BMM : 29

21.2K 769 39
                                    

"Lagi satu, jangan beritahu tentang ni pada Tuan Kael. Kalau awak beritahu, saya tak jamin yang awak dapat keluar macam ni lagi."

Tak dapat keluar?

"Kenapa pula? Boleh saja kan.." Kataku sambil memandang nya tidak percaya.

"Tuan Kael akan ketatkan kawalan ke atas awak, Qaira."

"Maksud saya, bodyguard. Awak akan didampingi dengan ramai bodyguard. Awak ingat dia akan senang senang lepaskan awak dekat tangan orang gila macam Danny tu? Mati hidup balik pun, Tuan Kael yang saya kenal bukan jenis macam ni." Sambungnya lagi. Bibirnya dicebik.

"Saya bukan apa.. saya cuma risaukan awak, Qaira."

Pantas aku menggeleng kepala. Haih.. kalau dia risaukan aku, aku lagi la risaukan diri sendiri. Dia tu mafia tapi aku ni? Pegang pistol pun terketar ketar. Bila teringatkan je terus rasa seram sejuk.

Apa patut aku buat? Tak akan nak biar kan je? Kalau aku biarkan.. mungkin nyawa aku hilang tapi kalau aku beritahu, pasal terikat tu..

Em..

Seram juga bunyi nya kan?

Pintu yang terbuka dari luar itu aku kerling laju. Kelibat Qaiser yang mula masuk ke dalam bilik di pandang. Jam didinding aku amati sebelum memandang si dia kembali.

Lewat.

Memang, memang sekarang rutin dia ialah balik lewat. Kadang kadang sebal juga tapi tak apa lah, kalau nak merajuk.. nanti dia kenakan aku lepastu aku juga yang malu. Haish! Tanpa menunggu lama, aku bangun untuk menyalaminya.

Tangan kasarnya aku kucup sekilas.

"Awak dah mak-" Jari telunjuknya yang tiba tiba sahaja diletakkan pada bibir aku membuatkan aku terdiam.

"Semalam kata i love you too, tak nak panggil abang, abang ke?" Liur aku teguk perlahan apabila melihat mukanya yang sudah bertukar bengis.

Tersasul lagi!

"Ab-abang dah makan?" Soalku gagap. Bibir aku kemam sambil menunggu nya untuk menghulurkan tali leher bersama kot hitam.

"Belum." Jawab nya sepatah. Kot hitam dan tali leher diberi pada ku. Rambut perangnya diserabutkan dan selepas itu tiga butang teratas baju kemeja putihnya dicabut.

Sama seperti hari tu.

"Qaira panaskan lauk eh? Abang tunggu kejap. Kalau nak mandi ke, pergi lah dulu." Senyuman nipis aku berikan padanya. Langkah ke dapur aku mula aturkan tapi belum apa apa, tiba tiba sahaja tubuh ku di peluk dari belakang.

Dadaku berubah rentak.

"Abang tak nak makan nasi." Bisiknya halus. Pelukan nya dieratkan sambil dagu nya dilabuhkan pada bahu aku.

"But um.. can I have you as my dinner, wifey?" Deruan nafas beratnya kedengaran. Dagu tajamnya digeselkan pada bahu aku berulang kali. Aku menahan senyum.

Manja!

"Please..." Pintanya sambil memuncungkan bibir.

Aku menggeleng pendek.

"Abang tak penat ke? Ni dekat tangan ni, kenapa luka?" Tangan kanannya yang memeluk aku tadi aku ambil dan belek. Sudahlah luka, darah kering pun ada.

Masuk kuman baru tahu!

"Sebab abang geram dengan Alex." Tangannya yang berada di tangan aku tadi ditarik lalu memelukku kembali.

"Abang bertumbuk dengan Alex ke apa?"

Qaiser menggeleng.

"Abang tumbuk cermin dekat tandas. Benda ni jadi sebab Alex. Kalau dia bagi je abang balik jumpa Qaira, mesti tak jadi macam ni tau." Bibirnya dicebik tanda geram. Aku menahan senyum.

Ya Allah, kenapa comel sangat?

