BMM : 15

23.1K 969 49
                                    

"Amboi kau, lepas kahwin ni telefon aku pun tak eh? Tahu lah dah lupa aku. Iya la orang tu kan hari hari tatap muka hensem suami dia yang ala ala orang putih tu." Aku tergelak. Adeh, marah sangat si Dhiya ni.

"Aku sibuk la, Dhiya. Bukan sengaja tak nak telefon kau cuma tak ada masa." Ujar ku jujur. Ryanna yang sudah tidur sambil berbantalkan lenganku ditepuk perlahan punggungnya.

"Banyaklah kau!"

"Dhiya.. Ryanna tengah tidur ni. Diam sikit." Kepala Ryanna aku usap perlahan.

"Oh ye eh? Hehe. Ah ya, apa khabar encik suami kau? Apa nama dia? Ah! Abang Qaiser. Rindu nak tatap mata biru dia." Aku mengetap bibir. Entah kenapa, ada rasa sesuatu dihati. Aku tidak tahu apa rasanya tapi aku rasa geram dan tidak berpuas hati.

Ah, apa ni.

"Dia sihat, alhamdulillah." Jawab ku pantas.

"Hei bertenang la. Aku gurau je."

Bergurau ke tak bergurau ke sama je. Tetap geram.

"Lah, kau marah aku ke? Ala sorry la Qaira. Aku gurau je."

Aku hiraukannya. Kepala Ryanna aku angkat sedikit dan letakkannya di atas bantal. Selimut aku tarik hingga dadanya. Dahinya aku kucup sedikit. Ryanna menggeliat kecil.

Mungkin sebab suara kuat Dhiya yang tidak berhenti meminta maaf. Aih.

"Ya, Dhiya Nadhrah. Aku okey, jangan risau."

"Hesy! Tadi macam jeles je bunyinya. Kau.. dah tangkap cintan dengan dia eh?! Fuyoo!" Pipi ku mula memerah.

Ah tak betul! Ni semua tipu.

Ish!

"Bisinglah kau ni Dhiya. Ergh, dah lah. Aku tak suka pada dia pun ok. Mengarut je kau ni." Aku membuat muka.

Dhiya dengan andaian nya memang mengarut! Mustahil aku sukakan lelaki itu.

Mustahil..

Kan?

Aku menggeleng kepala.

"Mengaku je la, Qaira. Tak salah pun kau sukakan dia. Lagipun dia tu suami kau. Sah lagi halal disisi agama." Aku berfikir dua tiga kali.

Halal dan sah itu betul tapi..

Sukakan lelaki itu?

Lelaki kuat mengacau aku tu?

Tak sama sekali!

"Eh Dhiya, aku kena tidur ni. Ok lah, bye!" Punat merah aku tekan. Telefon aku simpan dalam poket seluar track ku. Dhiya ni, makin dilayan makin mengarut!

Aku mula menapak keluar dari bilik. Pintu bilik Ryanna aku tutup perlahan. Tidak mahu mengejutkannya. Aku termenung sebentar.

Sekali lagi aku teringat ayat yang dilontarkan oleh Dhiya tadi. Serentak dengan itu pipi ku memerah. Aku menekup muka.

Aduh! Benci nya!

Tak suka ergh!

" Tak salah pun kau sukakan
dia. Lagipun dia suami kau "

Aku menjerit kecil. Betul ke aku dah sukakan mamat nakal tu? Atau.. cuma perasaan yang duduk bertandang sekejap dan akan pergi bila bila masa?

"Qaira?" Aku tersentak. Wajah Jasmin aku pandang.

"Hei, okey tak ni? Need help?" Aku menggeleng sebagai balasan.

"Jasmin nampak akak macam suka semacam je tadi. Ada apa apa jadi ke?" Soalnya sambil merenung wajahku.

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now