BMM : 28

22.1K 767 14
                                    

"Tunggu kesayangan ke?" Aku mengeluh. Termasuk kali ini dah lebih sepuluh kali keluhan terkeluar daripada mulut aku disebabkan seorang gadis bernama Eva.

"Elele malu pula dia."

Argh, gadis ini memang tak kenal erti senyap ke? Tidak habis habis nak menyakat aku tentang 'itu'. Menyakat tu nombor satu! Kalau lah sekarang ada dekat rumah, dah lama aku kerja kerja kan si Eva tapi disebabkan sekarang ni kami berada di kafe jadi keinginan aku terbatas.

Balik nanti, habis lenyek muka cantik dia tu aku buat!

Sekarang ni, apa yang aku boleh buat ialah sorokkan muka dengan tudung.

"Eva, boleh senyap tak? Saya malu tau bila fikir balik pasal luahan tiba tiba tu." Aku meraup muka ku kasar di sebalik tudung. Eva pula sedang menahan tawa dari terletus.

Aduhai, kenapa aku bertindak bodoh luah macam tu? Sekarang ni, aku nak buat apa? Tak kan nak lari lagi kan?

Kan?

"Buat apa nak malu? Normal lah perkara ni bagi newly married macam awak dengan Tuan Kael yang kahwin tanpa cinta ni." Aku selakkan sedikit tudung dan memandang nya pelik.

Newly married? Cis, dah kahwin dua bulan pun masih dikira pasangan pengantin baru ke? Kalau dengan cinta itu boleh dikira lagi. Kopi latte yang berada di hadapan aku diambil lalu disisip sikit.

Tiba tiba Eva memetik jari.

"Hah ya! lagi satu, tadi abang call saya.. then dia cakap Tuan Kael pun tengah malu malu kucing macam awak. Contohnya macam asyik termenung, asyik senyum lepastu mood dia okay je. Yang paling pelik, dia asyik tanya abang saya bila kerja dia boleh siap. Ah, Qaira awak buat saya cemburu tau! Bukan senang nak berkahwin dengan lelaki macam Tuan Kael!" Cepat cepat aku menekup mulut Eva. Keluhan berat aku lepaskan. Disebabkan Eva, semua orang yang berada dalam kafe ini merenung kami dengan tajam.

Habis lah kau, Qaira.

"Shh, Eva kita dekat luar tau. Bukan dekat rumah!" Aku menjerit sedikit sambil berbisik kepadanya. Eva pula sudah menggaru garu rambut hitam pekatnya.

"Lupa lah. Saya excited sangat." Aku menjeling dia. Sekali lagi, air aku yang masih berbaki lagi sedikit itu dihirup perlahan sampai habis. Eva pula sudah senyap. Buat seketika, aku menghembus nafas lega. Makin lebih lega bila Eva meminta diri untuk ke tandas sebentar.

Namun kelegaan tu tak bertahan lama bila tiba tiba sahaja perasaan tidak sedap hati bertandang di hati.  Rasa ini macam.. diperhatikan atau itu cuma perasaan aku? Meja yang berada disudut kedai aku pandang. Ada tiga orang lelaki berpakaian hitam sedang duduk di sana dan salah seorangnya merenung aku dengan tajam.

Jantung aku mula berdegup kencang namun tidak berhenti merenung dia. Pandangan tajamnya, macam menghantar pesanan untuk maut.

Lelaki itu tersenyum sinis. Dia membisikkan sesuatu ke arah rakan rakannya sebelum bangun dan menuju ke arah ku. Apabila sudah sampai, tempat duduk Eva dia ambil.

"Hi gorgeous. Nama I Danny and you?" Sapanya sambil menghulurkan tangan. Aku hanya diam sambil memandang tangan itu lama.

"I'm sorry, I lupa yang you muslim and you don't shake hand dengan orang sebarangan." Dia menarik kembali tangannya dan letakkan di di dalam poket.  Senyum sinis diwajahnya masih tidak pudar. Aku menganggukkan kepala.

"I heard that you are Kael's wife but seems that you look pretty young... Are you really his wife or just his slut?" Oh, kurang ajar nya bahasa. Slut? Wah, macam tak percaya bila di cop begitu.

Akibat malas hendak melayan, aku mula berfikir untuk balik ke kondo terlebih dahulu dari menunggu Eva. Baru sahaja aku ingin berdiri untuk beredar, lelaki itu pantas menggapai pergelangan aku. Cepat cepat aku merentap sambil memandangnya tajam.

