-Cp 10-

80 1 0
                                    



< Families are like branches of a tree. We grow in different directions, yet our roots remain as one. >


Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Kereta Myvi yang dipandu perlahan diberhentikan di tepi jalan raya. 3 jam dia memandu dari rumah sewanya ke perak. Tambahan pula, dengan jalan yang sesak oleh kerana hari minggu.

Ariana menghelakan nafas yang berat. Matanya meliar melihat kawasan padang sawah yang terletak di seberang jalan. Manakala di sebelahnya pula terletaknya satu rumah teres yang berwarna kelabu. Rumah dimana tempat dia membesar.

" Ayah "

Satu perkataan yang keluar dari mulutnya saat terlihat ayahnya keluar dari pintu rumah tersebut. Melihat perbuatan ayahnya yang sedang memegang penyapu, mungkin hendak menyapu daun yang berguguran di hadapan rumah.

Tangannya digumpal bagi mengumpul semangat. Walaubagaimana pun dia harus menepuhinya juga. Tak kira apa pun yang berlaku. Ariana keluar dari kereta dan menuju dengan perlahan ke rumah tersebut. Oleh kerana, pagar rumah terbuka lagi menyenangkan untuk dia masuk ke dalam rumah. Encik Tapah yang sedang sibuk menyapu langsung tidak perasaan akan kehadiran anaknya itu.

" Peakaabooooo! " gurau Ariana dengan melompat di hadapan Encik Tapah. Terus tercampak penyapu yang sedang dipegang oleh Encik Tapah.

" Oh mak kau hijau! "

Ariana tergelak kecil saat mendengar telatah ayahnya itu. " Apa ayah ni..tak senonoh betul! "

" Ariana! Betul ke anak ayah ni?! " kata Encik Tapah dengan matanya terbeliak besar. Bagaikan mimpi rasanya saat ini.

" Betul la! Anak ayah yang comel ni. " Usik Ariana lagi. Padahal air matanya dah terasa nak mengalir dah saat ini. Rindunya kepada ayahnya akhirnya terubat juga.

" Ariana! Anak ayahhh! " Kata Encik Tapah dengan gembira. Ariana yang berada dihadapannya terus ditarik ke dalam dakapan. Tudung yang menutupi rambut anaknya itu diusap perlahan. Tak semena-mena air matanya sebagai seorang ayah mengalir juga. Rindu akan anaknya itu.

" Kenapa merajuk lama sangat? Ayah rindu anak ayah. " ujar Encik Tapah beserta dengan tangisannya. Tersentuh Ariana ketika itu. Terus dibalas kuat dakapan ayahnya itu. Tak pernah-pernah dia melihat ayahnya menangis depannya. Berdosakah dia kerana ayahnya menangis disebabkan perangai tak senonoh dia ni?

" Adik,minta maaf ayah. "

Itu sahaja yang dia mampu katakan sekarang. Tak tahu mahu membalas apa lagi. Tersembur juga air mata dia tahan sejak dari tadi.

" Minta maaf sangat-sangat...." Kata Ariana lagi.

" Shuuhh.. Tak apa. Adik tak salah. " pujuk Encik Tapah. Belakang badan Ariana pula diusap perlahan bagi meredhakan tangisan.

Agak lama anak-beranak itu berpelukan di hadapan rumah dan akhirnya terlerai juga pelukan yang dirindui tersebut.

" Dah-dah jangan nangis lagi. Nanti tak cantik dah anak ayah ni. " Pujuk Encik Tapah lagi.

" Eh, mana ada. Anak ayah sentiasa cantik tau. " Balas Ariana sambil mengelap air matanya.

" Ha iyalah, anak ayah cantik dan comel. " Tergelak kecil Ariana saat ayahnya berkata begitu. Terus hilang kesedihan di hatinya.

" Ayah, ibu mana? " Soal Ariana apabila perasan akan ketiadaan ibunya. Dah dalam 20 minit dia berada di rumahnya itu, tetapi kelibatan ibunya itu tidak nampak langsung. Sibuk kah ibunya itu?

The Chaos  After YouOn viuen les histories. Descobreix ara