-Cp 15-

84 1 1
                                    


< When we have each other, we have everything >


"Adik.."

Ariana yang sedang termenung pada kawasan lapang yang berada dihadapannya tersentak saat namanya dipanggil. Puan Maria terus duduk di sebelah Ariana. Sejak Ariana pulang dari kubur sebentar tadi, terus dia mendiamkan diri. Makin bertambah rasa bersalah Puan Maria dibuatnya.

" Adik, ibu minta maaf..." Tangan Ariana terus diraih sebelum diusap.

Wajah Puan Maria ditenung seketika. Terselah kedutan pada wajahnya. Sebelum satu keluhan dilepaskan.

" Tak apalah ibu benda dah jadi. "

" Ibu bukan tak nak bagitahu Adik tapi ibu takut adik pergi jauh dari kami lagi. " kata Puan Maria. Makin kuat gengaman di tangannya. Ariana diam seketika sebelum membuka mulut.

" Ibu.. Adik janji adik tak buat lagi. Ini semua mesti salah adik. Kalau adik tak buat hal dulu, mesti semua benda ni tak jadi. "

Puan Maria mengelengkan kepalanya.

" Eh tak, ini semua salah ibu. Ibu yang jaga kamu semua betul-betul. "

" Ibu..." Kata-kata Ariana tersekat. Encik Tapah yang muncul pada muka pintu terus menyampuk.

" Tak ada salah sesiapa. ini semua ujian allah. Kita sebagai hamba-Nya perlulah menghadapi dengan tabahnya. " Nasihat Encik Tapah. Ariana dan Puan Maria tergumam

" Atok, Ian tak nak balik. " kata Adrian yang muncul entah dari mana membuatkan tiga beranak itu tersentak. Terus dipeluk kaki Encik Tapah yang sedang berdiri itu.

" Adrian, jangan la kacam ni. Esok papa kene kerja. " muncul pula Helmi dengan beberapa beg yang berada di tangan.

" Cucu atok tak nak balik ke? " soal Encik Tapah sambil mengusap rambut Adrian. Adrian mengeleng kepalanya.

" Tak nak. Ian nak tinggal sini. " kata Adrian.

" Ian..." Panggil Helmi. Baru sahaja Helmi ingin menangkapnya, Adrian terlebih dahulu berlari mendapatkan Ariana.

" Mama, tengok papa tu. " Rajuk Adrian.

" Mama dah lama tengok papa awak tu. Naik menyampah dah. " Perli Ariana sambil mendukung Adrian ke atas ribanya.

" Adrian, meh sini salam opah atok mama . Kita dah nak balik dah ni. " Pujuk Helmi lagi.

" Mamaaaaaaa, Ian tak nak balik. Ian nak duduk sini dengan Mama Atok Opah." Kata Adrian sambil memeluk Ariana. Ariana tergelak kecil. Manja sungguh Adrian ni. Walhal baru sahaja mereka bertemu.

" Adrian..." Panggil Helmi.Tetapi tidak dilayan oleh Adrian.

" Ian, balik la. Ikut papa balik ya. " Pujuk Puan Maria pula.

" Ala mama ikutlah balik sekali. " kata Adrian membuatkan Ariana terkedu.

" Adrian, mama tak boleh ikut. " Ujar Helmi. Melihat raut wajah Adrian yang sudah mahu menangis terus dipujuk oleh Ariana.

" Okay, mama janji nanti mama jumpa adrian dekat sana. Nanti kita pergi beli mainan nak? " Janji Ariana.

" Nak! Nak! " Terus melompat dengan riang Adrian dibuatnya. Ariana tersenyum. Terus hilang rasa sedihnya sebentar tadi. Haih, kalau la kakak turut ada bersama mereka. Pasti bahagia.

" Ariana, jangan berjanji dengan dia. Nanti dia asyik nak tuntut je. " Kata Helmi. Bukan apa dah banyak kali dia berjanji dengan anaknya itu tetapi bila tidak ditunaikan janji itu haru biru hidupnya mendengar tangisan Adrian.

" Tak apalah. Bukan selalu. Meh, salam Mama. " kata Ariana. Tangan yang dihulur disambut lembut oleh Adrian. Pipi Adrian terus dicium bertalu-talu.

" Saya balik dulu. Nanti ada masa saya datang lagi. Assalamualaikum. " kata Helmi sebaik sahaja meletakkan beg ke dalam kereta. Setelah memakaikan tali pinggang untuk Adrian, terus Helmi ambil tempat

" Waalaikumusalam. " jawab Encik Tapah dan Puan Maria serentak.

" Terima kasih Ariana layan Adrian dengan baik. " kata Helmi sebaik sahaja menudunkan tingkap pemandu.

" Sama-sama. Lagipun dia kan anak buah saya. " balas Ariana ikhlas.

" Saya gerak dahulu. Terima kasih untuk semuanya. Saya harap awak bertabah. " kata Helmi dan dibalas dengan senyuman Ariana.

" Okay. Hati-hati. Bye Adrian! " Tangannya dilambaikan kepada Adrian yang duduk sebelah Helmi.

" Bye, mama! "

The Chaos  After YouWhere stories live. Discover now