-Cp 12-

72 0 0
                                    


< No matter where I went, I always knew my way back to you. You are my compass star. >


Seusai Ariana menghabiskan sisa makanan,dia meminta diri untuk ke tandas. Melissa yang menjadi peneman setia itu hanya mengangguk sahaja. Sebaik sahaja Ariana keluar dari tandas . Tiba-tiba dia dihalang oleh seseorang. Seseorang yang amat dia mengenali.

Ariana berdengus kasar apabila dia cuba hendak lalu tetapi tetap dihalang. " Excuse me. Orang nak lalu,tepi sikit boleh?"

" Ariana, please.. " rayu lelaki itu dengan cuba untuk menarik lengan Ariana tetapi dengan pantas dia menepis.

" Apa ni, Helmi! " marah Ariana sebelum berlari meninggalkan kawasan tersebut. Melissa yang berada di meja makan tersebut terus didapatinya. Beg tangan yang berada di kerusi terus dicapai.

" Weyh, aku gerak dulu. Nanti jumpa dekat rumah. " Kata Ariana sebelum berlalu pergi meninggalkan Melissa terpinga-pinga di restoren.

" Ariana,kau nak pergi mana? " Tanya Melissa namun Ariana terlebih dahulu menghilangkan diri. Berkerut dahi Melissa dibuatnya. Dah kenapa dah Ariana tu? Sakit perut ke? Kot ya pun tak payahlah tinggalkan dia keseorangan di restoren ni. Dahla Ariana tu tumpang kereta dia tadi. Macam mana pula si Ariana tu nak balik ke tempat kerjanya nanti?

Dan sewaktu dengan itu, matanya tertangkap satu figura badan yang amat dikenalinya yang laju keluar dari kawasan restoren tersebut.

" Helmi? " Kaget Melissa seketika. Kenapa dia ada kat sini? Ah, mestilah nak makan, takkan nak jogging pulak. Dah nama pun restaurant.Lmao

Ariana menepuk dahinya saat baru teringat yang dia menumpang Melissa untuk ke sini. Dah tu pi tinggalkan Melissa buat apa tadi. Macam mana dia nak balik office sekarang ni? Haih, kau ni Ariana. Tu la,main jalan je.

" Ariana, tunggu! "

Terdengar suara Helmi yang jerit dari belakang terus memutuskan niat Ariana yang hendak berpatah balik ke restaurant itu. Kalau bukan dengan Melissa,dengan siapa lagi dia nak balik? Nak panggil teksi, mahal.

Melihat Helmi yang semakin mendekatinya terus Ariana membuka langkah besar untuk menjauhi lelaki tersebut. Ah,lantaklah naik teksi pun. Yang penting dia tak nak bertembung lagi dengan lelaki itu.Tapi apakah dayanya. Tenaga lelaki sebenar-benarnya lagi kuat dari wanita.

Ariana menghelakan nafas berat saat dia dihalang oleh Helmi untuk berjalan. Helmi yang berada di depannya dijeling. " Awak nak apa ni Helmi? Tolong lah, saya sibuk ni "

" Ariana,please. Listen to me. " Rayunya.

" Dengar apa lagi Helmi? Cukuplah semuanya. Saya dah terima seadanya. " Balas Ariana acuh tak acuh. Malas dia nak melayan si Helmi ni. Muak tengok mukanya lagi.

" No, Ariana. Saya tahu saya bersalah. " katanya secara tiba-tiba. Ariana mengetapkan bibirnya. Dah tahu salah, tak payahlah munculkan diri lagi.

" I'm sorry, Ariana. " kata Helmi lagi.

" Okay. Saya maafkan. Dah puas? Ada lagi nak cakap? Kalau tak, saya nak pergi. " Balas Ariana dingin. Tidak mahu lama-lama dengan Helmi di situ. Dah la tengah panas terik. Terbakar kulitnya nanti. Ni baru dunia, belum akhirat lagi. Opss!

" Saya.."

Pin! Pin!

Tersekat perbualan mereka tatkala bunyi hon dari sebuah kereta BMW berwarna biru yang berhenti betul-betul disebelah mereka. Oleh kerana cermin kereta tersebut bewarna gelap, tuan empunya kereta tidak dicam langsung oleh mereka berdua. Tidak lama itu, Cermin sebelah pemandu diturunkan dan tersembul wajah Daniel beserta kaca mata hitamnya dari dalam kereta tersebut.

The Chaos  After YouDär berättelser lever. Upptäck nu