BMM : 25

23.1K 901 14
                                    

Setelah mengambil masa selama empat hari semata mata berhempas puas untuk memanggil nya sebagai 'abang' akhirnya berjaya juga.

Namun berjaya pun berjaya juga tetapi hasilnya kurang memberasangkan!

Aku

Masih

Gagap!

Percayalah, semua benda ni berlaku tanpa dijangka. Tidak pernah terlintas pun dalam fikiran hendak memanggilnya 'abang'

Gila kan?

Itu baru sedikit. Belum lagi buka cerita tentang perkara yang berlaku semasa empat hari ni. Pertama, perangainya.

Ya Allah, ceritalah kepada berapa juta orang pun mesti tidak ada satu pun yang akan percaya. Percaya satu hal, tahan dengan perangainya pula hal lain.

Siapa je tahan dengan perangai dia yang kalah angin monsun tu? Sekejap marah, sekejap gembira, sekejap sedih, sekejap manja, sekejap romantik, sekejap buas kemudian beku balik.

Alex sendiri pun kata yang perangai tuannya tidak macam tu.

Argh, runsing runsing runsing!

Sudah, tak nak peningkan fikiran semata mata fikir pasal lelaki tu. Cepat cepat aku habiskan kerja mencuci pinggan. Pili air ditutup. Kain bersih aku ambil dan lap tangan sehingga kering.

Agaknya selepas ni nak buat apa? Sudahlah terpaksa berlatih untuk biasanya panggilan abang tu.

Haish!

Rasa macam nak terbelit anak tekak!

Huh, sudah fikirkan tentang hal itu, Qaira. Daripada kau fikir, baik buat air aje. Agaknya Eva minum ke teh? Ah buat saja lah.

Siap sahaja air teh, dua gelas yang berada di atas rak aku ambil. Teh tadi dituang ke dalam kedua dua gelas. Baru sahaja aku ingin berpusing, terasa ada sepasang tangan memeluk aku daripada belakang.

Eva ke?

Apa kejadahnya dia nak main peluk peluk daripada belakang ni? Dua gelas tadi diletak semula. Rangkulan Eva pada pinggang aku, aku cuba lepaskan.

Kuat betul betul. Sudahlah tangannya terasa ada urat tadi. Ah mungkin dia pergi gym tapi kalau pergi gym pun kenapa tiba tiba boleh jadi berotot macam lelaki ni?

Jangan jangan..

"Lambatnya buat air, sayang." Suara garau itu betul betul kedengaran di telinga aku. Serentak dengan itu, cuping telinga aku digigit perlahan membuatkan aku tersentak.

Pelukannya di pinggang aku cuba dilepaskan sekali lagi. Malu lah, macam mana kalau Eva nampak? Aduh, mana nak sorok muka?

Ergh!

"Ab- ehem.. awak, lepaslah. Macam mana kalau Eva nampak? Mesti dia fikir bukan bukan." Kataku dengan nada berbisik. Dalam hati aku dah berdoa macam macam agar Eva tak masuk dapur.

Harap haraplah!

"Dia nak fikir apa hm? Kita dah kahwin kan?" Pelukannya makin diketatkan.

Kembang kempis hidung aku menahan geram.

"Ya saya tahu kita dah kahwin tapi kena lah jaga sikit perangai. Saya tahu kita dekat luar negara tapi tak semestinya perangai pun ikut sama jadi liar. Ish dah, lepaslah." Apabila pelukannya pada pinggang aku semakin longgar, cepat cepat aku memboloskan diri.

Qaiser aku pandang tajam.

"Mana Eva? Dia kata nak cakap sikit dengan saya tadi. Teh pun dah siap ni." Ujar ku sambil berpusing ingin mencapai dua gelas berisi air teh yang aku buat tadi.

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now