SPECIAL CHAPTER

846 86 24
                                    


Songjihyo pov

Aku pandang ketingkat atas dengan pandangan pelik.Belum ada tanda-tanda suami aku tu nak turun bawah.Tak okay lagi ke suami aku ni?!..bulu ayam aku letakkan atas almari kecil tepi tangga.Langkah aku atur dengan berhati-hati naik ketingkat atas.Perut yang sudah membesar aku pegang, seksa juga ye ibu mengandung ni.Tapi semua ini membahagiakan aku.Sudah tidak sabar aku mahu menantikan anak aku dan Chanyeol keluar melihat kami.

Pintu bilik aku buka perlahan.Risau juga kalau Chanyeol masih tidur dan terjaga.Dia sebenarnya tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini.Tapi bukan ada penyakit.Dia terkena penyakit ibu mengandung.Morning sickness.Kasihan suami kesayangan aku tu.Orang lain kena morning sickness masa isteri baru mengandung.Dia pula terkena masa kandungan aku menjengah 7 bulan.Hai lah encik suami.Kasihan betul dengan awak.

"Awak.."dia yang sedang bersadar dikepala katil aku hampiri.Nampaknya kepala dia masih lagi pening apabila tengok keadaan dia yang lemah.Berkerut sahaja mukanya menahan sakit.

"Pening lagi ke kepala tu"

Duduk aku labuhkan dibirai katil.Risau pula aku tengok keadaan suami aku ni.Layu sahaja matanya melihat aku.

Dia mengangguk perlahan."Macam mana sayang nak pergi kelas?"

"Tak apa yang tu awak jangan risau.Seungcheol oppa akan tolong hantarkan.Awak tak boleh bawa kereta dengan keadaan macam ni.Bahaya"rambut Chanyeol yang sedikit menutup dahi aku kalihkan keatas.Pipinya aku sentuh.Panas.

Teruk juga sakit suami aku ni.

"Sayang.."

"Ye, nak apa?"tanya ku sambil tangan mencapai telefon diatas meja tepi katil.Sudah pukul 9:00.Kelas start pukul 10:30 nanti.

"Saya lapar"

Tergelak kecil aku mendengar suara Chanyeol yang kedengaran manja ditelinga.Dengan muka dah macam budak-budak kelaparan minta gula-gula.

"Gelak pula dia.Suami awak lapar ni.Kan mati kelaparan dekat sini kan"

"Sorry sorry..awak tu comel sangat macam budak-budak.Itu yang saya tergelak"tangan dia aku pegang.Hurmm, panas juga.Satu badan panas nampaknya ni.

"Dah lama kahwin baru perasan ke suami awak ni comel?"

Aku mengangguk membuatkan wajah Chanyeol berubah masam.Tergelak aku melihat reaksi suaminya itu."Saya gurau je.Suami saya ni dari dulu lagi dah comel.Geram saya tengok"pipi Chanyeol aku cubit manja.

"Dahlah tu.Pergilah ambil sarapan"suruh Chanyeol dengan riak masam.Aku mengangguk."Ok, saya turun ambil kejap.Kalau awak nak basuh muka tunggu saya naik.Risau pula biarkan awak pergi tandas seorang diri"

Selepas memberi pesanan aku menapak keluar dari bilik untuk turun kedapur.Memang patutlah dia lapar, dah pukul 9:00 belum sarapan lagi.Dahlah tak sihat.Aku nak kejutkan tadi pun kesian tengok dia lena tidur.Itu yang aku turun bawah mengemas.

____

"Gomawo oppa.Hantarkan Jihyo"ucap Jihyo kepada Seungcheol disebelah.

"Tak ada masalah Jihyo.Awak tu dah jadi adik oppa.Tanggungjawab oppa dah.Setakat hantar ni no problem"balas Seungcheol mesra.Dia sudah sayang dengan adik ipar dia yang seorang ini.Sudah anggap seperti adik kandung.Jadi dia bersedia untuk memberikan pertolongan.

"Chanyeol macam mana?"

Jihyo yang sedang memeriksa begnya toleh memandang kearah Seungcheol.

"Tak ok lagi oppa.Bercampur dengan demam pula sekarang"jawab Jihyo dengan nada sedih.Kalau boleh dia tidak mahu datang ke kelas.Risau meninggalkan Chanyeol seorang diri dirumah.Tapi mengenangkan tidak lama lagi dia akan menamatkan pengajian, terpaksalah dia datang juga.Walaupun dengan perut yang semakin membesar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 08, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now