-Cp 22-

61 1 2
                                    

< The best secrets are the most twisted >


Jari jemari Ariana mengetuk permukaan meja kerjanya mengikut rentak irama lagu kpop dari kumpulan SHINee yang dimainkan dikomputer. Mulutnya dari tadi terkumat-kamit menyanyi lagu tersebut. Entah betul ke tidak lirik yang dinyanyinya.


Sesekali matanya menilik jam di dinding. Mengira waktu untuk pulang ke rumah. Esok hari minggu. Jadi tak sabar mahu melayan drama korea yang terjendela itu. Huhuhu.


Tepat jam 5:30 petang, terus dia mematikan komputernya sebelum tangannya laju mengemas barang. Ayuh! Pulang ke rumah! Huhuhu


Tak sampai seminit, telefonnga berdering. Terbuntang matanya saat melihat nama Helmi tertera. Teragak-agak Ariana mahu menjawabnya.


" Assalamualaikum. " Satu suara yang menegurnya saat panggilan itu diangkat.


" Waa...lai..kummusalam.." Tergagap-gagap Ariana menjawabnya. Bukan apa, buat kali pertama Helmi menelefonnya. Takut pula tiba-tiba.


" Awak busy ke? " Soal Helmi dihujing talian yang membuatkan Ariana tertanya-tanya.


" Kenapa?" Soal Ariana pendek.


" Boleh tak kita jumpa sekejap. Sekejap je."


Terkejut Ariana dibuatnya. Ha? nak buat apa jumpe mamat ni? Baru je nak happy-happy.


" Kenapa ya? " Soal Ariana lagi. Bukan apa, takkan la si Helmi ni nak ajak jumpa saje-saje je kot.


" Ni, Adrian ni. Dah seminggu dia meracau-racau nak jumpa awak. Pening kepala saya tengok dia. " terang Helmi. Lega hati Ariana dibuatnya. Okay. jumpe Adrian tak apa. Tapi kalau jumpe papa adrian, tak mahu. huhuhu


" Ha? Adrian? Ha boleh-boleh. "


" Adrian..apa ni..papa tengah drive ni. Behave yourself, please. "


Terdengar Helmi memarahi Adrian membuatkan Ariana risau pula dengan keadaannya. Sudahlah Helmi sedang memandu waktu itu.


" Awak okay tak tu? "


" Okay-okay. Awak dekat mana? Office ke? Saya datang ambik. " kata Helmi dengan laju.


" Haah. Okay. "


Setelah mendapat keputusan terus Helmi mematikan panggilan. Pelik Ariana dengan Helmi ni. Teruk sangat ke Adrian meracau tu? Entah-entah jadi macam haritu yang dekat mall tu. Eeii..kesian Helmi. Dugaan menjadi single parents kot. Mungkin.


Makin pantas Ariana mengemas barangnya. Setelah mengucapkan selamat tinggal dengan rakan sekerjanya terus Ariana melangkah laju ke lif.


Sebaik melangkah ke lif terus dia menekan punat ground floor sebelum pintu lif itu ditutup. Tetapi sempat lagi seseorang lari masuk ke ke dalam dengan laju. Terkejut Ariana dibuatnya.

The Chaos  After YouTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon