BMM : 18

21.3K 898 12
                                    

Aku menolak dedaun pintu. Kelibat Tengku Qaiser yang berdiri membelakangi aku di beranda aku pandang lama. Hesy macam mana pula nak pujuk pakcik ni?

Tengku Darmian ni pun satu. Aduhai.

Aku mula menapak mendekatinya. Mangkuk berisi ais dan kain aku pegang erat. Bibir dikemam. Macam mana nak mulakan kata kata eh? Macam mana kalau lelaki tu tengking aku?

Haish!

"Aa-awak.. okey tak?"

Diam. Lelaki itu hanya kekal berdiri disitu tanpa menoleh sedikit pun. Aku mengeluh halus. Langkahku makin didekatkan. Aku berhenti sebaik sahaja sampai di tepinya. Mangkuk tadi diletak di atas meja.

"Qaiser, awak marah saya ke?" Sisi wajah lelaki itu aku pandang. Pandangannya tajam bak helang. Matanya juga hitam sama seperti tadi.

Tanganku naik untuk mengusap darah yang mengalir di tepi bibirnya. Namun, belum sempat jariku menyentuh permukaan kulitnya, lelaki itu terus menepis kasar tanpa memandang aku.

Aku tersenyum nipis. Tak apa, Qaira. Sabar.

"Qaiser, ada darah dekat tepi bibir awak tu. Saya tolong lapkan eh?"

Tanganku naik sekali lagi untuk mengusap darah di tepi bibirnya. Tanpa apa apa, pergelangan tangan aku digenggam kuat. Rahangnya diketap. Urat di tepi dahinya juga kelihatan.

Aku cuba sedaya upaya untuk melepaskan pegangan lelaki itu sambil mendesis sakit. Matanya merenung aku tajam. Langsung tiada kelembutan pada mata lelaki itu.

Ya Allah.

"A-awak, lepaslah. S-sakit." Rintihku namun lelaki itu tetap mengeras. Pegangannya pula semakin lama semakin kuat.

"Qaise-"

"Apa? Kau nak minta cerai dengan aku, kan? Memang itu pun niat kau selama ni kan?"

Aku terdiam.

"T-tak. Apa awak mengarut ni? Mana ada saya nak minta cerai dengan awak."

"Tipu!"

Rahang aku di cekik kuat. Muka nya mendekat dan matanya menikam aku tajam. Setitis air mata aku jatuh.

Ya Allah, Qaiser..

"Q-qaiser.." Tanganku cuba meleraikan tangannya yang sedang mencekik aku.

"Baik kau cakap benda betul, Qaira. Kau memang nak minta cerai dengan aku kan? Selama ni kau memang plan dengan Ian untuk kahwin dengan dia kan? Kononnya kenal dengan Ian sampai tujuh bulan. Then kau kahwin dengan aku. Mustahil lah boleh senang senang lupakan dia, kan?" Tengku Qaiser tersenyum sinis.

Aku menggeleng tanda perkara yang dia cakapkan tidak benar. Ya Allah, kalau lah aku ada kekuatan untuk berkata benar sekarang sudah tentu aku beritahu dia yang aku cintakan dia dan bukannya Tengku Darmian.

"Aku nak kau cakap!" Air mata yang merembes keluar tidak aku hiraukan lagi. Tangan kasar Tengku Qaiser aku usap sambil menggeleng berulang kali.

"Cakap, Qaira!"

Bahu ku terhinjut apabila dia menjerkah kuat. Rahangku dilepaskan. Terdengar dengusan kasar yang keluar dari mulutnya.

"Qaiser, saya tak tipu. Demi Allah saya dah terima awak." Lengannya aku cuba paut sekali lagi namun cepat sahaja dia menjauh.

Hati aku terasa.

"Qai-"

Belum sempat aku memanggil namanya, badan aku sudah berada di awangan. Sekelip mata sahaja tubuhku sudah berada di atas katil. Kedua dua belah tanganku aku dikunci menggunakan tangannya. Wajah lelaki itu mendekat. Cuping telinga aku menjadi sasaran bibirnya.

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now