-Cp17-

68 1 1
                                    


< You are the source of my joy, the center of my world and the whole of my heart.>


" Papa.."

Helmi yang sedang menaip sesuatu pada papan kekunci tersentak seketika tatkala terdengar suara Adrian di muka pintu. Adrian yang sedang memeluk anak patung panda menuju kea rah Helmi di dalam bilik kerja itu.

" Iya sayang."

Adrian yang sudah berada di sebelahnya terus didukung sebelum diletakkan atas ribanya. Komputer riba ditutup.

" Ibu cantik tak?"

Helmi terkedu apabila Adrian menanyakan soalan itu secara tiba-tiba. " Ha?"

" Ibu cantik tak?" Soal Adrian lagi sekali.

" Can...cantik..." Jawab Helmi teragak-agak. Namun apabila melihat gambar yang berada di tangan anaknya itu terus dia faham. Mungkin anaknya itu mahu melihat wajah ibunya secara berhadapan. Kalau diikutkan Adrian tak pernah melihat wajah ibunya kerana ibunya pergi saat melahirkannya. Jadi mungkin anaknya itu tertanya-tanya bagaimana wajah ibunya.

" Iya? Cantik macam mama?" Soal Adrian lagi.

Kening Helmi terangkat. " Ha? Mama? Mama mana ni?"

" Ala, mama yang dekat rumah opah tu." Terang Adrian. Dahi Helmi berkerut. Ariana?

" Ouh, cantik. Kenapa Adrian tanya?" Kata Helmi.

"Saja." Jawab si cilik itu pendek. Helmi tersenyum sambil mencium-cium rambut Adrian. Bau shampoo baby Johnson masih lagi melekat pada rambut anaknya itu. Mendengar soalan Adrian, terus dia terbayang wajah Ariana dan Farisha. Kedua-duanya sama-sama cantik. Tiada yang kurang, tiada yang terlebih. Cukup membuat hati tenang saat melihat kedua-dua wajah ciptaan tuhan itu.

" Ibu pergi jauh ke, papa?" Soal Adrian lagi sambil menguis-guis anak patungnya.

" Erm..Jauh...."

" Bila Ian boleh jumpa ibu?"

Sekali lagi soalan Adrian yang membuatkan dia terkedu. Helmi diam seketika sebelum menjawab soalan Adrian. " Bila Adrian dah bersedia untuk hadapi segalanya."

" Apa tu?" Adrian sudah memandang Helmi tanda tidak faham akan ayat Helmi. Helmi mengusap kepala anaknya itu.

" Satu hari nanti Adrian boleh jumpa ibu. Tapi bukan sekarang." Terang Helmi. Adrian mengangguk. Helmi tersenyum. Teringat lagi sewaktu Adrian masih kecil, Helmi mengambil banyak masa untuk sesuaikan dirinya dengan Adrian. Tambahan pula, hanya dia seorang sahaja yang menjaga Adrian. Baru dia faham kepenatan seorang ibu menjaga anak. Bukan senang nak jaga anak, kerja yang di office pun tak susah macam ni. Tapi lama kelamaan, Alhamdulillah dia berjaya menghadapi segalanya.

" Papa, bila kita nak jumpa mama?"

Helmi yang sedang termenung ke arah gambar Farisha di tangan Adrian tersentak.

" Adrian rindu mama ke?" Soal Helmi.

" Iya. Ian rindu nak main dengan mama." Kata Adrian jujur.

" Adrian suka dengan mama?" Soal Helmi lagi.

" Ian suka sangat dengan mama."

Mendengar jawapan Adrian membuatkan senyumannya terukir. Tak sangka hubungan Adrian dan Ariana akan rapat sebegitu walaupun hanya berjumpa beberapa jam sahaja.

" Mama, opah, atuk, nenek semua Ian sayang!" kata Adrian dengan teruja.

" Habis tu, papa ni? Adrian tak sayang ke?" rajuk Helmi. Terus Adrian memeluk papanya itu.

The Chaos  After YouWhere stories live. Discover now