| 41

610 105 11
                                    


Chanyeol nekad.Esok dia akan pergi ketempat yang dikatakan oleh Jinsoul.Tiada pilihan lain untuk dia buat , melainkan ikuti apa yang disuruh oleh Jinsoul.Apa yang dia mahukan Jihyo selamat.Tidak mahu apa apa terjadi kepada isterinya itu.Walau mati sekalipun dia sanggup.Niat hati untuk berhenti makan tidak jadi, putus seleranya akibat panggilan itu.Sungguh dia risaukan Jihyo.Entah boleh atau tidak dia melelapkan mata malam ini.Tanpa memberitahu siapa siapa, Chanyeol balik kerumah demi menunggu hari esok.Langkah lemah diatur masuk kedalam rumah, fikiran sarat dengan perasaan risau.Pintu utama ditutup perlahan.

Setelah itu, dia berjalan menuju keruang dapur.Rasa dahaga.Dengan wajah kosong peti ais dibuka.Tanpa gelas, fresh Orange terus diteguk.Peti ais ditutup kembali.Dia melangkah naik ketingkat atas.Bilik kosong tanpa penghuni.Selalunya dia akan melihat Jihyo didalam rumah ini.Tetapi sekarang hanya ada dia.Duduk dilabuhkan dibirai katil.Gambar dia dan Jihyo semasa perkahwinan diatas meja dia ambil.Senyuman terukir kecil dibibir itu.

"Sekejap sangat kita bahagia.Kenapalah kita kena lalui semua ni?"wajah Jihyo didalam gambar itu disentuh dengan jarinya."Kalaulah aku boleh putarkan masa.Aku akan sayang kau dari kita kahwin lagi.Aku terlambat"dia menghela nafas berat.Merasakan hatinya terlalu buta dalam menilai keikhlasan cinta Jihyo.

Chanyeol merebahkan tubuhnya.Berbaring sambil gambar dia dan Jihyo didakap didada.Siling bilik dipandang sepi.

"Rasa baru je kau kena culik.Aku dah rindu sangat dekat kau Jihyo.Teruknya penangan kau buat aku angau"dia tergelak kecil.Semasa bercinta dengan Jinsoul, tidak pula dia merasa angau sebegini rupa.Sekarang ini tubuhnya benar benar rasa melemah akibat ketiadaan Jihyo.

Telefon yang berbunyi tidak diahiraukan.Panggilan daripada Seungcheol dibiarkan tidak berjawab.Dia tidak ada rasa untuk bercakap dengan siapapun sekarang.Mata dipejamkan, rasa mengantuk mulai mengusai diri.

Disituasi lain, Seungcheol mulai risau akan Chanyeol.Berkali kali dia menghubungi adiknya itu.Tapi tidak diangkat.Dia risau jika terjadi apa apa kepada Chanyeol.Lagipula adiknya itu suka bertindak tanpa fikir panjang.

"Mana pula Chan ni?"sekali lagi nombor adik bongsunya itu dihubungi.Tetapi tetap tidak diangkat.

"Dia tak jawab Cheol?"tanya Tuan Park yang sedang melangkah turun ketingkat bawah.Menyertai anak sulungnya itu diruang tamu.Dia juga tahu akan apa yang jadi kepada anak menantunya sekarang ini.Seungcheol mengelengkan kepala.Nafas dihela berat."Banyak kali Cheol call dia.Satu pun tak jawab"

"Dia dah tidur agaknya.Ataupun tak nak diganggu.Appa kalau boleh nak dia tinggal sini sementara.Tapi Chan tu kalau dia rasa dipaksa, memang mengamuklah.Macamlah tak kenal adik kamu tu"

Seungcheol mengangguk faham."Kenal Pa.Tapi Cheol takut apa apa jadi dekat dia.Tak pernah dia tak jawab call sampai macam ni.Marah sekalipun dia akan jawab juga.Lambat pun dia jawab"gomel Seungcheol.Dia duduk dengan perasaan risau.Telefon diletakkan atas meja.

"Kamu dah laporkan pada polis?"

"Dah Pa.Tapi Cheol tetap risau dengan Chan.Risau dia bertindak seorang diri.Dia tu bukannya boleh dikira sangat.Appa pun kenal anak appa tu macam mana.Suka bertindak ikut perasaan.Tak fikir dulu"

"Appa pun risau juga.Macam ni lah.Esok pagi pagi kamu pergi rumah Chan.Kalau dia tak nak tinggal sini.Kamu jelah pergi sana tinggal sementara dengan dia.Bagitahu dia apa yang jadi ni serahkan pada polis.Kita ni tak ada kuasa, buatnya orang jahat tu ada senjata api, teruk jadinya"ujar Tuan Park memberi nasihat.Seungcheol mengangguk akur.Itulah yang dia risaukan.

"Saya tak sangka Jinsoul sanggup buat sebegitu"Puan Park yang baru keluar dari dapur berjalan keruang tamu.Duduk disebelah suaminya itu.Dia masih lagi sukar untuk percaya yang Jinsoul menjadi dalang dalam semua ini.Perempuan yang hampir menjadi menantunya satu ketika dulu."Kalau dah hati jahat macam tulah.Bila dibutakan dengan cinta, wang ringgit.Dah tak kira apa dah Ma"balas Seungcheol membuatkan ommanya tergeleng geleng dengan riak kecewa.

