BMM : 44

6.4K 293 31
                                    

"Ada isi dah ke Qaira?" Kata Eva sebelum ketawa dan disambut oleh tawa pembantu nya, Fielsya. Mereka ber high five dengan riang dihadapan aku. Pandangan tajam aku beri kepada mereka.

"Tak lawak." Decitan geram aku lepaskan. Hilang mood makan tau kalau macam ni argh.

"Eh tapi betul kan?" Eva menongkat dagu, dia berfikir sambil menganalis atas hingga bawah diriku. Dahinya di kerutkan berkali kali.

"Ni hina ke apa? Tak reti beza ke mengandung dengan gemuk? Haish!" Mereka ketawa lagi. Air teh herba yang masih panas itu aku hirup perlahan lahan. Tawar tapi tu je yang mampu hilangkan mual aku ni.

Keluhan aku lepaskan.

"Saya pun rasa puan mengandung la sebab.." Kata kata Fielsya terhenti disitu. Mereka berpandangan sesama sendiri.

Sebab? Sebab apa?

Prasangka aku disambut dengan gelengan dia. Nafas aku hembus perlahan perlahan. Cuba menenangkan diri. Kenapa aku terlalu memaksa diri untuk tetap mahukan anak? Jikalau itu rezeki, ada lah tapi jika tiada maksudnya aku kena terima dengan hati yang terbuka lah kan?

"Eva." Kepala aku angkat untuk melihat gerangan yang memanggil itu. Melihatnya membawa sesuatu, serta merta pandangan aku tertumpu pada kotak besar yang dipegang olehnya.

"" Eva mengangkat keningnya. Matanya turut sama memperhatikan kotak berwarna merah yang dihias bersama reben di tangan pengawal itu. Fielsya juga turut sama memerhatikan nya.

"Qualcuno ha inviato questa cosa prima. ha detto che qualcuno ha ordinato." Balasnya.

"È del signor Kael?"

"Non credo"

"Per il signor Kael?" Lelaki itu tayang wajah tertanya tanya.

"Kalau untuk tuan Kael, benda ni akan dihantar terus ke pejabat nya" Eva memandang nya pelik, seakan akan berfikir sesuatu. Selepas itu, pandangan nya dikalihkan pada aku.

"Awak ada order apa apa ke, Qaira?" Aku menggeleng. Setahu aku, tiada pula.

"Tak, kenapa?" Jujur ku. Eva cebikkan bibirnya apabila mendengar jawapan ku. Kotak tadi telah bertukar tangan dan lelaki itu juga telah pamit pergi meninggalkan kami bertiga.

"Awak dapat sesuatu. It's kinda large.." Aku tersenyum nipis. Mungkin daripada Qaiser? Kotak yang dihulurkan oleh nya aku sambut dengan berhati hati.

Betul, ia besar dan berat.

"Qaiser bagi?" Soalku sambil membelek setiap inci kotak tersebut.

"Unknown. Saya tak rasa ini daripada dia." Aku mengangguk. Habistu kenapa aku yang dapat pula? Satu tulisan cantik pada kotak itu aku amati.

To a lovely woman name Qaira Sofea.

Nama aku jadi benda ni memang untuk aku.

Aku membuka sedikit kotak tersebut sebelum satu bau busuk menerobos masuk ke dalam hidung dan membuatkan aku berasa mual namun, itu tidak hentikan perbuatan aku.

Akhirnya kotak itu telah pun dibuka secara keseluruhan. Dipenuhi bangkai.. bangkai tikus dengan kepala nya sudah dikelar!

Secara drastik, tangan aku terus membaling kotak itu. Eva yang berada di sebelah ku turut terkejut dengan tindakan aku. Tubuh aku menggeletar. Ini terlalu ngeri, sangat ngeri untuk aku yang takut akan darah.

"Like what you got, Qaira?" Satu suara tiba tiba muncul didalam kotak itu. Apabila dilihat, ada satu telefon yang telah dilekatkan pada penutup kotak tersebut.

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now