BMM : 20

22.5K 857 84
                                    


Aku meregangkan badan yang terasa lenguh. Suasana di Heathrow Airport kelihatan agak lenggang sedikit dan tidak penuh dan padat seperti di KLIA tadi aku renung.

Aku mengurut tengkuk. Terasa sakit akibat tersalah tidur tadi.

Ah..

Aku mula membuntuti langkah Tengku Qaiser. Teringat pula sikap lelaki itu. Langsung tidak menerangkan siapa Hannie sebenarnya.

Ya Allah.

Adakah apa yang dicakapkan Hannie tadi betul? Aku mengeluh. No Qaira, tak mungkin betul kan?

Dia sendiri kata yang dia tiada langsung kenalan perempuan. Walaupun hanya kawan sekali pun. Aku cuba berfikir positif. Tarik nafas, hembus.

"Qaiser." Panggil seorang lelaki cina yang tidak aku kenali kepada Tengku Qaiser. Tengku Qaiser pergi ke arahnya lalu memberikan bagasi kepadanya. Seketika kemudian pandangan lelaki cina itu teralih pada aku.

"Who is she?" Soalnya pada Tengku Qaiser.

Tengku Qaiser diam. Tidak menjawab dan terus berlalu masuk ke dalam kereta. Aku mengetap bibir.

Sampai hati.

"Erm cik?" Aku memandang lelaki cina tadi.

"I'm Alex and you?" Senyuman di bibirnya tidak lekang. Tangannya di hulur tanda ingin menyalami namun tidak di salam kembali oleh aku membuatkan dia menyimpan kembali tangannya. Kepalanya digaru. Dia berdehem.

"Qaira." Lelaki itu mengangguk. Tangannya dihulur sekali lagi dan mengambil bagasi aku. Kemudian, dia menyuruh aku masuk ke dalam kereta.

Aku mengucapkan terima kasih kepadanya lalu pergi masuk ke dalam kereta.

Tengku Qaiser yang sedang bermain dengan telefon canggihnya tanpa memandang aku sedikit pun buatkan aku terasa.

Aku segera menoleh ke tepi membelakanginya apabila merasakan mata aku berair. Mulutku ditekup menggunakan tangan. Tidak mahu terdengar sebarang bunyi tangisan.

Tak lama kemudian, Alex masuk ke dalam kereta. Kaca mata hitam yang terselit pada baju nya diambil lalu dipakai. Dia memusingkan badannya ke belakang.

"Nak pergi mana?"

"Kondo."

Alex mengangguk.

Pantas kereta itu menderum laju membelah jalan.

***

"Terima kasih, Alex." Ucapku kepadanya. Alex tersenyum sebagai balasan. Tengku Qaiser sudah masuk ke dalam bilik awal awal lagi. Katanya hendak membersihkan badan.

Dan ya, dia kata pada Alex dan bukannya aku.

Aku mengemam bibir.

"Tak apa lah, Qaira. Ni memang tugas saya."

Bagasi serta barang barang aku dan Tengku Qaiser diletak di depan pintu. Alex membuka spek matanya dan menyangkutkannya di baju. Senyuman manis diberi pada aku.

Ya Allah, murahnya lelaki ni dengan senyuman.

Manis

Kacak

Menggoda-

Damn, Qaira. Kau dah ada suami.

Aku beristighfar di dalam hati. Cuba melupuskan segala galanya tentang lelaki bernama Alex ini. Kepala ku geleng berulang kali.

"Hei, kenapa ni?" Wajah Alex berubah. Mungkin kerana aku geleng tiba tiba tadi.

Ah..

"Tak ada apa apa. Maaf err." Alex tertawa perlahan.

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now