BMM : 42

10.3K 470 21
                                    

Bang!

Bang!

Bang!

Ketiga tiga tembakan dilepaskan dan ketiga tiga tembakan tersebut tepat mengenai sasaran dihadapan. Aku yang berdiri di luar bilik latihan menembak ini hanya tersenyum kagum memandang khusyuk figura yang sedang berlatihan di sana.

Riak wajahnya ketat tanpa satu senyuman namun apabila mata kami bertembung, dia akan menghadiahkan aku satu senyuman yang sangat manis. Atau lebih tepat, senyuman kacak nya yang aku suka.

Mengkhayalkan, itu dia.

"Looks like somebody was admiring me?"  Pantas aku berpaling ke tepi. Entah berapa lama aku berada dalam dunia sendiri sehinggakan Qaiser sudahpun berada di sebelah ku. Melihat senyum mengejek nya yang berada di bibirnya, aku menghela nafas.

Habislah.

"Nak kagum dengan suami sendiri pun salah ke?" Aku menghulur tuala kecil kepadanya. Qaiser gelak dan mengambil huluran aku lalu mengelap peluh peluh di kepala dan badannya.

Badan.. badannya yang langsung tidak ditutupi dengan apa apa pun! Ya, dia berlatih tanpa memakai baju dan mendedahkan otot otot dia yang cantik berketul ketul di situ!

Cepat cepat aku alihkan arah sebelum aku malu dengan apa yang dilihat.

Kus semangat!

"Wanna try?" Pipi aku terus memerah. Cuba? Bukan cuba benda tu kan? 

"C-cuba apa?"

"Menembak?" Otak kotor! Laju aku menggeleng menandakan tidak mahu.

Memang tak!

"Kalau abang ajar? Step by step until you're good enough to handle this." Aku mengemam bibir. Nak tu memang aku nak tapi trauma aku..?

"It's okay, abang ada. Abang jaga Qaira." Bagaikan boleh membaca fikiran aku, dia mengusap lembut kepala aku untuk menenangkan aku. Apabila aku dah tenang, sepucuk pistol dihulurkan dan tanpa banyak cakap aku menyambut huluran dia.

"Nak buat apa?" Soalku sambil memandang dia.

"Ambil ni lepastu masuk dalam dulu. Abang nak jumpa Alex kejap." Katanya sambil tersenyum nipis. Aku mengangguk dan terus masuk ke dalam bilik tersebut.

Sepucuk pistol yang berada di tangan aku amati. Kecil tapi berbahaya serta ini juga bukan satu alat yang boleh dibuat main. Persoalannya.. boleh ke kalau aku kawal benda ni? Nampak senang tapi boleh tahan susah juga untuk aku,

Tapi..

"Sayang." Panggilan itu buatkan segala ragu aku terus hilang. Qaiser yang sedang mengelap rambutnya aku renung. Wajah maskulinnya yang menggoda..

Macam mana orang macam dia boleh jadi terlalu hensem?!

"Cuba arahkan pistol tu pada papan dekat depan. Focus and take a deep breath before shooting." Aku berbuat seperti yang dia katakan. Nafas ditarik sebelum menghembusnya perlahan.

"Sayang, I know you can do it. Don't be hesitate." Aku mengangguk. Percayakan diri lebih bagus, kan?

1..

2..

3..

Bang!

"That was nice for the beginner." Tembakan yang sipi sipi hendak terkena sasaran aku lihat sebelum melabuhkan pandangan ke arah Qaiser yang sedang tersenyum manis. Dia mendekati aku dan mula mengusap lembut kepala aku.

"Yeke..?"

"Yes."

Seketika kemudian, satu rancangan mula muncul di fikiran. Aku tersenyum sinis.

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now