-Cp 5-

92 1 0
                                    

< Having somewhere to go is Home. Having someone to love is Family. Having both is a Blessing. >


"Eh, Daniel! Bila kamu sampai? Mama tak dengar pun bunyi kereta kamu." Suara Puan Tengku Aleeya menyapa cuping telinga Daniel menyebabkan dia mengalihkan pandangan daripada skrin televisyen kearah mamanya itu. Tangan mamanya terus disambut lalu dicium.

" Baru je. Tadi selisih dengan papa tadi. Dia kata mama tidur. Itu yang Daniel tak kejutkan tu." Balas Daniel sambil anak matanya kembali memandang skrin televisyen. Rancangan Running Man kesukaannya yang disiarkan di kaca televisyen lebih menarik perhatiannya membuatkan dia tumpu perhatian dengan jayanya tanpa menghiraukan Puan Tengku Aleeya yang melabuhkan punggung disebelahnya.

" Eh dia ni. Mama ada dekat sebelah bukan hendak dilayannya. Televisyen jugak yang ditengoknya." Rajuk Puan Tengku Aleeya. Masakan dia tak merajuk dengan anak lelakinya itu, sudahlah jarang pulang ke rumah. Bila dah balik rumah, tetap tidak dilayan oleh anak lelakinya itu.

Daniel sekadar tersenyum. Terpamer jelas giginya yang tersusun rapi. Puan Tengku Aleeya sedar senyuman anak sulungnya itulah yang telah banyak memikat ramai anak-anak gadis tambahan dengan lesung pipitnya. Malah, dia sendiri senang melihat senyuman itu.

Dia tidak pernah hairan jika terpandang puluhan mata gaids yang mencuri-curi pandang raut wajah Daniel setiap kali mereka sekeluarga keluar bersama. Tidak kiralah di mana pun. Anak-anaknya selalu menjadi tumpuan. Mungkin kerana genetik keluarganya yang mempunyai kulit putih.

" Sunyi je rumah,ma. Mana adik-adik yang lain?" Soal Daniel apabila mamanya itu tiba-tiba senyap.Merajuklah tu bila dia tak ajak borak.

Puan Tengku Aleeya pantas melarikan anak matanya jauh daripada merenung wajah itu.

" Danish kerja macam biasalah. Aleesya sekolah, itu yang papa kamu keluar tu. Nak jemput dia. Diakan tuan puteri, tak mahu naik bas sekolah. Katanya nanti bau tengik bila naik ramai-ramai." Seloroh Puan Tengku Aleeya.

Daniel mengeleng-geleng kepalanya. Perangai adik perempuannya itu tak pernah diubah. Kenal sangat dia dengan perangai adiknya itu.Tak suka tempat yang dipenuhi oleh manusia, tak suka makan sayur, tak suka pakaian kedut walaupun sikit, tak suka itu, tak suka ini. Haih, macam-macam perangainya. Nasib baik dia ada sorang sahaja adik perempuan. Agaknya kalau ada ramai adik perempuan, mau jenuh nak layan.

Danish? Hmm,dia tak payah sebut. Adik kembarnya itu langsung batang hidung dia susah nak jumpa. Rasanya kali terakhir dia berjumpa dengan adik kembarnya itu dua bulan yang lepas. Maklumlah, sejak dia dah pindah rumah bersendirian kerana tempat kerjanya jauh lima tahun lepas , lagi bertambah susah nak berjumpa dengan adik kembarnya itu.

Nama sahaja adik kembar tetapi perangai semua tak sama termasuk wajah mereka. Daniel mempunyai lesung pipit manakala adik kembarnya tak ada. Senang cerita, dia lebih kacak daripada Danish. Eceh, puji diri sendiri pula.

" Kenapa mama tak pergi wedding Arif malam semalam?" Soal Daniel tiba-tiba apabila teringat akan ketidakhadiran orang tuanya semalam.

" Papa kamu tu ha sakit perut katanya. Itu yang tak pergi."

" La yeke. Daniel datang pun dengan Mak Long. Sebab rumah Daniel dekat dengan rumah Mak Long. Alang-alang tu gerak sekali." Jelas Daniel. Tiba-tiba dia teringat agenda malam semalam bersama gadis yang bernama Ariana itu. Geli hati dia apabila teringat akan gadis itu.

" Assalamualakum!"

Terdengar suara dari muka pintu terus mengalihkan pandangan kedua-dua anak beranak itu.Muncul muka Aleesya dengan pakaian lengkap sekolah kemudian diiringi dengan Tengku Daud.

The Chaos  After YouWhere stories live. Discover now