BMM : 41

10.8K 582 72
                                    

"Dia call abang." Aku mengangguk faham.

Sekarang, kami berdua duduk di sofa yang berada di dalam bilik ini. Menghadap masing masing dengan fikiran yang bercelaru. Aku tahu dia stres. Kalau lihat dari gayanya bila bertemu dua mata denganku di luar bilik tadi, memang nampak yang dia serabut dengan situasi yang sedang diharungi nya.

"Are you okay?" Aku mengangguk lagi. Nafas dihela lepas.

Adakah aku sepatutnya berasa seakan tiada apa apa sekarang? Dengan situasi begini..

Aku tau, aku tak sepatutnya fikir bukan bukan tapi kenapa dia masih berhubungan dengan Vivy? Apa alasan nya?

Aku mahu tahu tapi kenapa Qaiser seperti menyorokkan benda tu..

Apa hubungan mereka sebenarnya?

"Sayang.." Tangan ku diambil lalu digenggam kemas oleh nya. Mata lelaki itu tidak duduk diam. Melilau di semua tempat pada wajah ku.

"Okay.. i'll be honest with you." Lelaki itu menghembus nafas kasar. Satu tangannya naik meraup rambut perang nya.

"Abang tak sanggup tengok sayang diam macam ni. Something is not right when you not talk back.." ujarnya.

Dia menarik nafas dan perbetulkan duduk nya.

"She told me to go back to her. She wants me back." Aku mengetap bibir.

"Tapi abang dah ada sayang.. I told her that. Right in front of her face yesterday." Tangan ku dicium lembut. Cincin perkahwinan kami yang berada di jari manis ku dimainkan oleh nya.

Aku hanya diam. Membiarkan dia memujukku.

"Beberapa hari lepas dia cari abang dekat ofis. Semalam pun sama. Sebab itu lah abang pergi kerja awal. I don't want her make a huge fuss. Nanti apa pula kata orang kan?" Soalnya.

Lambat lambat aku mengangguk. Kejadian dulu mula bermain di kepala. Kejadian di mana Vivy membuat kekecohan di sana. Suaranya yang bingit.. ah.

Menyakitkan hati.

"That's my girl." Tanpa dipinta, ubun ubun ku dicium olehnya. Aku memejamkan mata. Menikmati suasana dan situasi sekarang.

Kerana aku, rindukan dia.

"Sayang okey? Macam mana hari ini? Ada mengidam apa apa?" Aku menggeleng.

"Ada buat kerja berat berat tak?" Sekali lagi aku menggeleng. Aku tak tahu kenapa Qaiser bertingkah pelik seperti ini. Dia jadi protektif selepas pada hari itu. Hari dimana aku disahkan tidak mengandung dan semestinya aku sangat kecewa.

Ya..

Aku lupa, bukan dia sahaja yang seperti ini. Eva, Alex melarangku membuat perkara yang tidak patut dan keluarga aku dengan dia juga tak henti henti membuat panggilan bertanyakan khabar. Aku tahu mereka sorok sesuatu tapi aku tak tahu apakah benda ni.

Jadi disebabkan perkara tersebut, aku akhirnya membuat keputusan untuk berlakon menjadi bodoh sahaja. Dengan cara ini, aku dapat melihat sejauh mana mereka boleh sorokkan perkara 'itu' daripada aku.

Kan?

Kucupan tiba tiba di pipi ku membuatkan aku kembali kepada realiti. Qaiser yang sedang tersenyum manis kearah ku itu aku pandang lama. Satu tangannya naik memegang wajahku.

"Berangan apa? Abang ada dekat depan pun langsung tak pandang." Wajah kacak itu menayang cemberut. Bibirnya dimuncungkan.

"Teringatkan lelaki lain la tu." Mataku memincing.

Ada ada je la cara dia nak cari gaduh. Haih!

"Abang kenapa? Macam lain je dua tiga hari ni." Soalku setelah dari tadi mendiamkan diri.

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt