BMM : 16

22K 958 52
                                    

Aku terjaga daripada tidur apabila cahaya matahari mula menerobos masuk ke dalam bilik. Kepala yang masih berasa pening aku pegang. Mata digenyeh.

Aku menggeliat besar. Tidak perasan ada sepasang mata sedang memerhati sambil tersenyum. Bibir itu melakar satu senyuman kecil. Kakinya disilangkan sambil merenung gadis itu lembut.

Aku duduk terdiam. Cuba mengingati apa yang berlaku semalam. Aku tersenyum malu. Dia suruh aku rehat?

Argh! Gembiranya!

Mahu sahaja lompat lompat diatas katil ini bagi menunjukkan bagaimana perasaan itu. Aku menutup muka dan menjerit kecil.

Seketika kemudian, mataku tertacap pada satu mangkuk dan segelas air suam yang berada di atas meja kecil sebelah katil.

Nota kecil yang terselit di bawah mangkuk diambil.

'Makan bubur ni dengan air suam ni. Kalau kau tak makan, siap kau.'

Macam mana pula nak makan kalau tengok bubur pun dah rasa loya? Lantak lah. Nota tadi aku letak kembali di atas meja. Tubuh aku baringkan dan menghadap ke arah pintu.

Takut takut pakcik mafia tu masuk ke..

Tak ke naya aku!

"Kenapa tak makan?"

Aku terus memusingkan badan. Mata aku terbuntang luas. Sejak bila dia ada dalam bilik?

Atau.. aku sahaja yang tak perasan kehadiran dia?

"Kenapa tak makan, Qaira?" Kali ini suaranya bertambah garau. Tengku Qaiser mula bangun dari duduk dan mula melangkah ke arah aku. Mukanya ketat sahaja tanpa secalit senyuman.

"Aku kata apa? Kalau kau tak makan siap kau, kan? Kenapa tak makan?" Tengku Qaiser membongkokkan dirinya. Matanya merenung aku tajam persis harimau mahu menerkam mangsanya.

Aku menggeletar. Ergh, lelaki ini suka sahaja buat keadaan jadi macam ni!

Benci!

"Sebab saya tak nak makan. Kalau saya tak nak makan tu tak nak makan lah. Tekak saya rasa loya." Jawab aku sambil membalas renungan lelaki itu. Tengku Qaiser tersenyum sinis. Dagu aku diangkat memandangnya.

"Makan, Qaira. Kau tak sihat lagi."

"Saya dah sihat."

"No. I don't want to hear any excuse, dear. Now eat it." Aku menggeleng tanda tidak mahu. Lagipun tekak aku berasa loya. Kalau aku makan, nanti akan termuntah kembali.

Sia sia je makan.

Huh.

"Makan Qaira, makan."

"Tak nak, tak nak dan tak nak."

"Aku rasa, kau perlu di denda." Bibir lelaki itu melakar senyuman sinis. Dagu ku dilepaskan. Kot yang dipakai tadi dicabut. Baju di dalamnya dibuka tiga butang teratas. Matanya tidak berhenti memandang aku, tajam.

Ya Allah, apa lelaki ni nak buat?

Aku mula menggeletar. Kalau hendak bergurau, bukan dengan cara macam ni!

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Donde viven las historias. Descúbrelo ahora