BMM : 31

21.1K 774 24
                                    

Totally 'hambar' and there's no Qaiser and Qaira moment.

**

Ruang di dalam rumah agam yang tersergam indah aku pandang tanpa berkelip. Mulut pula terbuka luas. Tergamam katakan. Ye la, gila sangat ni. Rumah punya besar tapi duduk dua orang je. Rumah ni pun boleh cukup sepuluh keturunan.

Ceh..

Tapi satu benda je yang buatkan aku tergamam sebaik sahaja menapak masuk ke dalam rumah ni. Dekorasi, perabot dengan warna dia semua warna kesukaan aku. Tema pula ala ala vintage.

Huwaa, lawa!

Tiba tiba rasa menyesal 'merajuk' tadi.

Hoho.

"Hm, tadi.. Kael kata 'orang' tu tak nak pindah tapi yang sekarang terbuka luas mulut ni kenapa?"  Aku menjeling Alex yang berada di sebelah aku. Kacau daun betul!

"Ada orang jeling lah wuu." Ujar Alex sambil tersengih. Tanpa menunggu lama, aku mula berjalan meninggalkan dia. Kerja aku yang tergendala tadi aku sambung kembali. Namun tak lama apabila si cina sepet sorang ni asyik ikut aku dan membuat bising tanpa henti.

Ei report dengan bos besar karang. Biar kena potong gaji, haa!

Mata ku arahkan pada Alex yang tidak henti henti membuat bising. Sesaat kemudian, nafasku dihembus perlahan.

Tahan Qaira, tahan selagi boleh.

"Boleh tak kalau jangan buat bising? Bising sangat tahu tak." Alex mengangkat bahu sambil buat muka tidak bersalah nya. Aku menggeleng kepala. Apa apa sahaja lah. Tidak mahu menghiraukannya, aku mula berjalan lagi untuk menerokai seluruh sudut rumah ni. Alex pula setia membuntuti di belakang.

Walaupun mata sibuk melihat keindahan permandangan rumah ni, tetap dalam fikiran terfikir akan siapa yang buat semua ni. Dalam diam, aku berterima kasih kepada Qaiser sebab dia sediakan semua ni.

Semua ada tapi berlebihan!

Hm, alang alang tak ada kerja nak dibuat baiklah aku pergi kembali dekat Alex. Iyalah, nak buat apa lagi kan? Baju apa semua sudah diangkut. Termasuk aku punya-- ehem ehem.

Ya benda tu. Erm, tahu tahu saja lah apa benda yang tak dapat tangkap tu.

"Alex.." Alex terus memusingkan badannya sambil menaikkan keningnya.

"Saya nak tanya boleh?"

"Sejak bila pula awak minta izin dulu sebelum tanya ni? Demam ke?" Aku terus mencuka. Bila beradab sikit dikata demam. Bila tak beradab dikata kurang ajar.

Mati je la.

"Hahahah! Adoi, Qaira. Jangan lah buat muka macam tu. Macam dugong tau. Muka tu, nothing more nothing less. Semua nya perfecto kalau disamakan dengan dugong!" Aku mengetap gigi. Berani dia sama kan aku yang comel ni dengan dugong?

Wah wah wah, cina sepet ni kan.. ada yang arwah nanti.

"Elok elok lah, Alex. Saya mengadu dengan Qaiser nanti." Kataku berbaur ugutan. Akan tetapi, lelaki itu masih setia mentertawakan aku. Aku memandangnya dengan tajam.

"Dasar sepet." Terhenti tawa Alex apabila mendengar dua patah perkataan itu.

"What?" Wajah muram Alex aku pandang sambil tahan tawa.

"Tak ada apa apa lah. Lupakan. Oh ya, awak tahu tak mana Qaiser?" Alex menjeling aku sambil membuat muka.

Mungkin marah akan apa yang aku panggil dia tadi.

"Office, mesyuarat katanya dan ya sebelum saya lupa. Dia ada pesan sesuatu tau. Dia cakap yang awak jangan masak untuk lunch ni sebab dia tak balik and just cook for the dinner. Get it?" Aku mengangguk tanda faham dengan muka berkerut. Aku memandang Alex. Wajah polos aku pamerkan.

"Habis tu kita duduk dekat rumah ni berdua sampai malam ke? Awak biar be-"

Pak!

Dahi yang dijentik tadi aku aku pegang sambil usap perlahan lahan. Bibir aku pula digigit untuk menahan sakit. Gila kau! Tangan dia sudah lah besar lepastu jentik jentik dahi orang.

Ei!

"Sakitlah!"

"Habis tu, siapa yang salah? Eh hello puan Qaira, awak ingat saya nak sangat ke duduk dengan awak berdua duaan macam ni? Kalau saya nak mati awal bolehlah kalau buat macam ni. Ergh, lepas ni Eva yang datang temankan awak. Tak kuasa nak duduk dengan awak." Alex memutarkan bebola matanya. Bibir lelaki itu pula menuturkan ayat dalam bahasa cina yang aku sendiri tak faham.

Mungkin mencarut.

Ah aku kesah apa pasal dia.

"Hehe, jangan lah marah." Aku tersengih memandang dia. Bebola matanya diputarkan sambil memasukkan kedua dua belah tangannya ke dalam poket. Bibir nya pula tersenyum sinis. Hilang terus sengihanku melihat cara dia. Sebal, tiba tiba hati rasa dipatahkan dua.

Hiks.

"Hm, nak tanya apa?" Sengihanku mula terbit kembali. Cepat cepat aku menarik nafas.

"Siapa yang buat semua ni? Yang sediakan tu saya tahu tapi siapa yang buat?" Alex masih tersenyum sinis. Tangannya dikeluarkan dari poket dan seraya itu memeluk tubuh sambil memandang ke seluruh sudut rumah.

"Nak tahu siapa?" Aku mengangguk laju.

"Of course your lovely husband, Qaira. All of this, termasuk sekali dengan perabot, warna rumah ni and yeah of course tema rumah ni. Vintage right? Dia buat sendiri tau dan langsung tak upah orang. Saya nak tolong sikit pun dia tak bagi lepastu dihalau nya saya. Katanya nak buat semua ni guna hasil usaha dan kerja keras dia sendiri." Dia mengatur nafas sebentar. Matanya merenung aku dalam.

"What can I say is.. you should thank him a lot. Dia sanggup balik lewat semata mata nak siapkan semua ni. I can see it from his eyes. He must totally loved you so much, Qaira." Sambungnya lagi. Aku tahan senyum. Bahagia dalam masa yang sama terharu. Terharu sangat sangat sebab dia sediakan semua benda ni. Sudahlah semua mengikut cita rasa ku padahal macam bagai langit dengan bumi kalau nak disamakan dengan cita rasa dia.

Pengorbanan dia tu, buatkan aku rasa nak menangis kerana terlampau terharu dengan kejutan yang dia bagi.

Gosh.. sejak bila kau macam ni, Nur Qaira Sofea?

"Sudah, jangan terharu sangat. Muka tu dah la buruk. Macam dugong." Aku menarik nafas dalam. Kelibat Alex yang sedang berlari meninggalkan ruang tamu aku pandang tajam.

"Alex!"

**

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt