- Cp 34-

36 2 2
                                    

<Love is blind and love can be foolish. Our heart doesn't always love the right people at the right time. Sometimes we hurt the ones that love us the most and sometimes we love the ones that don't deserve our love at all.>


" Ian nak mama! Ian nak mama!" rengek Adrian sambil mencampak-campak mainan yang berada dihadapan matanya kepada Helmi yang sedang duduk di sofa.

"Ian, jangan la main campak-campak." Pujuk Helmi. Namun, pujukan itu langsung tidak dihiraukan oleh Adrian.

" Ian nak mama! Ian nak mama! " Adrian merengek lagi kuat. Helmi mengusutkan rambutnya yang kian serabai. Sejak mereka pulang dari pusat beli, Adrian tak berhenti menangis mencari Ariana.

" Mama tak ada. Mama kerja." Kata Helmi. Laju Adrian mengeleng kepalanya. " Papa tipu."

" Adrian, stop it!" Marah Helmi tatkala mainan yang dicampak oleh Adrian mengenainya.

" Ian benci papa!" Jerit Adrian kepada Helmi.

" Mohd Adrian! " Tersentak Adrian mendengarnya. Tetapi tak sampai sesaat, Adrian kembali menangis.

" Ian benci papa!Ian benci papa!"

" Adrian cakap lagi sekali, jangan kata papa tak bagi amaran!" Tegas Helmi kali ini yang membuatkan Adrian terdiam sebentar.

" IAN BENCI PAPA!!" Jerit Adrian kuat lalu mencampak sebuah kereta mainan ke arah Helmi.

Tak tahan dengan perangai Adrian yang makin melampau itu, terus Helmi bangun dari duduk. 

Sebuah tamparan yang kuat hinggap dipipi Adrian tanpa Helmi sedar. Entah apa yang dirasuknya ketika itu sehingga membuatkannya mula mengangkat tangan kepada Adrian.

Terkejut dengan tindakan Helmi, Adrian terus berhenti menangis tetapi masih sedu akibat menahan nangis.

Melihat pipi Adrian yang sudah kemerahan, membuatkan Hemli teragak-agak.

" Pergi masuk bilik sekarang!"

Mendengar arahan Helmi, Adrian bangun dan terus berlari ke biliknya di tingkat atas.Setelah memastikan kelibatan Adrian tiada dipandangan matanya, Helmi terus mengeluarkan sekotak rokok dari poketnya.

Kakinya melangkah ke pintu utama rumahnya sebelum dibuka. Diduduknya di hadapan pintu tersebut sambil menyalakan hujung sebatang rokok itu. Sambil menghembuskan asap rokok itu, sambil itu mindanya berfikir tentang tindakannya sebentar tadi.

Memang tidak dinafikan, sejak kebelakangan ini Adrian selalu dijadikan mangsa untuknya melepaskan kemarahannya. Tambahan pula dengan usia Adrian yang baru meningkat, jadi perangainya makin berubah-ubah. Bila kata jangan buat, lagi Adrian hendak buat. Tetapi tak sangka pula yang dia akan bertindak sedemikian tadi.

Kemudian, telefonnya dikeluarkan. Nombor uminya didial. Tak lama itu panggilanya diangkat.

" Umi, boleh jagakan Adrian untuk minggu ini?" Tanya Helmi. Iya, dia perlukan sedikit masa untuk menenangkan dirinya. Kalau tidak, Adrian yang akan menjadi mangsanya lagi.

" Umi lagi. Kamu tu bila nak kahwin. Sampai bila nak umi jaga anak kamu tu?" Kata Uminya yang sedikit marah itu.

Helmi mengeluh sedikit. Helmi kenal akan sikap uminya yang tidak suka akan budak-budak lagi-lagi budak yang baru hendak mengenal dunia kerana sikap kenakalannya. Tetapi nak buat macam mana, uminya sahaja yang menjadi harapannya.

"Sekejap je umi. I need a rest umi." Rayu Helmi.

" Apa kata kau hantar je dia dekat rumah anak yatim, Kan senang." Kata Uminya yang membuatkan Helmi tersentak.

The Chaos  After YouWhere stories live. Discover now