"Nasib baik dia tak jadi menantu kita.Kalau jadi, entah apa nasib Chan"

"Manusia.Sekejap betul kalau nak berubah"

____________

"Bangun!"

Jihyo yang terbaring dilantai dia tarik kasar supaya berdiri.Dengan tubuh yang lemah Jihyo dipaksa sebgitu.Hansol yang tertidur sedar, terkejut melihat Jihyo dipaksa dalam keadaan lemah sebegitu.Kakak tirinya itu dipandang dengan perasaan marah yang membuak.

"Jinsoul, apa yang kau nak buat ni?"tanya Hansol.Tangannya yang terikat dibelakang cuba dia lepaskan, tetapi kesakitan yang dia dapat.Jinsoul memandangnya dengan senyuman mengejek.

"Aku nak bawa dia jumpa orang tersayang dia.Cepat jalan!!"Jihyo dipaksa keluar dengan kasar.

"Orang tersayang??..Chanyeol?"Hansol tertanya tanya.Setahunya dia mendengar yang Jinsoul menyuruh Chanyeol datang esok."Chanyeol dah datang ke?"


"Duduk!"Jihyo dipaksa duduk disebuah kerusi.Ada seorang lelaki berdiri membelakanginya sekarang.Sepertinya dia mengenali susuk tubuh itu."Appa?"sebut Jihyo dengan nada tidak berapa kuat.Terkejut apabila lelaki itu pusing kearahnya.Tekaan dia tepat.Dia mahu berdiri, tetapi bahunya ditekan oleh Jinsoul.Sungguh Jihyo terkejut dengan apa yang dilihatnya sekarang.

"Kenapa appa ada dekat sini??"tanya Jihyo.Dadanya rasa sesak.Tidak mahu mendengar kemungkinan yang tidak masuk akal baginya."Appa..bagitahu Hyo yang appa tak terlibat dengan semua ni"sebolehnya dia tidak mahu appa tirinya itu terlibat.

Tiba-tiba Jinsoul ketawa mengejek.Dia beralih berdiri didepan Jihyo.Dia peluk tubuh, Tuan Song disebelah dipandang sekilas."Kalau kau nak tahu aku dah selamatkan appa kau.Aku bayar semua hutang dia dengan along.Jadi dia tidak ada pilihan, kena balas juga jasa aku.Walaupun terlibat dalam penculikan anak sendiri"dia senyum sinis memandang Jihyo.Tuan Song hanya berdiam diri.Sedikit dia merasa bersalah walaupun dia bencikan Jihyo.

Airmata perlahan mengalir dipipi Jihyo."Hyo tak sangka sampai macam ni sekali appa bencikan Hyo"

"Ahh.."terjerit Jihyo apabila Jinsoul mencengkang dagunya kasar.

"Hey! bodoh.Appa kau tak akan buat semua ni lah kalau kau tolong bayarkan hutang dia.Kau ingat kau ni baik sangat ke??..sedangkan appa sendiri kau tak boleh nak tolong.Sia-sia jelah kau dapat lelaki kaya"dagu Jihyo dilepas kasar."Kau ingat sampai bila bila kau boleh bersenang lenang ke??..aku akan pastikan kau menderita sampai mati!"

"Aku tak tahu apa salah aku dekat kau"ujar Jihyo sambil tunduk.Jinsoul ketawa kuat.

"Salah kau sebab lebih bahagia dari aku.Lebih lagi bila kau bahagia dengan lelaki yang pernah jadi milik aku.KAU BUTA KE APA??!!..KAU TAK NAMPAK KE LAGI RAMAI LELAKI LAIN DALAM DUNIA NI??KENAPA DIA JUGA YANG KAU NAK?!!!"tanya Jinsoul dengan nada suara kuat.Bagaikan tidak terkawal.Terkejut Jihyo dengan tengkingan Jinsoul.

"Jin..Jinsoul"Tuan Song cuba bersuara tetapi dihalang oleh Jinsoul.Jarinya diletakkan dibibir memberi isyarat supaya lelaki paruh usia itu tidak bersuara."Jangan menyibuk time aku tengah ada kerja"ujar Jinsoul memberi amaran.

"BANGUN!!!"Jihyo sekali lagi dia paksa supaya berdiri.

"Kalau ikutkan hati aku, sekarang juga aku bunuh kau"jerit Jinsoul kuat dan menolak Jihyo kasar hingga jatuh.Terjerit kecil Jihyo apabila tubuhnya terhentak dengan dinding.Jinsoul mendekati Jihyo yang sedang tersandar di dinding.Jihyo ketakutan, airmatanya mengalir.Kedengaran tangisannya.Tuan Song yang melihat tidak mampu untuk buat apa apa.

Jinsoul menyelak rambut yang menutup sebahagian wajah Jihyo."Kesian aku tengok kau ni.Ada suami.Tapi mana suami yang tersayang kau tu sekarang??"tanya Jinsoul dengan nada mengejek."Bahagia ke kau sekarang??"tanya dia lagi dan ketawa.

Jihyo menangis sambil menahan kesakitan ditubuhnya.

___________


b e r s a m b u n g . . .

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now