-Cp 36-

41 0 0
                                    

< Don't waste your time on revenge. Those who hurt you will eventually face their own karma. >



" Ini dia, Kak Ain. Marketing strategy project. " Satu file bewarna coklet dihulurkan kepada Ain yang sedang menaip di papan kekunci itu.Bersusah payah dia buat semalam dari pejabat ke bengkel lepas tu sambung sedikit di rumah. Nasib baik pagi ni dah siap. Huhuhu.

Ain hanya menjeling terhadap file yang dihulurkan oleh Ariana itu. " Buat balik. "

Terkedu Ariana mendengarnya." Tapi Kak Ain tak tengok pun lagi. "

" Tak perlu pun. " Jawab Ain laju. Dahi Ariana berkerut. Apa masalah Kak Ain ni? Sengaja nak cari pasal ke apa ni?

Akhirnya, Ariana kembali ke tempatnya dengan mukanya yang tidak puas hati. Dhia yang perasan akan hal itu menyoal kepada Ariana. Namun Ariana hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Ariana kembali menaip semula projek itu semula.

" Buat balik. " Ayat yang sama terpancul dari mulut Kak Ain. Ariana hanya mengetapkan bibirnya menahan geram.

Tanpa banyak songeh, Ariana kembali duduk ditempatnya lalu menyambung membuat semula projek tersebut. walaupun sebenarnya hatinya sudah menyumpah seranah tapi dia dah setkan mindanya sudah teruskan berjuang walau apa pun terjadi.

Untuk kali ketiga, Ariana membuat semula projek itu. Tetapi kali ini dia sudah meminta pendapat pekerja yang lain terlebih dahulu sebelum dihulurkan kepada Kak Ain. Sanggup dia tak turun rehat semata-mata untuk menyiapkan file projek ini sahaja.

" Nope. Dahlah kau tak payah la buat apa-apa. " File itu terus dicampak ke lantai. Semua yang berada disitu mula membisik sesama sendiri.

Terpanar Ariana dibuatnya. Tak pernah-pernah dibuat oleh Encik arif seperti itu tetapi Kak ain dah buat macam tu.

" Maksud Kak Ain? " Soal Ariana sambil mengutip file yang dibaling oleh Kak Ain itu.

" Kau ni membazir kertas je. Dah berapa kali dah kau buat salah! " Marah Ain.

" Apa salah saya, Kak Ain? Rasanya saya dah check banyak kali dah. " Berkerut dahi Ariana dibuatnya. Macam mana Kak Ain boleh tahu kesalahanya sedangkan file yang dibuatnya langsung tidak dilihat dengan betulnya.

" Kenapa aku kene bagitahu kau pulak? "Soal Ain yang membuatkan Ariana terpinga-pinga. Aik? Dah dia kata salah. Yang mana salah tak nak bagitahu pula.

" Kalau Kak Ain tak bagitahu, macam mana saya nak tahu mana saya salah. " Kata Ariana. Walaupun sebenarnya mulutnya tunggu masa untuk meletop sahaja, tetapi ditahankan juga.

" Eh, kau kan bijak. Dulu dengan Encik Arif, pandai pulak kau. Bila dengan aku, entah hilang mana otak kau. "

What the...Mahu dicampak Kak Ain dari bangunan Ariana rasakan waktu itu. Apa masalah Kak Ain ni sampai nak cari pasal dengan dia? Aishh.

" Dah la pergi sana. Menyampah aku . Ada assistant pun macam tak ada je. " Kutuk Ain dengan kuat sebelum berlalu pergi ke bilik cafeteria dengan mulutnya terkumat kamit.

" Apahal dengan Kak Ain tu? Asyik kena marah je Ariana tu hari ni. " soal Adam yang perasan akan keadaan tersebut. Adam dan Dhia yang sedang berdiri di sebelah mesin fotocopy tu berpandangan sebentar.

" Kau tak tahu ke perangai Kak Ain tu. Dia kan benci dengan Ariana sejak dulu lagi. Tak boleh tengok Ariana senang sikit dari dia, terus dicari kesalahannya. " Balas Dhia sambil-sambil menjenguk ke arah Ariana. Kesian pula dia dengan Ariana ni.

The Chaos  After YouWhere stories live. Discover now