BMM : 17

21.3K 891 18
                                    

Aku menjerit di dalam hati. Argh! Rasa macam mahu gila sahaja dengan perangai selamba Tengku Qaiser. Boleh pula dia selamba lekapkan bibirnya pada dahiku disaat Ryanna ada di pintu.

Sumpah tak malu betul, hish!

Lelaki itu aku pandang tajam. Pandangan maut diberikan namun lelaki itu hanya beriak biasa.

Ketat raut wajahnya.

Ergh!

"Barbie, don't stare too much at Mika because he will eat you again." Ryanna menutup kedua dua belah mata aku dengan tangan kecilnya. Pantas aku ketawa.

"Ryanna buka lah, kenapa nak tutup hm?" Soalku kepadanya. Tangan kecilnya aku pegang.

"Because you're mine, barbie. Nanti Mika ambil susah pula."

Aku tersenyum mendengar jawapan dari Ryanna. Perlahan tangannya aku tarik supaya diturunkan. Mata Ryanna aku pandang dalam.

"Wanna know a secret, baby?" Pinggang Ryanna aku dakap erat.

"What is it?"

Aku tersengih lalu merapatkan hidung ku dengan hidung kecilnya.

"You're mine and I'm yours." Tawa besar Ryanna mula bergema di dalam rumah agam ini. Kedua dua belah pipi aku dicium laju.

Ryanna Ryanna..

Ryanna mula memalingkan muka ke arah Tengku Qaiser yang berada tidak jauh dari kami. Bibir kecil itu melorek senyuman senget.

"She's mine! Don't you even dare to eat her again humph!" Rengusnya. Tengku Qaiser membuat muka. Sengaja ingin menyakitkan hati Ryanna.

"Dia abang punya, Ryanna. Let go of her." Kali ini Ryanna pula membuat muka. Dipeluk erat aku sambil bibirnya mencebik tanda tidak mahu.

Comel!

"Nope! Ryanna tak nak. Dia bukan Mika punya. Dia-"

"Ian punya."

Aku tergamam. Pantas badan dipusingkan ke belakang. Senyuman sinis lelaki itu menyapa aku.

"Hai, Qaira." Pandangan menggoda lelaki itu jatuh pada aku sebelum pandangannya bertukar tajam apabila merenung Tengku Qaiser. Jantung aku berdetak laju.

Dipandang Tengku Qaiser yang berada di hadapan. Faham benar apabila ternampak urat urat timbul di tangannya.

Lelaki itu mengepal penumbuk. Rahangnya juga diketap. Matanya tadi yang elok sahaja sudah menjadi tajam. Setajam mata bilah pisau.

"Stop it, Qaiser. She's mine. Please, ceraikan dia." Ujar Tengku Darmian sambil berpeluk tubuh. Senyuman sinisnya tidak lekang dari bibir.

"Kau dah ada Jasmin. Mana otak kau ha? Mana akal fikiran kau, Tengku Aisar Darmian?" Gelak tawa sinis Tengku Darmian pecah. Dipandang tajam Tengku Qaiser.

"Aku akan ceraikan dia." Tenang Tengku Darmian menjawab.

"Kau ni gila. Kau tu suami dia!" Aku memeluk Ryanna. Tengkingan lelaki itu.

Ya, sama seperti tengkingan hari itu. Aku mula berdebar.

"Well, aku sanggup bertaruh yang kau langsung tak sentuh Qaira. Ini ke dinamakan tanggungjawab suami, Tengku Qaiser Mikael? Kau tak layak jadi suami dia. She's mine and not yours. Dia just jodoh express kau je." Sinis sahaja ayatnya. Tengku Qaiser sudah naik darah. Tengku Darmian memang melampau!

Argh!

Aku meneguk liur apabila Tengku Qaiser mula bangun dari duduk. Mata lelaki itu sudah tidak nampak dimana warna biru pekatnya. Cuma hitam

Yeah hitam.

"Kau siapa nak cakap fasal hal peribadi aku dengan Qaira?" Lelaki itu makin mendekat ke Tengku Darmian.

"Qaira's lovely man, maybe?" Mendengar sahaja jawapan Tengku Darmian, terus satu tumbukan hinggap di pipi kiri lelaki itu.

"Don't you even dare!" Pekiknya.

