-Cp 4-

94 3 0
                                    



< Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. >


3 tahun telah pun berlalu sejak kejadian itu. Tanpa pengetahuan keluarga, Ariana membawa diri ke Australia untuk menyambung pengajiannya selepas tamat pengajian diploma di University Malaya selama 3 tahun kos business management kerana mendapat biasiswa. Alhamdulillah dan kini dia berada di tanah air semula dan bekerja di syarikat yang ternama atas berkat usahanya selama ini.

Tipulah kalau tidak rindu akan keluarganya tetapi kerana hatinya yang pedih, dia tetap dengan pendiriannya. Agaknya apa lah khabar ayah dan ibu? Sihat ke tak? Haih.

" Ariana! Bangun! "

Ariana tersentak saat teman serumahnya menepuk perlahan bahunya sebelum kembali lena. Melihat Ariana tiada balasan, Melissa dengan pantas mengoncang sehingga Ariana mengeliat atas katil bersaiz Queen itu. Ariana merenung ke arah melissa seketika. Bantal busuk yang berada di sebelah diambil lalu dipeluk.

" Kau nak apa? " Soal Ariana dengan suara serak. Dengan melihat Melissa yang sudah pakaian lengkap gaunnya membuatkan Ariana lagi tertanya.

Melissa, teman baiknya sejak dia di bangku sekolah lagi. Kadang-kadang dia bersyukur kerana dihadirkan teman sejati yang menemani dikala yang sedang dilukai.

" Eh, kau lupa ke? Kau dah janji dengan aku,kan? " Melissa sudah mencekak pinggangnya sambil memandang Ariana dengan tajam. Eh, semalam dia beria dah janji dengannya. Boleh pulak dia lupa akan janji mereka berdua.

" Janji? Apa ya? Aku tak ingatlah. Hehe " Ariana bangun dari pembaringannya sebelum membetulkan rambutnya yang kusut. Melissa sudah membuat muka.

" Kan kita dah janji nak pergi wedding cousin aku malam ni. Haih, kau ni. " Melissa mengeluh seketika. Itulah Ariana ni. Sikit-sikit pelupa. Nak kata dah tua umur baru 25 tahun.

" Wedding? Ouh,malam ni ke? Aku ingatkan minggu depan. " Kepala yang tidak gatal digaru.

" Banyaklah kau minggu depan. Cepat siap. Aku tunggu kat bawah. " Kata Melissa sebelum ingin berlalu pergi dari bilik Ariana. Tetapi Ariana terlebih dahulu menahannya.

" Alaaa, aku tak pergi tak boleh ke? Penatlah. " Kata Ariana dengan membuat muka sedihnya. Mana tak penat, hari sabtu pun kene kerja. Ini semua si boss punya pasal. Tiba-tiba nak report tentang office hari ni juga. Puas dia bertungkus lumus hari ni samapi nak makan tengah hari pun tak sempat.

" Jangan nak mengada. Pergi siap. Lagipun esok hari ahad kan. Cuti. Esok kau tido la puas-puas." Arah Melissa. Ariana sudah muncungkan bibirnya. Halah,halah. Ni yang malas ni.

" Tapi aku tak ada baju gaun macam kau ni. Aku pakai baju kurung je boleh? " Ariana menarik tangan Melissa sebelum mengoyang-goyangkannya seperti anak kucing yang mengeselkan badan pada tuannya.

" Tak payah mengada. Nanti aku bagi baju gaun aku. " Kata Melissa yang seperti mengarah.

" Ala, tak apa. Aku pakai baju aku je. "

" Tak payah. Jangan nak memalukan aku. Kau tu nanti pakai baju yang lusuh yang dah berpuluh tahun tu. Aku suruh buang, tak nak. Degil. Padahal kau kaya je, bukan miskin. " Ha, sudah! Itu dia Tengku Melissa binti Tengku Zamri sudah membebel kalah mak cik bawang.

" Kalau memalukan, tak payah bawak aku. Boleh? " Ariana tersengih menayangkan gigi ke arah Melissa. Mana tak dia malu kalau pergi majilis orang yang tidak mengenalimya. Sudahlah Melissa ni anak orang berada. Dah nama pun 'tengku' sudah tentu kaum kerabatnya semua orang berada. Kalau dibandingkan dengan dia, apalah sangat.

The Chaos  After YouWhere stories live. Discover now