-Cp 13-

72 1 0
                                    


< A friend is someone who understands your past, believes in your future, and accepts you just the way you are. >


" Wuit, kau buat apa tu? "

Ariana yang sedang fokus pada laptopnya ditampor belakang badannya. Ariana terus mengadu sakit. Aduh, perempuan ni. Tampor kang.

"  Edit banner. " jawab Ariana pendek.

" Sejak bila kau tukar job account? " Kening Melissa bercantum. Secawan nescafe di letakkan di sebelah laptop Ariana.

" Lol taklah. Aku tolong si Dhia tu ha." Kata Ariana sambil matanya ligat melihat skrin laptop.

" Dah kenapa kau jadi kuli lak? " perli Melissa. Aik kene buli ke kat office?

" Uish kau ni. Aku bantu dia je kot. Lagipun dia ade banyak lagi banner nak kene buat. Aku tolong buatkan satu je." jujur Ariana. Suka hati Melissa je kutuk Dhia. Kesian Dhia tu. Dah la kena buat banner secara tiba-tiba. Lain tugasnya lain yang diarahnya. Aigoo. Huhuhu

" Ha iyalah. Tapi kau ni creative ke?" Perli Melissa lagi. Kemudian kepala Arian ditolak dari skrin laptop kerana ingin melihat hasil tangan Ariana.

" Hello! Tengok jari kay. " Ariana terus menunjukkan jarinya kepada Melissa. Dengan pantas Melissa menepisnya.

" Dahlah jari hodoh! Tak laku banner tu nanti. "

" Choy! Jentik mulut tu kang sat agi. " Paha Melissa terus menjadi cubitannya. Dia ni kan. Mulut tak kene dengan badan. Harap badan je cantik tapi mulut puaka.

" Ha ini, mummy ajak makan dekat rumah minggu ni." Ajak Melissa sebelum menyandarkan badannya ke sofa.

" Ha? Minggu ini? Alaa aku nak balik rumah aku." Balas Ariana. Tiba-tiba teringat mesej ibunya tadi yang menyuruhnya balik.

" Amboi kau. Sejak dah balik rumah, tak nak langsung balik rumah aku." Rajuk Melissa.

" Eh mana ada. Lagipun aku dah janji dah dengan orang tua aku. Nanti  ya. Minggu depan aku balik sana. " janji Ariana. Ala, rasa bersalah pula. Dah la keluarganya banyak bantu dia time susah. Takkan nak bla mcam gitu je kot.

" Okay. Nanti aku bagitau Mummy. " ujar Melissa. Ariana terus tersenyum lebar. Okay. Yang pasti Melissa tak merajuk lama-lama. Kalau tak nanti siapa nak masak untuk dia. Huhuhu.

" Ni ibu ayah kau sihat ke? Terkejut tak tengok kau?" Soal Melissa tiba-tiba. Iyalah sejak dari haritu dia menunggu Ariana menceritakan kejadian yang berlaku dirumahnya. Tapi Ariana ni sibuk benar dengan kerjanya.

" Aku rasa boleh banjir kot rumah haritu." Cerita Ariana yang kembali teringat akan kejadian itu.

" Eish, mesti diorang rindu gilakan dengan kau." Kata Melissa sambil terbayang-bayang wajah kedua orang tua Ariana.

" Mestilah. Akukan yang paling cantik, comel, manja dalam family. Mestilah diorang rindu aku. " lagak Ariana. Kepala Ariana disekeh oleh Melissa. Ha,mulalah merepek.

" Habis tu kau jumpa tak dengan kakak kau? Ke Helmi ke? "

Kening Ariana terangkat. Ariana baru teringat sepanjang dia duduk di rumahnya itu selama dua hari langsung tak nampak batang hidung mereka.

" Tak. Entah. Diorang tinggal dekat tempat lain kot. Biarlah. Nanti aku jumpa lah diorang tu. Pandai-pandai la aku hidup. "

" Hmm, betul juga tu. Sampai bila lagi nak sembunyi. Kau bukan buat salah pun. " kata Melissa yang cuba menaikkan semangat Ariana.

" Kan? Tapi aku yang takut pula. " terang Ariana. Entah kenapa dia terasa gini.

" Oh my gosh?! Ariana penakut? Sejak bila ni?" Kata Melissa sambil membuat muka terkejut dengan sengaja.

" Diamlah lipas mangkuk! " Ariana terus menyepak kaki Melissa. Ei! Ada jugak yang kene bakar jap lagi. Melissa sudah terkekek melihat Ariana yang sudah naik hantu itu.

Suka benar dia menyakat kawannya itu. Sekali sekala. Asyik Ariana je yang buat dia marah, dia pun boleh buat Ariana marah jugak.

Ariana kembali membuat kerja yang tergantung disebabkan oleh Melissa. Melissa pula sedang melayan perasaan dengan drama korean yang ditayangkan di kaca tv. Mak aih, handsomenya Lee Min Ho!

Ting!Ting!

Iphone 7 milik Ariana yang berada di sebelah Melissa terus dicampai oleh Melissa. Nama pemilik yang menghantar mesej kepada Ariana dibaca.

" Daniel si Kembar?"

" Ha bak sini. " Iphone 7 yang berada di tangan Melissa bertukar ke tangan Ariana.

" Jangan cakap kau tengah contact dengan Daniel si sepupu aku tu?" Teka Melissa.

" Err.. Kalau aku cakap iya? Macam mana? " Ariana tersengih kambing.

" ARIANA NATASYA! Kenapa tak bagitahu aku! " menjerit Melissa dibuatnya. Terus Ariana menutup telinganya. Minah ni sehari kalau tak jerit, tak sah!

" Aduh, sakitlah telinga aku. Ala, pasal kerja la. "

" Ha, aku tak percaya. Tipu. " kata Melissa. Dah la tak bagitau, lepas tu ada hati nak tipu dia. Ish! Apa punya kawan la dia ni.

" Ya allah! Betulah. Company aku dengan dia tengah collaborate ni. " kata Ariana sambil mengangkat sumpah. Melissa mengecilkan matanya.

" Ha, kenapa tak bagitahu aku? "  soal Melissa sambil bercekak.

" Kau pun sibukkan dengan kerja kau. Lagipun bukan ada apa-apa pun. " ujar Ariana.

" Iya ke? Betul?" Melissa bermain keningnya.

" iya! Betul! " jawab Ariana dengan laju.

" Kalau kau tipu, siap kau. "

" Uish aku baik tau."

" Kalau kau couple dengan dia, tak bagi tahu aku siap kau. Nanti aku jadi hantu. Tiap-tiap malam aku ganggu kau!" Ugut Melissa.

" Ya allah dia ni. Takkan la dia nak kat aku. Lagipun taraf pun berbeza tahu tak. Lain la kalau aku ni kaya macam kau. Tengok dia pun tak hingin. " balas Ariana dengan bangganya. Wah, Ariana. Yakinnya kamu? Haritu kemain lagi cakap kalau bawak jumpa ibu, ibu mesti suka la apa la.

" Okay. Aku percaya. Dah jom makan. Aku lapar dah tunggu kau ni. Tak siap-siap dari tadi." Marah Melissa. Tercengang Ariana dibuatnya. Mana nak siap kalau dari tadi Melissa duk ganggu dia. Ish ish ish.

The Chaos  After YouWhere stories live. Discover now