| 19

654 107 18
                                    


Songjihyo pov...

"Jihyo.."

Aku yang tengah menghidangkan sarapan memandang kearah SeungCheol oppa.Dia melangkah turun tangga dan menghampiri meja makan.

"Chanyeol macam mana??tak ok lagi?"tanya SeungCheol oppa dan duduk berhadapan dengan aku.Roti yang sudah disapu jem dia ambil dan makan.

Hari ini aku yang memasak sarapan kerana omma dengan appa ke majlis kawan mereka.Membantu persiapan majlis perkahwinan anak sulung kawan mereka itu.

Aku mengeleng."Belum lagi oppa.Panas lagi Jihyo rasa dekat dahi dia.Tu pun belum bangun lagi"

SeungCheol oppa terangguk angguk.

"Nanti kejutkan dia.Sarapan lepas tu bersiap, oppa nak bawa pergi hospital.Tak boleh biarkan macam tu.Nanti bertambah teruk"

"Baiklah oppa"aku melangkah masuk kedapur untuk mengemas apa yang patut.Nasib baiklah ada SeungCheol oppa boleh bawa Chanyeol pergi hospital.Sudahlah dia tu liat nak pergi hospital.

Apalah yang buat dia liat sangat tu.Doktor suntik pun bukannya dengan jarum menjahit.Kalau dengan jarum tu, aku pun takut nak pergi hospital.HAHAHAHA, mengarutlah kau Jihyo.Ada ke patut suntik dengan jarum menjahit.



Selepas mengemas, aku menapak naik ketingkat atas untuk mengejutkan Chanyeol.Dah bangun ke belum suami handsome aku tu.Acece, kemain puji.Sebelum ni bukan main kau kutuk dia.Pintu bilik aku bukan, rupanya Chanyeol sudah bangun.Tengah bersandar dikepala katil.Mata dipejamkan.Mengantuk lagilah tu agaknya.Aku menghampiri dan duduk dibirai katil.

Dahi dia aku tekap dengan tapak tangan.Panas lagi.Dia membuka mata.Nampak lemah.Tindakan aku pun dia tidak halang.Penat nak bergaduh dan melarang.Hehe..good boy.

"Awak pergi mandi.Lepas tu kita sarapan.Cheol oppa nak bawa awak pergi hospital"

Dia mengelengkan kepala.Mata dipejamkan balik dan memalingkan mukanya arah lain.Haish, kan dah cakap memang liat nak pergi hospital.Memang susah betul lah nak urus baby besar ni.Lebih lagi dia ni degil ya ampun orangnya.Nasib betul aku dapat suami macam ni.

"Tak payahlah macam ni.Kalau tak pergi nanti melarat.Badan awak panas sangat ni.Lemah je saya tengok"aku cuba memujuk.

"Aku tak laratlah nak pergi mandi.Kan tak pasal-pasal aku jatuh"

"Kalau macam tu jom saya teman"

Terus dia buka mata dan tengok aku dengan muka tak percaya.Aku buat muka biasa."Gatal kau ni"

What??..salah ke apa aku cakap??..dia sendiri cakap tak larat nak pergi mandi takut jatuh.Jadi aku tawarkan diri untuk teman.Apa pula gatal.Dasar jebon.Sekali sekala carut suami sendiri tak apa kan.Haish, dia yang gatal fikir bukan-bukan lah tu.Memang dasar jebon.

"Awak sendiri cakap tak larat nanti jatuh.Jadi saya nak tolong"aku cuba membela diri.

"Kau memang pantang dapat peluang.Tahulah suami kau ni handsome.Tapi aku tak bersedia lagi untuk jadi seorang lelaki yang tak suci"

WHATTTTTT THE JEBON...????

Dengan muka slumber dia cakap macam tu dan kembali memejamkan mata.ASXDFVHJHFJFTJKI...mengarut, meroyan apa dia ni.

"Tak padan dengan sakit.Awak ingat saya ni apa??..dahlah perasan.Saya rasa si Seungkwan tu lagi handsome dari awak"..ok aku tipu je.Nasib baik tak ada Seungkwan dekat sini.

"Dah tu pergilah temankan Seungkwan.Kenapa aku pula?"

"What?!..awak ni gila ke apa?"mimpi ngeri aku dengan Seungkwan tu.Dahlah jebon.Okay, sama je dengan Chanyeol.Dua-dua jebon.