"Salah abang juga. Kerja tak habis lagi yang gatal sangat nak balik tu kenapa?" Aku memeluk tubuh. Qaiser pula makin merapatkan dirinya pada aku. Dagu tajamnya pula tidak berhenti bergesel pada bahu aku. Bibirku dikemam menahan geram.

Tumbuk kang!

Aku bergelut manja untuk melepaskan diri dari pelukannya sebelum satu hembusan yang terasa di sekitar leher aku membuatkan aku berhenti bergelut.

"Because I miss you so much."

Sensual-

"I miss you, I miss you and I miss you. You'll never knew how I felt about your confession towards me. Abang asyik fikir kan tiga ayat cinta yang Qaira cakap pada abang and guess what? Abang rasa abang dah angau."

"Angaukan Qaira." Sambungnya lagi sebelum satu ciuman dilabuhkan pada pipi kanan ku dan dia melepaskan tubuh aku.

Satu tawa merdu kedengaran.

"Abang mandi dulu ya? Nanti abang turun makan." Tuala bersih yang berada di dalam almari digapainya sambil menyerabutkan rambut perangnya. Kakinya mula melangkah masuk ke dalam bilik air. Saat pintu sudah sipi sipi ditutup, dia mengenyitkan matanya beserta satu sengihan nakal di bibirnya.

Aku mencebik dalam senyum.

Aaaa! Boleh kena sawan cinta kalau hari hari macam ni.

***

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi mulus Jasmin. Pandangan tidak percaya diberi pada Darmian. Tangan wanita itu naik memegang pipi yang ditampar tadi.

Sakit, ya. Sakit sangat.

"Kau tak ada hak nak soal aku pasal cinta, Jasmin Arlina. Kau bukan siapa siapa dalam hidup aku. Kau ingat tu, perempuan."

"Kalau kau berniat nak soal soalan bodoh tu pada aku lagi, aku akan seksa kau dengan cara yang kau sendiri pun tak nak tahu atau mungkin.. kau jijik?" Darmian tersenyum sinis. Tangannya yang sedikit berasa kebas akibat menampar isteri atas kertasnya tadi diurut perlahan sambil matanya mencerlung tajam memandang Jasmin.

Air mata yang mula merembes di pipi wanita itu langsung tidak dipandang. Biarlah. Biar pun apa yang jadi janji dirinya puas.

Puas! Puas menyeksa Jasmin!

"You're not even my wife, Jasmin. Even aku akadkan nama kau masa kita nikah, aku tak akan sesekali terima kau jadi isteri aku. Tak walaupun sekali." Nafasnya dihembus perlahan. Cuba menenangkan diri untuk memandang Darmian yang berada di hadapannya. Air mata yang mengalir tadi dikesat perlahan.

"Tapi saya.. cinta kan awak." Darmian merengus kasar. Tangannya menarik kuat rambut Jasmin.

"Kau.. soal pasal cinta aku pada Qaira sebab kau cinta kan aku? Haih Jasmin.. kenapa kau bodoh sangat? Sudah sudah lah suka kan aku sebab aku tak akan balas balik cinta kau. Get it? Aku hanya cintakan Qaira and I swear, I will make her mine by hook or by crook." Rambut panjang Jasmin dilepas kasar. Jasmin yang menunduk dijeling sekilas sebelum tangannya menggapai kunci kereta dan mula menapak keluar dari rumah.

Esakan yang ditahan sejak tadi terlepas juga. Sakit, perit, terluka dan berasa bodoh dengan diri sendiri semua ada. Kenapa? Kenapa susah sangat diri dia untuk dekati suami sendiri?

Kenapa mesti ada halangan?

Qaira..

Tidak habis habis Qaira.

Qaira, Qaira dan Qaira. Bila Darmian balik masa mabuk pun nama Qaira yang pertama meniti di bibir lelaki itu. Fikir lah, apa perasaan isteri sepertinya bila nama perempuan lain disebut oleh suami sendiri.

Air matanya menitis sekali lagi.

Adakah Qaira juga senasib dengannya? Dahagakan kasih sayang suami?


***

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now