BMM : 12

22.6K 938 9
                                    

" Mama, nampak tak Qaira?" Bajunya yang dibawa dari dalam bilik tadi dipakai di hadapan Tengku Dahlia. Tengku Dahlia menggelengkan kepala. Kenal benar dengan perangai selamba anak teruna sulung dia itu.

" Kenapa?"

Tengku Qaiser mengeluh. Wajah Tengku Dahlia dipandang dalam.

" Dia terdengar perbualan Mika dengan Alex tadi." Kali ini Tengku Dahlia pula mengeluh.

Mungkin sudah dapat mengagak apa yang dibincangkan sampai Qaira meminta untuk berjalan jalan daripada nya tadi dengan muka yang kelihatan agak sembap.

" Kamu cakap apa?"

" Mika tersalah cakap fasal mayat dan bunuh. Mika ingatkan dia tidur nyenyak jadi Mika termarah tadi. Mama tahu kan Mika jenis macam mana?" Mukanya diraup kasar. Aduhai, masalah lain tak selesai lagi muncul masalah baru.

Aih.

" Pergi cerita pada dia."

" Hah?"

" Pergi cerita pada dia, Mika. Bagitahu yang kamu ni mafia."

" Tapi kalau dia tahu, nanti-"

" I said, just tell her that you're mafia, Qaiser Mikael. Apa yang susah sangat ni?" Lambat lambat Tengku Qaiser mengangguk. Keluhan kasar dilepaskan. Hatinya terasa agak berat untuk memberitahu hal yang sebenarnya pada Qaira.

Entah kenapa, dia takut gadis itu makin menjauh darinya. Mungkin sebab Qaira dah tahu yang dirinya mafia dan kerjanya yang agak..

Membahayakan dan terlalu kejam.

Aish, mabuk betul kau ni Qaiser. Biar lah dia jauh pun, kau bukannya suka pun dekat budak pendek tu.

Ergh.

" Dia dekat mana?"

" Cuba kamu cari dekat kawasan taman dekat luar. Mungkin dia ada dekat situ." Tengku Qaiser mengangguk. Pintu utama ditujui. Baru sahaja dia ingin menapak pergi, Tengku Dahlia sudah menyambar lengannya.

" Kenapa, ma? Ada apa apa ke yang mama nak kirimkan? Kejap, Mika ambil kunci kereta."

" Tak, mama tak nak apa apa. Mama cuma nak cakap yang kamu kena pujuk Qaira. Sukakan dia, cintai dia. Mama tahu kamu tak sayangkan dia sebab perkahwinan ni sebab terpaksa dan hanya sebab nak tutup malu keluarga tapi percayalah, mama yakin kamu akan cintakan dia lambat laun nanti." Tengku Qaiser tergamam.

Belajar untuk cintakan budak tu? Terasa susah sekali. Selama ini pun, dia menyakat Qaira hanya kerana dengan niat mengusik sahaja tidak lebih.

" Tapi kenapa?"

" Sebab mama rasa Ian akan rampas Qaira daripada kamu, Mika"

Tengku Qaiser mengepal penumbuk. Sakit pula hatinya bila mendengar yang Qaira akan dirampas daripada nya.

" Apa mama cakap ni? Mustahil. Ian kan dah kahwin dengan Jasmin. Apa lagi dia nak." Soal Tengku Qaiser tidak percaya.

" Betul, sayang. Tadi dia telefon mama cakap yang dia nak tidur sini sebab ada Qaira. Dia rindukan Qaira."

Tengku Qaiser mengetap bibir. Apa lagi si Darmian tu nak? Sudah ada Jasmin tu sudah lah. Kenapa sampai perlu rampas Qaira daripadanya? Sampai mahu tidur sini semata mata rindukan Qaira.

Dasar..

Ergh, tahan Qaiser tahan.

" Jadi tolonglah, buatkan Qaira cintakan kamu dan kamu cintakan dia."

Tengku Qaiser merenung lembut sepasang mata milik Tengku Dahlia. Redup sahaja pandangannya. Hatinya mula berbolak balik. Sama ada pertahankan hatinya atau memberikan hatinya pada Qaira dengan setulus hati.

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Donde viven las historias. Descúbrelo ahora