"Aku tak faham, kau bukannya cintakan dia pun kan? Bukan kau kata kau tak nak jatuh cinta dengan perempuan sebab kau mafia ke? Takut dia terkorban konon. Kalau takut, bagi aku jaga. Aku dengan rela hatinya nak jaga dia." Balasnya sambil memegang pipi yang ditumbuk Tengku Qaiser tadi.

Sakit? Sakit itu memang ya tapi setakat tumbukan dekat situ, huh tak sesakit hatinya sekarang ni.

"Kau boleh cakap apa yang kau nak tapi aku tetap tak akan lepaskan dia dekat tangan orang yang macam kau! Kalau kau mabuk, then balik rumah lepastu kau pukul pukul dia. Heh, buang masa kahwin dengan orang macam kau."

"Kurang ajar!"

Melihat Tengku Darmian yang sudah menerpa ke arah Tengku Qaiser membuatkan aku takut. Tumbukan mula berbalas tumbukan. Ryanna pula sudah menangis di dadaku.

Aku mula memikir. Nak minta tolong dengan mama, dia sudah ke butik. Papa outstation ke Pahang. Tengku Luth pula sudah ke uni. Aduhai.

Ryanna aku pandang.

"Ryanna, duduk dekat sini okey? Akak nak pergi to-"

Belum habis jawapanku, Ryanna sudah menggeleng tanda tidak bagi kebenaran. Aku mengeluh halus.

"Ryanna.." Akhirnya budak kecil itu mengangguk juga.

Aku terus bangun dari duduk. Ryanna aku letak di tepi. Tangan Tengku Qaiser aku ambil. Lelaki itu tersentak kemudian memandang aku tajam. Aku cuba mencari mata biru pekatnya namun tiada. Warnanya sekarang,

Hitam.

"Ap-"

"Awak, biarkan dia. Please jangan bertumbuk. Nanti kalau muka rosak dah tak hensem lepastu saya tak nak curi curi tengok dah. Nak pandang orang lain pula." Aku mengulum senyum. Melihat Tengku Qaiser yang mula hilang marahnya membuatkan aku terjerit riang di dalam hati.

Tengku Qaiser mula bangun dari atas Tengku Darmian. Wajah lelaki itu ketat sahaja apabila matanya bertentang dengan mata Tengku Darmian.

"This is last warning, Tengku Aisar Darmian. Tolong berhenti kacau Qaira kalau kau tak nak terima padahnya."

"Then what? Kau nak suruh anak buah kau belasah aku? Macam tu? Fikir aku takut ke? Setakat mafia macam kau, boleh pergi mati lah!" Melihat rahang Tengku Qaiser diketap pantas aku memeluk lengannya.

"Ha apa? Kau nak tumbuk aku lagi? Ha tumbuk lah tumbuk. Tumbuk sepuas hati kau." Tangan Tengku Qaiser yang sudah mengepal penumbuk itu aku genggam kemas.
"Aku akan dapatkan Qaira walau macam mana sekalipun. Kau tak boleh halang aku, Qaiser."

"Kau tak layak untuk dia." Sambungnya. Tengku Darmian brrlalu pergi. Dirempuh kuat bahu tegap Tengku Qaiser.

Aku menghantar bayangan lelaki itu dengan pandangan tajam. Suka hati je cakap macam tu. Dia fikir dia tu siapa?

Ergh, serabut!

Orang tak nak tu tak nak la. Yang dipaksa lagi tu kenapa? Jasmin kan dah ada. Aish!

"Barbie.. what's wrong with Ian?" Kaki aku yang tiba tiba dipeluk Ryanna membuatkan aku terkejut. Lantas tangan aku yang memeluk lengan Tengku Qaiser dilepas. Ryanna aku dukung.

"Tak ada apa apa, sayang."

"Betul ni?"

"Ya." Jawabku pendek. Wajah lelaki disebelah aku dijeling sekilas. Masih tegang.

"Then why Mika's face.." Pantas aku menggeleng. Hidung gadis itu dicuit. Ryanna tergelak.

"Barbie, Mika.." Jari telunjuk Ryanna menunjuk ke arah belakang. Pantas aku pusing kebelakang. Muka ketat Tengku Qaiser dipandang lama. Baru sahaja aku ingin menegur, lelaki itu sudah pergi.

Aduhai.. pujuk lagi.

**

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now