BMM : 11

23.6K 905 26
                                    

" Mama!" Tubuh mama pantas aku dakap erat. Rindu nak manja manja, rasa masakan mama dan yang paling penting-

Boleh mengadu fasal Tengku Qaiser.

Humph! Biar padan muka dia. Selalu sangat sakat aku tak bertempat. Suka sangat buat aku naik darah manis.

Jadi hulk, baru tahu!

Tengku Qaiser menggulingkan matanya apabila melihat adengan berpeluk itu. Sudah lah dirinya dipalau. Oleh mamanya sendiri pula tu.

Eish.

Tidak mahu berlengah, Qaira dan Tengku Dahlia yang mengadakan sesi pelukan di pintu ditolak sedikit agar dirinya boleh masuk kedalam.

" Luth dengan Ryanna mana? Rindu dekat dua budak tu." Tangan Tengku Dahlia diambil lalu dicium sedikit.

" Luth dengan Ryanna keluar. Katanya nak beli barang sekolah. Petang nanti balik la tu." Tengku Qaiser mengangguk tanda faham. Tangannya didepa untuk memeluk Tengku Dahlia namun cepat cepat Qaira memeluk Tengku Dahlia.

Budak ni!

Dijeling tajam Qaira yang sedang memeluk Tengku Dahlia. Tengku Qaiser merengus kasar.

Diangkut beg plastik berisi pakaian Qaira masuk ke bilik. Tangga didaki cepat cepat agar cepat sampai ke bilik. Ah, boleh tidur puas puas!

" Eish, jeles lah tu tak dapat peluk." Ujar Tengku Dahlia sambil memandang ke arah tangga.

" Qaiser memang macam tu eh, mama?" Soalku sekadar ingin mengorek rahsia. Bila tahu, boleh kenakan pakcik tu!

Padan muka!

" Ya, dia memang macam tu. Dia memang kuat merajuk. Jauh beza dengan Ian, Luth dan Ryanna. Kalau dikira, sepatutnya Ryanna lebih manja tapi berbalik pula. Mika lagi manja. Mungkin sebab dulu dia duduk dengan Tengku Qaden dan kurang dapat perhatian mama dengan papa." Terang mama panjang lebar. Aku hanya mengangguk.

Tak sangka juga pakcik tu manja.

" Tengku Qadin tu siapa, mama?" Aku menyoal mama. Rasa ingin tahu membuak buak em!

" Tengku Qaden Louis. Tu ayah mama, sayang." Tengku Dahlia ketawa. Mungkin kerana aku tersilap memanggil nama Qaden kepada Qadin tadi.

" Kenapa Qaiser duduk dengan dia?" Soalku lagi.

" Seriously, Qaira? Are we gonna talk at this door for a whole day? Tak sudi masuk rumah mama ke?" Aku tersengih seperti kerang busuk. Tangan mama aku tarik ke dalam rumah seraya menutup pintu utama itu. Terus aku bawa mama ke ruang tamu. Cepat cepat aku melabuhkan duduk di sofa.

Banyak lagi perkara fasal Tengku Qaiser yang perlu aku ketahui.

" Tak sabar sabar, nampak." Aku tersengih. Nampak sangat ke perasaan ingin tahu tu?

Hehe! Aku membuat muka comel ke arah mama.

" Haih, Qaira ni. Ok lah, Mika duduk dengan ayah mama sebab ayah mama yang nak. Dia kata lepas sahaja Mika umur dua tahun, mama kena bagi Mika pada dia sebab dia nak ajar Mika dari kecil untuk jadi maf-"

Percakapan mama terhenti. Raut wajahnya mula berubah. Mata aku dipandang dengan lembut. Tangan aku diambil lalu diusap sebentar.

Aku memandang mama hairan.

" Kenapa?"

" Mama rasa, cukup lah mama cakap sampai situ. Kalau Qaira nak tahu tentang yang lain, Qaira kena tanya Mika sendiri. Okay, dear?" Mama tersenyum kecil kepadaku. Lantas, dia bangun dan pergi ke dapur.

Satu sahaja persoalan yang bermain di benak fikiran. Apa maf? Kenapa mama suruh tanya pakcik tu sendiri.

Argh, tak sukanya!

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now