BMM : 24

22.3K 915 9
                                    

Aku mula tersengguk sengguk menahan diri daripada tidur. Perut pula sudah berbunyi dari tadi. Ah memang lah, makan pukul tiga pagi tadi dan sekarang pukul satu petang.

Gila ke?

Qaiser pula dari tadi sibuk menandatangan fail yang bertimbun timbun di atas meja kerjanya.

Katanya fail itu adalah untuk membenarkan pembuatan senjata.

Ah, apa aku kisah kan?

Sekarang ni aku lapar.

Haish!

"Kau lapar?"

Bagaikan boleh membaca akal fikiran aku, si dia bertanya.

"Ya."

"Sini, duduk atas peha aku." Tangannya menepuk pehanya berkali kali. Aku mula sakit hati. Orang lapar lah. Yang dia suruh duduk atas peha dia tu kenapa?

Boleh kenyang ke?

"Tak nak."

"Come here." Suaranya ditekan. Matanya tidak habis habis merenung aku tajam.

"Saya kata tak nak. Duduk atas peha awak bukannya boleh buat saya kenyang."

"Oh ya?"

Aku diam. Malas hendak bertekak lagi. Kalau makin berlawan kata, makin sakit hati ada lah.

"Datang lah sini." Arahnya lagi.

"Qaira.."

Aku masih hiraukan dia. Biarkan, biar dia bazirkan air liur.

"Agak agak kan, kalau hiraukan suami tu berdosa ke tak?"

Damn. Dia dah guna kuasa veto dia.

Aku memandang dia tajam dengan raut wajah tidak puas hati.

"Awak fikir dengan ugut saya guna kuasa suami awak tu saya gerun la?"

Aku membalas kembali. Sekadar ingin menanti apa balasan si dia.

"Tak takut?" Soalnya sinis.

Dia memeluk tubuh sambil memandang aku.

"Buat apa nak takut?"

"Kau nak jadi isteri nusyuz ke?"

"Dan awak nak jadi suami tak bertanggungjawab ke?" Aku tersenyum sinis apabila Qaiser terdiam. Itu lah, nak bermain dengan Nur Qaira Sofea lagi.

Heh, boleh pergi jauh jauh.

"Kenapa? Kau nak suruh aku jalankan tanggungjawab sebagai suami untuk zahir dan batin kau ke?" Terus terdiam aku dibuatnya. Mendengar sahaja perkataan batin sudah membuatkan bulu roma aku naik.

Aku meneguk liur. Kini giliran lelaki itu menyeringai sinis padaku.

Cis! Betul betul tak adil.

"Kenapa diam? Tak nak balas dah?" Aku diam sambil bermain dengan jari. Dibiarkan lelaki itu menyambung kerjanya. Aku cuba mengelak daripada bertentang mata dengan lelaki itu.

Kalau terpandang pun, buat buat tak kisah.

Huh!

Aku memandang sekeliling pejabatnya. Besar, luas dan bertemakan warna gelap.

Macam gua.

Sesekali mataku tertacap pada sekeliling ruangan pejabatnya yang dikelilingi dengan segala jenis peluru beserta senapang. Gambar gambar yang tergantung di dinding juga menunjukkan yang Qaiser ialah pencinta senjata kerana setiap gambar yang tergantung menunjukkan dirinya mempamerkan senjata dengan muka bengisnya.

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now