BMM : 40

10.4K 659 60
                                    

Hari ini sudah masuk sebulan aku berlatihan. Sudah menjadi rutin pula selepas subuh. Dari awalnya tidak mahu dan menolak, sekarang aku yang bersemangat. Pagi pagi lagi lengan Qaiser digoncang, menyuruhnya menemani ku.

Tapi itu dua minggu lepas..

Sekarang dia sibuk kalah menteri. Entah apa yang dibuatnya. Belum sempat aku berkata apa apa, dia dah pecut masuk tandas. Bersiap untuk ke tempat kerja nya. Apabila ditanya, ayatnya mudah.

"Abang ada kerja dekat ofis. Something happen."

Aku menghela nafas. Peluh yang berciciran di dahi, aku sapu. Eva yang sudah terbaring di atas trek di tenung.

"Awak penat ke Eva?" Melihat anggukan gadis itu, aku mengangguk faham. Sejak ketiadaan Qaiser, Eva lah yang menolong aku daripada haritu. Dia teman aku berlatih, lepastu dia mengajar aku beberapa teknik baharu dan macam macam lagi.

Senang cerita semua dia lah yang ajar. Ada juga Qaiser ajar tapi tak lama lepastu dia minta izin nak pergi ofis. Entah apa lah yang ada dekat sana. Awek cantik mungkin? Mana lah tahu perempuan dekat sana lebih menarik daripada aku yang selekeh ni kan?

Laju aku menggeleng kepala. Cepat cepat aku beristighfar. Tak baik betul bersangka buruk pada suami sendiri.

"Awak tak penat ke, Qaira?" Aku menggeleng. Belum masanya lagi.

"Awak tak nak rehat dulu?" Aku menggeleng lagi. Aku bangun dari bersila. Bersiap siap untuk belajar lagi. Aku menapak ke arah punching bag. Benda itu di tenung sebelum berfikir bahagian mana yang perlu ditumbuk.

Punch.

Satu.

"Tapi awak kena rehat. Takut jadi apa apa pada ka.." Sepi.

Aku menaikkan kening apabila Eva tidak meneruskan ayat nya. Tergantung disitu.

Ka?

"Ka apa?" Laju gadis itu menggeleng. Secara tiba tiba dia bertindak seperti cacing kepanasan. Tidak duduk diam. Seperti merisaukan sesuatu? Tapi apa?

"Ka, kamu." Jawabnya. Aku tidak mengangguk mahu pun menggeleng. Kenapa aku rasa macam dia menipu? Dari raut wajahnya.. seperti bukan ayat itu yang dia mahu beritahu aku.

Dan kenapa pula aku overthinking ni?

Entahlah, cuma firasat.

"Nanti Tuan Kael balik tau." Aku mengangguk. Aku kembali meneruskan apa yang terhenti tadi. Kali ini Eva hanya diam. Bermain dengan telefon pintar nya akan tetapi dapat aku rasakan matanya melirik ke arah pergerakan ku.

Mungkin perasaan sahaja.

Ah, biarkan.

Aku menumbuk lagi. Aku tau sebab apa Qaiser beria ria menyuruhku agar belajar perkara perkara seperti ini. Eva kata yang Qaiser mempunyai ramai musuh jadi tidak peliklah kalau aku mungkin dijadikan target untuk melemahkan Qaiser kan?

Ada beberapa orang yang terlintas di fikiran apabila memikirkan perkara ini. Orang pertama, Danny Kent. Aura nya, sapaan nya dan soalan nya di cafe beberapa bulan lepas meninggalkan banyak tanda soal. Banyak yang aku mahu tanya kan pda Eva tetapi gadis itu hanya senyap.

Qaiser apatah lagi.

Yang kedua, Vivy. Entah kenapa lirikan wanita itu membuatkan aku berasa terancam. Seolah olah nyawa aku berada di hujung tanduk.

"You know who i am."

Dia nampak berkuasa. Seperti semua berada di hujung telunjuk nya sahaja.

Ya, Vivy.

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Onde histórias criam vida. Descubra agora