Dia muka mata dan mengesot mendekati aku."Kau juga cakap dia lagi handsome dari aku"gulp, terpaku aku bila muka dia betul-betul rapat dengan muka aku.Sehingga hidung kami bersentuh.Berbahang rasa muka aku sekarang.

"Amboi, sakit-sakit pun boleh tahan ye"

SEUNGCHEOL OPPAAAAA!!!

ARGHHHHHHH!!!

Mana almari aku nak masuk....

___________

Masing-masing senyap tidak bersuara.SeungCheol pula fokus memandu kereta walaupun nak tergelak dengan diorang berdua ni yang malu.Tetapi Chanyeol disebelahnya buat muka slumber badak je.Jihyo lah yang mukanya merah padan menahan malu.Haish, SeungCheol kau pun satu.Lain kali ketuklah pintu dulu.Tak pasal-pasal malu besar anak Puan Song.

SeungCheol tengok cermin pandang belakang.Jihyo diseat belakang hanya memandang keluar tingkat.

"Ehem..Chan kau tak ada perancangan nak pindah ke??..hidup berdikari dengan Jihyo"

Pertanyaan itu sedikit mengejutkan Jihyo.Bagi dia, dia tak nak tinggal berdua dengan mamat jebon tu.

"Kau halau aku ke hyung?"tanya Chanyeol.Salah pula cara berfikir kau Chanyeol oii.Tak akanlah abang kau nak halau kau.

SeungCheol membelok ke kiri."Salah tu Chan.Tak adanya hyung nak halau kau.Hyung fikir kau orang perlukan privacy.Tengok macam tadi.Tak pasal-pasal hyung kacau daun kau orang"

"Hyung kau ni!!"terjerit kecil Chanyeol.Membuatkan abangnya itu gelak besar.Sekali lagi Jihyo malu besar.Habislah jadi totamo dekat seat belakang.


Chanyeol berjalan masuk kedalam bilik doktor apabila namanya dipanggil.Jihyo dengan SeungCheol menunggu diluar, ditempat yang telah disediakan untuk menunggu.Jihyo yang masih malu hanya mendiamkan diri.Sesekali bunyi datang dari telefon SeungCheol.Lelaki itu asyik benar melayan game mobile legend.

"Jihyo okay?"

"Huh?"Jihyo yang tunduk itu mengangkat wajah apabila SeungCheol menanyakan soalan kepadanya.Dia blur.

SeungCheol berhenti bermain game.Telefon diletakkan didalam poket seluar.Dia bersandar dikerusi."Jihyo okay dengan Chanyeol??..maksud oppa, dia tak ada sakitkan hati Jihyo kan?"

Jihyo tidak tahu harus menjawab apa.Adakah dia perlu jujur atau menipu.Tetapi sejujurnya dia sudah mencintai suaminya sendiri.Walaupun dia tahu suaminya itu mempunyai ramai kekasih diluar sana.Tetapi dia yakin Chanyeol boleh berubah.Mungkin juga tinggalkan kekasih-kekasihnya itu.Agak sakit hati Jihyo apabila memikirkan itu.Dia isteri, jelas sekali dia akan terasa.

Jihyo senyum nipis membalas pertanyaan SeungCheol.Abang iparnya yang faham itu membalas senyuman Jihyo.Dia faham sangat dengan perangai adiknya itu.Bahu Jihyo ditepuk perlahan bertujuan memberikan adik iparnya itu semangat.

Chanyeol yang baru keluar memandang kearah mereka.Riak wajahnya berubah apabila melihat SeungCheol sedang memegang bahu Jihyo dan mereka berpandangan.Entah kenapa terbit satu perasaan dihati Chanyeol.Iaitu cemburu.Dia menghampiri Jihyo dan SeungCheol dan duduk disebelah Jihyo.

"Siap dah?..ubat macam mana?"tanya SeungCheol apabila melihat Chanyeol disebelah Jihyo.

Chanyeol berdiri."Nanti nurse panggil.Kau tolong ambilkan hyung.Aku nak pergi dekat kereta dulu"dia terus melangkah pergi.Membuatkan SeungCheol serta Jihyo pelik melihatnya.Lain macam sahaja bunyi dan caranya itu.

"Kenapa pula tu?"tanya SeungCheol.Jihyo mengangkat bahu tanda tidak tahu.

___________








chanhyo_lovers




b e r s a m b u n g . . .

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now