"Okay, okay I'm sorry. Don't glare at me like that. I'm-"

"Cut the crap, apa yang awak nak?" Aku memintas percakapannya. Mendengar apa yang aku cakap, bibir lelaki itu terus melebar senyuman sinis nya.

"I cuma nak tahu satu perkara, apa Louis betul betul cinta kan you?" Aku memandang nya pelik.

Soalan apa yang dia tanya ni?

"Siapa awak nak tanya soalan macam tu?" Kali ni aku menyoalnya.

Danny menyilangkan kakinya dan duduk bersandar di kerusi. Muka penuh muslihatnya ditayang.

"I kawan lama Kael. Jadi tak salah bukan kalau I tahu? Tell me, gorgeous. Kael loves you or not?"

Sinis.

Baru sahaja aku ingin membalas, Eva sudah memegang tangan aku. Dia memandang tajam Danny. Dadanya juga kelihatan seperti turun naik turun naik dengan laju.

"Nice to meet you, Eva." Sapa Danny terlebih dahulu. Rengusan Eva mula kedengaran. Eva menarik tangan aku supaya bangun dan menyorokkan aku di belakangnya.

"Drop the subject, Danny. Apa kau nak?" Danny tersengih nakal.

"I want her, Eva. Aku rasa, dengan adanya dia sebagai tebusan aku mesti tuan kesayangan kau akan lemah, kan? Jadi makin senang aku nak kalahkan dia." Eva mula mengepal penumbuk.

"Don't you ever dare, Danny. Kau tetap akan kalah."

"Well, kita tengok sama sama." Bahu Eva dirempuh kuat sebelum berlalu keluar dari kafe ini diikuti dua lagi orang suruhannya. Dia tersenyum sinis apabila mata nya bertemu mata ku.

"Eva-"

"Awak dengar ni, Qaira. Danny tu bukan orang biasa. Lepas ni, kalau nak pergi mana mana make sure bertemankan saya. Saya akan protect awak." Kedua dua tangan aku digenggamnya.

"Kenapa?" Eva menghembus nafasnya perlahan. Matanya merenung mata aku.

"Sebab awak.. awak dah jadi target dia Qaira. Nyawa awak sekarang dalam bahaya sebab dia akan jadikan awak sebagai subjek untuk musnahkan Tuan Kael." Aku mula terasa sesak sekali lagi. Bagai kehilangan nafas.

"Siapa dia?" Eva memandang aku lama sebelum mengeluh sesak.

"D-danny Kent. Dia ketua kepada organisasi mafia yang dinamakan One-Eye."

Aku terkesima.

Ya Allah, apa yang jadi ni.

***

"Boss, Danny kata dia dah jumpa senjata untuk lemahkan Kael." Pembantu yang berada di sebelahnya dihiraukan. Picu pistolnya di tarik perlahan.

"What is that?" Soal lelaki itu dingin. Mata berwarna hijau lumutnya cuba untuk menyasarkan sasaran dihadapan.

"It's a girl."

Bang!

Zachary tersenyum sinis. Gambar  Mikael Davies Louis bersama senyuman angkuh yang berada di hadapannya ditenung penuh rasa benci.

Benci yang sangat mendalam.

"Apa yang dia dapat?" Tangan lelaki itu menggapai sebutir peluru dan memasukkan ke dalam pistol. Matanya merenung sepucuk Glock-17 yang berada di tangannya. Sekali lagi dia menyasarkan gambar musuhnya yang berada di hadapan.

"Dia kata yang perempuan tu isteri Kael."

Bang!

Tersasar.

Zachary memandang lama dinding yang berada di hadapan nya. Berkali kali dia berfikir tapi apa yang dikata oleh pembantu nya langsung tak boleh diterima dek akal.

"Tapi Kael tak akan berkahwin.. melainkan dia ingin bahayakan nyawa isteri dia sendiri." Zachary tersenyum sinis.

"Cari maklumat pasal perempuan tu. Now!" Pistol tadi diletak kembali di atas meja. Dia berfikir sesuatu kemudian tersenyum.

"Dan ya, jangan lupa maklumkan perkara ni dekat Vivy. Suruh dia ambil flight datang sini sebab aku ada job yang besar untuk dia dan aku pasti yang dia akan suka sebab ia melibatkan kesayangan dia." Sekali lagi bibir itu melakar senyuman sinis.

Zaman kemanangan kau akan berakhir, Kael.

Kalau aku tak boleh serang kau, mungkin aku boleh gunakan isteri kau untuk lemah kan kau..

Kan?

***

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now