-Cp 29-

43 1 1
                                    

< What if you meet the right person but at the wrong time?>


" Cik Ariana, betul ke awak tak tahu tentang ini? " Soal Encik Arif sekali lagi.

" Betul Encik Arif. Saya sumpah tak tahu apa-apa. " Ariana mengeleng kepalanya buat ke seribu kali. Ariana yang berdiri dihadapan meja Encik Arif itu menunduk kepalanya.

" Tapi macam mana perkara ini boleh terlepas pandang? " Soal Encik Arif yang membuatkan Ariana terdiam. Pagi tadi kecoh syarikatnya dengan berita Rene Clair yang merupakan salah satu syarikat yang megah itu menolak perjanjian mereka. Dan lagi mengejutkan ialah berkenaan Rene Clair ianya dibawah tangggungjawab Encik Arif

" I did give you instructions too working properly with Rene Clair, right? " Soal Encik Arif lagi. Ariana mengangguk kepalanya.

" Saya dah buat yang terbaik check semua benda. Even Dhia pun ada dengan saya." Kata Ariana. Dhia mengangguk kepalanya saat Encik Arif memandang kearahnya.

" Habis tu, kenapa Rene Clair tiba-tiba nak batalkan perjanjian? Macam kau tak kenal Syarikat megah tu ha?Hanya satu benda tak kena dipandangan mata,habis semua ditolaknya. " Kak Ain yang berada di belakang pula bersuara.

" Jangan la salahkan, Ariana. Mungkin ada benda yang terlepas pandang. " kata Adam yang merupakan salah satu pekerja dibawah tanggungan Encik Arif. Ariana tersenyum sedikit kerana ada yang menyokongnya.

" Ha ni la masalah sekarang. Manjakan sangat pekerja. Sat lagi dia pijak kepala baru tahu. " Perli Kak Ain yang membuatkan telinga Ariana panas. Ariana mengetap bibirnya. Ingin membalas, tapi memang benar salahnya. Jadi lebih baik dia mendiamkan diri sahaja.

" Ain.. " Baru sahaja Encik Arif ingin bersuara, muncul Cik Laila yang merupakan setiausaha CEO syarikat ini dibelakang.

" Encik Arif and Miss Ariana, Dato Lim panggil masuk meeting. "

Hampir gugur jantung Ariana saat nama ketuanya disebut. Semua pekerja di kawasan itu sudah berbisik sesama sendiri.

"Okay. Thank you, Laila. " kata Encik Arif sebelum kelibatan Cik Laila itu pudar dari pandangan matanya. Dia memang sudah bersedia sejak pagi tadi lagi. Dia tahu namanya akan dipanggil oleh ketuanya. Jadi nak tak nak, dia perlu hadapinya juga.

Ariana menelan air liurnya. Degupan jantungnya berdegup dengan laju. Takut pula dia disaat itu.

" Weyh, aku takut. " Bisik Ariana kepada Dhia. Melihat raut wajah Ariana yang sedikit ketakutan itu dipandang. Terus Dhia mengusap belakang badan Ariana.

" Its okay. Just do your best. "

" Jom, Ariana. " Ajak Encik Arif. Lambat-laun Ariana mengangguk kepalanya sebelum mengekori Encik Arif dari belakang. Sepanjang perjalanannya, tak putus-putus dia berdoa . Ya Allah, kau lindungilah hambamu ini.

Kemudian telefon dipoketnya berbunyi. Ariana mencuri-curi tengok semasa dalam lif.


Assalamualaikum, Ariana. Awak sihat? Adrian miss you so much and so i am. I'm still waiting for your answer. I love you, Ariana.- Helmi


Ariana mengeluh kasar. Mamat ni tak putus asa lagi ke? Sejak dari dia pulang ke rumah ibu bapanya sampai sekarang Helmi masih bertanyakan soalan yang sama setiap hari tanpa henti. Namun satu pun tidak dibalas.

Telefonnya terus diletakkan mode power off. Sudahlah dia stress dengan kerjanya, tambah pula dengan Helmi ni. Boleh mengamuk dia dekat sini dibuatnya.

The Chaos  After YouDonde viven las historias. Descúbrelo ahora