-Cp 26-

48 2 0
                                    

< You can't stop the feelings you have for someone. You can't lie to yourself either. Your heart knows the truth all too well. >


Daniel duduk berseorangan di luar banglo ibu bapanya. Kegelapan malam menjadi kawasan sekelilingnya sunyi.Hanya kedengaran bunyi cengkerik berlagu riang.Sejak hantar Ariana ke rumahnya terus Daniel pulang ke rumah ibu bapanya. Sengaja mahu bermalam di sini.

Bunyi batukan dari Aleesya membuatkan Daniel tersedar dari lamunannya. Huluran secawan kopi panas oleh Aleesya disambut oleh Daniel dengan ucapan terima kasih.

" Kalau abang rasa betul-betul serius dengan perasaan abang tu, why not try to confess?" Tiba-tiba sahaja Aleesya meluahkan pendapatnya.

Dahi Daniel berkerut. Setelah kopinya dihirup, cawannya diletakkan di atas meja bersebelahan dengannya.

" Adik rasa dah sampai masanya.." Sambung Aleesya lagi.

" Masa apa? " soal Daniel

" Untuk abang berubah! "

Dahi Daniel bertambah kerut. Kurang mengerti maksud ucapan adiknya itu.

" You love her, don't you?"

" Who?"

" Kak Ariana la.Siapa lagi berani caras hati abang kesayangan Aleesya ni. " kata Aleesya.

" Tak lah. " Jawab Daniel perlahan.

" Tipu. You love her, right?"

Daniel menunduk. Dia tidak mahu menjawab pertanyaan itu kerada dia sedar dia gagal menyembunyikan perasaannya setelah sekian lama. Dia tahu Aleesya sudah dapat membaca perasaan yang tertera di wajahnya.

" Should I give you some tips? " Aleesya tersengih kambing sambil mengangkat keningnya.

Daniel memandang adiknya itu dengan pandangan blur. " Tips? For what?"

" Untuk abang mengorat Kak Ariana. Well, For your information, I knew her before you."

" Ceit, I'm a man. Of course, abang tahu nak buat apa." Kata Daniel dengan lagaknya.

" Ceh, berlagak. Kejap lagi Kak Ariana lari baru tahu."

Daniel hanya tersenyum sinis. Kemudian Aleesya bangun dari duduk disebelahnya.

" Dik nak pergi mana? "

" Nak masuklah. Tidur. Esok sekolah. " kata Aleesya sebelum menghilangkan diri meninggalkan Daniel yang masih terpinga-pinga.

Daniel mengelengkan kepalanya. Kadang-kadang dia tersenyum bersendirian bila teringat akan agenda dia bersama Ariana. Saat pertama kali dia berjumpa dengan Ariana, sangkakan Ariana pemalu orang nya tetapi indah khabar dari rupa. Garang benor! Huhuhu. Tapi disebalik garangnya ada terselit dukanya dalam lara. Dan gelagat Ariana bila gelabah sumpah mengelikan hatinya apatah lagi apabila bila Ariana membuat muka manjanya. Haih, Ariana. Kenapalah kewujudannya membuat hidup dia kucar-kacir.

" Termenung apa Abang? " Sapa Puan Aleeya pula kali ini.

Daniel menguntumkan senyuman ke arah mamanya sebelum memberi sedikit ruang kepada wanita itu duduk di sebelahnya.

" Tak adalah mama. Saja Abang lepak-lepak kat luar ni. Nak ambik angin. " Jawab Daniel yang cuba menyedapkan hati mamanya.

" Alah, mama! Abang tu terkenangkan kekasih hatinya. Sebab tu macam orang angau. Tersengih sorang-sorang. " Entah sejak bila Danish berdiri tegak di pintu ruang rehat rumah itu.

Daniel berpaling ke arah Danish dengan tajam. Tanpa dipelawa, Danish duduk di antara Daniel dan mamanya. Mujur kerusi yang berada di situ lebar dan panjang, jadi tidaklah sempit bila tiga orang duduk di situ.

The Chaos  After YouWhere stories live. Discover now