BMM : 10

24.9K 941 13
                                    

Aku menahan rasa sesak di dada. Terasa sesak sahaja apabila berada di sebelah Tengku Qaiser. Sudah la dari kejadian di bilik tadi terus lelaki itu tidak tidak bercakap langsung denganku. Umi dengan abah pula hanya membuat tidak tahu malah mereka menyuruh aku memujuk sendiri.

Cis.

Mesti dia terasa tapi, Aku tak sengaja.

Wajah kacak Tengku Qaiser aku pandang kejap sebelum mengalihkan pandangan ke arah permandangan di luar cermin kereta. Damai dan amat menenangkan tapi..

Bila berada di sebelah lelaki ini sungguh rasa tidak tenang!

Aku mula mencebik.

Bosan. Sudahla radio tidak dibuka. Takut takut mahu membantah kerana muka Tengku Qaiser yang ketat sahaja dari tadi.

Humph, garang!

" Awak.. " Lengan sasanya aku cuit sedikit.

" Awakkkkkk." Panggilku meleret. Tengku Qaiser yang masih fokus memandu aku jeling tajam.

Sampai hati tak nak layan!

" Awak, marah saya ke? Ala maaf la saya tak sengaja hm.."

Diam.

" Qaiser.."

Masih sepi.

" Tengku Qaiser Mikael bin Tengku Syed, pandang lah Nur Qaira Sofea binti Qairul ni. Tak kesiankan saya
ke?" Tengku Qaiser menjeling tajam aku. Eish!

" Mikaaaaa.."

Tengku Qaiser merengus kasar. Kacau betul budak pendek ni. Kalau terbabas kereta ni, siapa tanggung? Dirinya juga.

" Diam lah."

" Ha bercakap pun! Penat tau saya pujuk awak."

" I don't even sulking and aku tak suruh pun kau pujuk." Aku mencebik. Eleh, tak merajuk konon. Gaya macam merajuk je! Aku cubit otot otot dekat lengan dia nanti baru tahu!

" Ha mengumpat aku la tu."

" Mana ada!" Tengku Qaiser hanya tersenyum senget. Iya iya la tu budak ini tidak mengutuk dirinya. Padahal di dalam hati sudah penuh sumpah seranah.

Hailah budak pendek ni.

" Kita nak pergi mana ni?" Aku memusingkan badan menghadap Tengku Qaiser yang setia memandu.

" Rumah mama." Terbuntang mata aku apabila mendengar jawapan Tengku Qaiser. Wajah Tengku Qaiser aku pandang lama untuk melihat raut wajahnya kalau kalau dia menipu atau tidak tapi semuanya betul, beku sahaja muka lelaki ini.

Argh!

" Habis tu baju salinan saya macam mana? Awakkkk.." Tengku Qaiser tergelak kuat apabila mendengar rengekan Qaira.

" Kita shopping." Perlahan stereng kereta dipulas ke kanan untuk memasuki salah satu pusat membeli belah.

" Patutnya awak pusing balik tau. Singgah sekejap rumah umi. Nanti saya packing baju siap siap." Ujar ku sambil memandang ke pusat membeli belah dihadapan.

Sudahla sesak dengan beratus ratus orang ramai. Ah, malasnya hendak meredah.

" Aku yang memandu jadi ikut je kemana mana tempat yang aku bawa kau. Jangan banyak bunyi." Aku menggulingkan mata. Mula lah tu nak guna kuasa veto dia.

Ish geram!

Parking yang kosong cepat cepat diambil. Kereta Mercedes Benz itu cepat cepat diparkir. Usai sahaja memarkir kereta, Tengku Qaiser cepat cepat keluar meninggalkan aku.

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now