-Cp19-

87 2 3
                                    



< Every day, I like to wake up and remind myself to be grateful of the simple things.>


Susana di dalam bilik mesyuarat hening. Hanya kedengaran ketukan pen dari Daniel sahaja. Manakala tangan sebelahnya sibuk membelek-belek file yang berterabur di atas meja. Faris yang berada di sebelahnya hanya memberi isyarat kepada pekerja yang lain supaya senyap kerana mengikut air muka Daniel ni, tunggu masa sahaja nak meletop.

Daniel menghembuskan nafas kasar tatkala dia habis membaca isi kandungan file tersebut.

" So.. "

Baru sahaja satu perkataan yang keluar dari mulut Daniel, satu deringan telefon dari pekerja menganggu kata-kata Daniel. Terus Daniel merenung tajam ke arah tuan empunya telefon.

Dengan terkoncoh-koncoh, tuan empunya badan itu mematikan telefon.

" Boleh kita start sekarang? " kata Daniel sebagai amaran. Dia memang pantang kalau setiap kali ade meeting, ada gangguan. Tak kisahlah apa pun sebabnya, penting ataupun tidak, yang pasti ianya tidak menganggu meeting mereka.

" Ini sahaja yang awak semua mampu bagi dekat saya? " kata Daniel sambil merenung tajam ke arah satu per satu pekerja di dalam bilik itu. Masing-masing hanya mendiamkan diri.

Dalam office ni memang terkenal dengan sikap Daniel yang tegas, lagi-lagi kalau tengah bermesyuarat. Sesiapa yang kerja di bawahnya, pasti akan gementar setiap kali diumukan ada mesyuarat. Sudahlah suka buat mesyuarat terkejut.

" Kenapa diam? " soal Daniel lagi apabila soalannya tadi tidak dijawab. Masing-masing hanya menundukkan pandangan. Faris yang berada disebelahnya sudah menelan air liur.

Ha itulah, orang dah kasi warning dah haritu, bila ada meeting hari ni baru nak siapkan. Memang tak perfect la jawabnya.

" Encik Daniel, saya..."Faris yang cuba membantu rakan sekerjanya itu terus disuruh tutup mulutnya. Bukan apa, Daniel arahkan pekerja lain yang buat, tapi Faris juga yang hampir semua kerja dia buat. Mana adil macam tu. Baik dia suruh Faris seorang sahaja yang buat.

" Masa ni la yang penting untuk tarik perhatian client. Tapi kalau buat document pun salah, information salah, structure bangunan pun tak siap lagi, ini yang awak nak bentangkan kepada client? " kata Daniel. File yang berada di hadapannya dicampak ke lantai.

" Hell no! " kata Daniel lalu melonggarkan tali lehernya supaya dia boleh bernafas dengan lancar. Nak pecah otaknya kalau tiap-tiap hari macam gini.

" Erm.. Saya cadangkan kita ikut cadangan red call, jadi kita.." Kata salah seorang pekerja lelaki tetapi pantas dicantas oleh Daniel.

" Red call? Nonsense! Awak nak ke nanti mereka pandang rendah pada kita? Ingat haritu kita minta tolong diorang tapi apa yang diorang bagi? Permintaan yang tinggi untuk kerja yang senang. Lepas tu kita dipandang hina oleh mereka. Macam tu yang awak nak? " kata Daniel. Dia tak faham betullah dengan pekerjanya itu. Nak buat kerja senang sahaja. Bila dah waktu kritikal, minta bantuan red call. Bukan dia tak bagi, tapi takkan selamanya nak bergantung kepada red call itu. Nanti apa pula kata boss?

" Tapi.." Sekali lagi ayat lelaki itu dipotong oleh Daniel.

" Kalau awak tak boleh buat kerja yang senang macam ni, dipersilakan keluar. Ataupun awak nak saya letakkan awak ke bahagian red call? Awak semua suka sangatkan guna red call. " Perli Daniel. Padahal niat di hati bukannya dia sekejam macam tu nak halau pekerja, tapi sebagai amaran keras. Sampai bila lagi nak manjakan mereka ni semua?

The Chaos  After YouWhere stories live. Discover now