BMM : 23

21.8K 905 21
                                    

"Nah!"

Ditolak aku ke depan. Hampir terjatuh aku namun masih sempat bertahan. Aku menundukkan pandangan. Aduh, entah apa lah nasib aku. Nasib baik sudah memakai tudung tadi. Kalau tidak, sia sia sahaja tayang aurat pada lelaki yang tidak muhrim.

Teruk!

Sudahlah tadi sedikit lagi nyawa hendak hilang sekarang berdepan dengan Tuan Louis pula. Memang nyawa melayang!

"Why, Eva?" Soal satu suara garau. Aku syak itu Tuan Louis.

Tapi.. suaranya amat sama dengan seseorang. Aku mahu melihat siapa gerangan tersebut namun tiada kekuatan. Ah, mungkin lepas ini aku akan dihukum.

Ergh!

"She try to steal your things, signor Kael."

"Oh I see." Jawab lelaki itu ringkas.

Aku mengangkat sedikit wajah setelah keadaan mula sepi. Mataku berhenti pada satu nama yang diletak pada mejanya.

Mikael Davies Louis.

Aku meneguk air liur. Terasa aura hitam mula menyelubungi tubuh apabila terdengar kerusi ditolak.

"Come here, Eva."

Eva menolak aku sekali ke arah lelaki itu. Aku mula berdebar. Ya Allah, jangan lah si Tuan Kael ini apa apa kan aku.

Apabila tiba di hadapan lelaki itu, pantas tangan lelaki itu menarik pinggang aku supaya melabuhkan duduk di atas pehanya. Nafasnya yang dihembus pada leher aku membuatkan aku menggigil.

"Eva, do you know who is she?" Soalnya betul betul tepat pada telinga aku. Kalau boleh, mahu sahaja aku mengelak daripadanya dan berlari keluar dari bangunan ini namun kaki aku seakan akan terkunci. Ditambah pula dengan sepucuk pistol yang terdapat di atas meja kerja lelaki ini buatkan aku gerun akannya.

"No."

"You should know her then."

Eva terdiam. Matanya memandang aku tajam.

"Alex tak bagitahu kau apa apa ke?"

"Ada.. dia bagitahu saya yang perempuan ni isteri Tuan Kael tapi saya tak percaya sebab perempuan ni tak kenal siapa Tuan Kael. Tambahan pula, Tuan Kael tak pernah bagitahu yang Tuan Kael dan kahwin jadi saya terus bawa dia pada tuan."

Mendengar itu, rangkulannya pada pinggang aku makin diketatkan. Dagunya di letak di atas bahu aku.

Aku masih setia menggigil.

"She is my wife, Eva."

Serentak dengan itu, tangan kiri aku diambil dan dikucup lembut. Aku tergamam. Perlahan aku pusing ke arah belakang dan ternyata dia.

Tengku Qaiser Mikael.

Lelaki itu memandang aku lembut sebelum tersenyum nipis. Kemudian matanya kembali memandang Eva yang masih lagi dengan riak terkejut dihadapan.

"But she said that she is Qaiser Mikael's wife not Mikael Davies Louis's wife."

Tengku Qaiser mengangguk.

"Yes because my name is Qaiser Mikael and not Mikael Davies Louis, Eva. Kau dah tahu kan yang aku dah masuk islam?"

Jadi selama ni Qaiser bukan muslim?

Kenapa aku langsung tak tahu? Aduhai bodohnya aku

"Aku rasa.. kau hutang satu perkara dengan aku, Eva. Mind to talk about it?" Soal Tengku Qaiser sinis dengan tiba tiba. Mata biru lelaki itu mencerlung tajam ke arah Eva.

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now