10 | my guardian

Start bij het begin
                                    

"tapi macam mana kau tau boleh cari buku tu? Tak silap aku, library tu besar kan? "

"Aku pernah nampak abang aku baca buku tu kat sana dulu. Lagipun buku tu ada tempat simpan khas dia. Jadi tak susah sangat aku nak cari" yesra mengangguk kan kepala nya.

"Oh, patutlah– eh?! Kau bukan hilang ingatan ke? Macam mana kau ingat semua tu? " bahuku digoncangnya. Kyle juga terkejut.

Dengan penuh menyampahnya, aku menepis tangannya membuatkan dia tersengih.

"Masa dia letak sihir dekat aku, aku memang lupa ingatan. Tapi mungkin mana dia tak banyak dah time tu, lepas seminggu ingatan aku kembali pulih." suasana senyap seketika.

Aku melangkah ke sofa, lalu duduk.

"Enough with this topic. Now, let me ask you. How do you realize about my real identity?" Yesra mengukir senyum.

"Okey, so as you already know, my name is Yesra de' deliela. Aku first jumpa Kyle two weeks ago, tepat seminit selepas birthday kau, dia minta tolong aku untuk rancang perjumpaan korang dua. Sebab tu aku kenal kau" jelasnya.

"Oh! Tapi kau jangan risau sebab aku takkan khianati korang. Kau nampak kan nama aku? Keturunan Deliela, iaitu keturunan aku sudah sedari dahulu berkhidmat pada keturunan Devara. Aku nak khianat pun tak boleh sebab nanti aku mati pula" sambungnya dengan ceria.

Aku sekadar berdiam diri. Well, sebenarnya dari awal lagi aku tidak berasa terancam dengan Yesra disebabkan asal keturunannya tu. Kalau dia berniat jahat padaku, aku tidak gentar kerana sebelum dia sempat sentuh aku, dia yang akan mati dulu.

"Anyway Lyn, bila kau nak jumpa Prince Aden dan bagitau pasal kewujudan kau? Dia dah lama cari kau kan? " tanya Kyle. Kepala yang tidak gatal ku garu.

" sekarang bukan masa yang sesuai. Aku pun belum pergi ke Sacred forest untuk unseal kuasa aku yang lain" keluhan dilepaskan. Kyle mengangguk, memahami keadaan ku.

"Dah lama aku kat sini so aku balik dulu" Jesyca yang dirumah keseorangan tanpa ku membuatkan aku risau, manatau dia kena buli ke apa

"eh jap! " kyle memberhentikan langkahku. Seutas gelang cantik namun simple yang dihiasi sebutir gems amethyst diberikan pada ku

"Ini gelang yang akan menghubungkan kita dua. Nanti kalau ada apa apa kau boleh summon aku bila bila masa. Sekarang ni aku patut balik kalau tak mana kau akan habis memandangkan aku ke sini dengan paksa tanpa disummon kau." tuturnya panjang.

Aku lantas membuat wajah jengkel. Patutlah kadang kadang aku rasa penat betul walaupun tak buat apa apa. Rupa rupanya engkau pulak yang pelan pelan kuraskan mana aku.

Gelang tersebut aku ambil.

"Okey, aku jalan dulu"

❥————

NOTES;

--Mana dan sihir, walaupun terkait, terdapat juga perbezaan. Mana bermaksud unsur kuasa yang terkandung dalam objek atau orang semenjak kecil. Di dunia ini, tidak kira sekuat apapun latihan yang kamu jalani, mana didalam kamu tidak akan bertambah sedikit pun. Manakala sihir adalah kekuatan yang dikeluarkan menggunakan mana melalui mentera ataupun keinginan seseorang pengguna

kekuatan sihir boleh ditentukan melalui jumlah mana dalam badan kita. sihir boleh digunakan dengan menggunakan formula sihir yang diciptakan sendiri ataupun dari buku. semakin banyak mana yang berada didalam badan, semakin sering kamu boleh meggunakan sihir tingkat rendah mahupun tinggi.

--SACRED FOREST ; adalah hutan yang berisikan monster tingkat tinggi dan rendah. Hutan ini dikenali sebagai hutan terkutuk disebabkan kemunculan monster yang berlambak lambak didalamnya. Namun sebenarnya, jauh didalam hutan tersebut, wujud satu tempat yang berisikan mana dan kekuatan suci yang kuat. Kewujudan tempat itu hanya diketahui oleh keturunan Devara memandangkan yang menciptakan tempat itu ialah Devara The 1st. Keturunan pertama Devara.

Bahkan yang boleh memasuki tempat itu hanyalah keturunan Devara. Jikalau seseorang yang tidak mempunyai setitikpun darah Devara dalam badan mereka memasuki tempat itu, mana dalam badan akan terkuras dalam jumlah yang banyak dalam tempoh yang singkat. lantas, badan mereka akan diserang dengan rasa yang sangat sakit seolah olah berada diambang kematian

Alasan mengapa tempat itu diciptakan adalah untuk menyegel setengah dari kuasa dan mana setiap keturunan Devara semenjak kecil. kuasa dan mana yang sudah disegel tidak boleh dibuka segelnya sehinggalah mereka berumur genap 19 tahun.

♚– so far, can you catch up with my story? You can ask me anytime.

Tyfr. Vomment✨

Reedited : 01072021

Little Light In The Dark  | su - oe |Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu