sentap ke kak?

"Err assalamualaikum"

"Waalaikumusalam"

"Saya nak pergi rumah mummy.. Boleh tak?" pinta Adriana

"Kau tunggu aku balik nanti, kita pergi sekali"

"Alaaa, saya nak pergi sekarang. Saya nak tengok mummy. Bolehlaaaaaa" meleret suara Adriana meminta kebenaran suaminya. Apahal susah sangat nak bagi ni? Ish, mak mertua aku juga kot

"Boleh eh?"

Tangan dipergelangan tangan dilihat sekilas. 3:00 petang. Lama Aryan berdiam sebelum menjawab

"Kejap aku balik" kunci kereta diambil sebelum tie dan coat yang terletak di atas sofa disangkutkan di lengan

"Saya balik" sempat Aryan maklumkan kepada Lina sepintas lalu

"Baik Tengku" Lina mengangguk perlahan walaupun Tengku Aryan sudah berlalu pergi, kus semangat dik

Aryan terus memboloskan diri ke dalam lift, punat G ditekan

"Ta—tapi tak payah la" bentak Adriana di sebelah sama

"Apahal pulak?"

"Eee awak tak payah la sibuk, awak buat je kerja awak dekat syarikat.. Saya nak jumpa mummy je pun" jelas kedengaran suara Adriana tidak senang

"Eh kau! Tu mak aku suka hati aku la"

"Hello! Mummy saya juga ok!"

"Aku anak dia! Kau ni datang dari mana mengaku mummy tu mak kau" berdesing telinga Adriana mendengar, tak guna punya laki

"Mak Mer.Tua saya" tekan Adriana

"Aku anak kandung dia" Aryan melangkah keluar sebaik pintu lift terbuka.. Pekerja yang menunduk hormat Aryan balas dengan senyuman kecil

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now