-Cp 3-

86 1 1
                                    

< I wish I could give you my pain just for one moment. Not to hurt you but rather so you can finally understand how much you hurt me.>


Bunyi guruh menandakan hari akan hujan. Walaupun begitu,majlis tetap akan dilangsungkan. Suasana riuh-rendah dari luar boleh kedengaran. Semua sanak saudara sedang bergembira di luar tetapi Ariana masih lagi tidak menyiapkan diri dan menyembunyikan diri dalam bilik. Sikit pun tidak terdetik hatinya untuk meraikan majlis itu.

Bunyi ketukan bilik membuatkan dia mengeluh. Belum sempat aku memberi izin masuk,terpancul tubuh badan Ibunya,Puan Maria di pintu. Ariana lihat wajah ibunya sungguh ceria dengan baju gaunnya yang berwarna purple.

" Kamu tak siap lagi? Kenapa lambat? Ramai orang dah datang tu. " Tegur Puan Maria. Ariana mengeluh kecil. Tidak bersemangat langsung.

Puan Maria mula mendekati anak bongsunya itu yang berada di sofa. Melihat riak wajah anaknya itu yang sedih membuatkan dia mengusap-usap belakang badan anaknya. Ariana terasa sebak ketika itu. Tidak serta merta air matanya mengalir. Dia tidak menjangka perkara ini boleh berlaku. Sungguh dia tidak menjangka dan tidak berharap langsung perkara ini terjadi.

Hari ni berlangsungnya majlis perkahwinan kakaknya. Mungkin bagi orang lain, majlis ini ialah majlis yang ditunggu-tunggukan oleh mereka, tetapi bagi dia tidak. Dia memang berharap sangat majlis ini tidak akan terjadi.

Helmi, Lelaki yang satu-satunya dia cintai yang bakal menjadi milik kakaknya sebentar lagi. Dan itu sungguh mengecewakan dia. Renyuk hati dia bila difikirkan lelaki yang dia sukai akan berkahwin. Tetapi lagi renyuk hati dia apabila lelaki itu bakal menjadi suami kakaknya.

" Awak adik Farisha kan? Ariana . Cantik nama awak macam tuan punya nama. "

Itulah kali pertama Helmi menegurnya. Namun hari kepada hari seterusnya, bulan kepada bulan seterusnya. Akhirnya dia dan Helmi melanjutkan hubungan daripada kawan kepada kekasih. Tiba-tiba satu hari Helmi meminta putus tanpa sebab. Dan itu membuatkannya keliru. Pada hari itu juga, dia mendapat satu berita yang mengejutkan.

" Adik. Kakak minta maaf sangat-sangat. Kakak cintakan Helmi dan dia cintakan kakak. Kami akan berkahwin minggu hadapan.Kami dah buat persiapan pun. Minta maaf sebab rahsiakan daripada adik. "

Sungguh Ariana kecewa. Kecewa dengan tindakan kakaknya dan Helmi. Apa salah dia sehingga mereka berdua berbuat demikian. Kenapa Helmi sanggup mempermainkan dia ? Kenapa kakaknya tidak memberitahu aku perkara ini terlebih awal dahulu? Kenapa dia perlu lalui semua ini? Jahat sangatkah dia?

Dia menangis teresak-esak pada bahu ibunya. Semua yang dia pendam dia luahkan melalui tangisan. Dia berharap sangat dia dapat hancurkan majlis ni tetapi jauh dari sudut hati dia tidak berani. Dia tidak mahu maruah keluarga dia tercalar. Dia tak nak malukan kedua-dua ibu bapa dia. Jadi dia hanya mampu pendamkan.

" Sudahlah adik. Kumbang bukan seekor sayang. Mungkin ini bukan jodoh adik. Ini jodoh kakak. " Pujuk Ibu. Bertambah kuat dia menangis. Ibu seakan-akan menyebelahi kakak. Ayah pula hanya mendiamkan diri sahaja. Kenapa tiada seorang pun yang memahami hati dia ini? Adakah memang salah dia kerana jatuh cinta kepada lelaki tersebut?

" Adik..jangan la macam ni. Adik buat ibu risau. Kita banyak tetamu di luar sana. Ibu tak nak mereka kata apa pula bila kita batalkan majlis ini. " Pujuk ibu lagi. Berat hati ibu apabila melihat anaknya menangis. Tapi hendak buat macam mana. Hanya itu sahaja cara yang terbaik.

Ariana berhenti dari menangis. Belakang tapak tangan dia lap air mata yang menitis. Hidung nya sudah kemerahan dan matanya sudah sembam akibat menangis dari semalam. Tapi dia tidak menghiraukannya.

The Chaos  After Youजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें