BMM : 46

3.7K 148 10
                                    

Burr!

Segala jenis barang yang ada di atas meja itu disepahkan. Dengusannya kuat kedengaran. Tangan dikepal sekuat hati.

"Kenapa perempuan tu tak mampus mampus lagi? Berapa lama lagi aku kena tunggu?!" Fail yang berisi maklumat tentang perempuan itu dia baling ke arah sekumpulan lelaki yang ada di hadapannya. Dadanya berombak kuat menahan amarah.

"Je suis désolé, mademoiselle." Ujar salah seorang daripada lelaki ber kot hitam itu. Vivy merengus. Maaf je? Maaf je dia bagi?

"Kau janji dengan aku, kau akan bunuh dia secepat yang mungkin. It's been one whole week, you bastard!" Vivy menghentam lagi. Baginya maruah dia seperti diinjak injak.

Kenapa lelaki itu susah sangat untuk dia gapai? Apa salah dia? Semua dia ada. Seksi, cantik, menawan, kaya.. kenapa payah sangat?

Urgh! Apa lagi yang tak cukup pada nya? Serba serbi tidak kena. Lelaki tu dah berubah 100% Puncanya hanya satu. Qaira tak guna tu! Apa yang betina tu ada sebenarnya sampai semua tergila gila kan dia?

Nonsense!

Ktak.

Derapan tapak kaki yang mula mendekat membuatkan Vivy terdiam. Matanya seketika membuntang apabila matanya bertentang mata dengan lelaki tersebut.

"Dismiss." Arahnya pada sekumpulan lelaki itu. Apabila mereka sudah pergi, Vivy mula merapat mendekati lelaki itu. Lengannya disilangkan.

Lelaki itu mendekat dan menarik satu kerusi sebelum duduk di atasnya. Matanya memincing.

"Vy, sabar lah sikit. Kenapa kau macam ni ha? Banyak lagi la lelaki dekat luar tu kan?" Mendengar itu, makin berasap telinga nya. Lelaki lain?

Lelaki lain? Ha.

"Voulez-vous mourir?" Keras nadanya apabila menuturkan itu menandakan yang dia betul betul maksudkan nya. Lelaki itu hanya tergelak halus.

"Kenapa suami orang juga kau nak? Macam mana maruah kau tak kena pijak ya? Memalukan." Vivy tercengang. Salah dia lagi? Hah! Memang serabut.

"What about you, Tengku Aisar Darmian? You pun tergilakan isteri orang kan? Sedar diri sikit." Ujarnya dengan gaya berlagak. Lengannya disilangkan. Senyum ejek dia tayang.

"Matlamat kita sama, Darmian. You tak akan lari pun dari benda keji ni." Sambungnya lagi. Rambut maroon nya yang kusut tadi dia betulkan.

"Lagipun, Jasmin you nak campak mana? Kesian our lovely Jasmin. Ada suami tapi tak berguna kan? Dia dekat rumah tunggu you tapi you sibuk tergilakan and terkejarkan perempuan lain." Gelak tawa Vivy bergema dalam bilik itu. Lagaknya seperti sudah menang.

Tapi dia silap?

Darmian senyum sinis.

"Woohoo, so our little Vivy here tryna playing victim huh?" Darmian bangun dari duduk dan mula merapati Vivy. Rambut maroon yang terurai itu diselitkan kembali ke belakang telinga sebelum ia merapatkan bibirnya pada telinga tersebut.

"Listen here little Vivy. Matlamat kita mungkin sama tapi the real villain here is only you. Aku tak mengharapkan kematian abang aku tapi kau sanggup buat apa saja untuk bunuh Qaira. Kau tak sedar?" Bibir itu terukir sinis. Dia menjauhkan badannya kemudian tangannya diselitkan ke dalam poket.

"Aku cuma mahukan hak aku semula tanpa sakitkan sesiapa. Aku nak Qaira aku balik." Senyuman sinis itu mati. Wajahnya membeku.

"Kalau aku dapat tahu yang kau rancang benda bukan bukan untuk bunuh dia, kau.." Leher putih itu ditarik kuat dan dicekik.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now