| 08

787 129 16
                                    


Chanyeol Pov...

Aku yang tengah meniarap atas katil sambil mengadap laptop duduk bersila apabila Cheol hyung masuk kedalam bilik aku.Apalah yang hyung nak cakap malam-malam ni sampai mesej dekat aku supaya jangan tidur lagi.Aku memang jarang tidur awal, melayan movie ataupun game.Kadang-kadang kalau dah mengantuk tertutup awal juga mata ni.Selalunya bangun lewat, tetapi sekarang terpaksa bangun awal kerana kena kerja di VS holding.Tamatlah aku punya nak enjoy sakan selepas belajar.

"Apa yang hyung nak cakap sangat ni??sampai mesej"aku tanya dia yang sudah duduk dibirai katil.Aku harap bukan pasal Song Jihyo.Tolonglah aku tidak berminat nak bercakap pasal perempuan terlebih emosional tu.Asyik nak emo je memanjang.

"Tak ada apa sangatlah.Hyung cuma nak pesan, esok jangan lupa bawa Jihyo datang sini"

See, baru je aku fikir pasal ni.Hyung betul-betul bercakap pasal perempuan tu.Apalah yang hyung suka sangat dengan perempuan emosional tu.Kalau suka kenapa bukan dia je yang bawa Jihyo datang sini.Kenapa aku?!..WHY MEEE?!!……haish, stress betul aku rasa sekarang ini.Tidak menurut nanti kan ugut pasal credit card.Macam tidak ada alasan lain untuk ugut aku.

"Dahlah hyung pasal ni.Kau pun tahu kan esok kita kena pergi resort.Buat apa pula bawa dia datang sini??!"aku rasa hyung lupa yang kami semua kena pergi resort esok.Sampai sibuk suruh aku bawa Jihyo datang sini.

Tiba-tiba Cheol hyung menepuk tangan sekali."Kau bagi hyung idealah.Ok, macam ni.Memandangkan esok kita kena pergi resort.Jihyo pun pergi juga.Hyung nak kau ambil Jihyo.Lepas tu kita bertolak sama-sama ke Konkuk University"

Aku berdecit.Geram pula aku dengan hyung aku seorang ini.Kan tidak pasal-pasal aku kahwinkan juga dia dengan Song Jihyo kan."Malaslah aku.Dia dah besarlah.Pandai-pandai lah dia naik bas ke, teksi ke pergi University dia tu.Kenapa pula aku susah-susah kena pergi sana.Mengarut betul lah kau ni hyung"kalau bukan hyung dah lama aku tibai manusia depan aku ni.

"Tapi ingat tak tadi kau juga setuju dengan appa nak bawa dia datang sini??..dah lupa dah?"

Muka aku berubah masam apabila Cheol hyung ungkit pasal tadi.Geram betul lah aku dengan hyung ni."Ingat..aku tak nyanyuk lagi"balas aku.Dia tersengih macam menang besar berbahas dengan aku.

"Good.Oklah, hyung kesayangan kau ni nak masuk tidur dah.Ingat pagi-pagi esok pergi ambil Jihyo.Biar dia sarapan dulu dekat sini sebelum kita pergi university"sempat lagi dia mengingatkan aku sebelum dia keluar.Aku memutar bebola mata, rasa menyampah betul aku dengan perempuan tu.Apalah yang hyung suka sangat dengan dia tu.Tapi kalau suka sekalipun kenapa aku yang kena.

Jangan buat pasal nak jodohkan aku dengan perempuan tu sudah.Aku tak hingin langsung.Malang nasib aku nanti mengadap bini emosional macam tu.


__________

Seperti yang diarahkan, pagi ini Chanyeol pergi kerumah Jihyo untuk mengambilnya.Dia rasa tidak mahu pergi nak buat-buat tidur.Tetapi apakan daya SeungCheol sekali masuk kebiliknya dan membangkitkan isu semalam.Credit card buat berkali kali disebut untuk memberikan ugutan paling menakutkan bagi Chanyeol.Rasanya kalau betul dibekukan, dia memang tidak ada apa-apa.Setiap hari kalau nak keluar memang kena minta dua dari kedua orang tuanya seperti budak-budak sekolah.Itupun kalau mereka bagi.

PIN PIN !

Jihyo terkejut apabila melihat kereta Chanyeol diluar rumahnya.Lelaki itu berada didalam kereta sambil membunyikan hon.Dia cepat-cepat menghampiri kereta lelaki itu.Geram pula dia rasa.Nanti tak pasal-pasal jiran keluar marah sebab bunyi bising.Apalah lelaki itu buat disini.Pagi-pagi lagi dah datang kerumahnya.

"STOP lah.Apa kau buat ni?!"Jihyo berdiri dipintu seat pemandu.Chanyeol toleh memandangnya, berhenti bunyikan hon.

"Dah gila ke apa??..nanti jiran marahlah pagi-pagi buat bising"marah Jihyo.Lelaki itu buat muka tidak ada perasaan.Langsung tidak ada rasa bersalah.

"Aku nak kau masuk kereta aku sekarang"arahan dia membuatkan dahi Jihyo berkerut."Kenapa pula??..tetiba datang nak arahkan aku pula"

"Aku rasa kau dah siap ni nak pergi perhentian bas kan.So, cancel yang tu.Aku datang nak ambil kau.Pergi ambil beg pakaian kau sekarang"

"Kenapa pula kau datang ambil aku??..aku tak suruh pun kan.Aku boleh pergi sendirilah"

Chanyeol berdecit."Aku tengah baik datang jauh-jauh nak ambil kau ni.Kan tak pasal-pasal aku buat satu kejiranan kau marah kan"

Terkejut Jihyo dengan ugutan tak bertamadun Chanyeol."Aish, tunggu kejap"dia berjalan masuk kembali kedalam rumah untuk mengambil beg pakaian.Ugutan entah apa-apa je lelaki seorang tu.Dah macam budak-budak baru nak up.Selepas ambil beg pakaian, Jihyo keluar kembali dan masuk kedalam kereta Chanyeol.Sengaja dia tutup dengan kuat pintu kereta lelaki itu.

"Kau nak robohkan kereta aku ke apa ni??..tak boleh nak tutup elok-elok?"tanya Chanyeol dengan nada marah.

"Oh, sorry.Tak sengaja.."balas Jihyo dengan suara sengaja mengenakan lelaki itu.Chanyeol jeling geram.Kereta dipandu pergi meninggalkan kawasan itu.











Songjihyo Pov...

Aish, sekali lagi aku menginjak kaki dibanglo mewah yang aku ikhlas dari hati tidak mahu datang lagi.Tetapi tengoklah sekarang, sudah kali kedua aku datang kesini.Mamat sewel ni pula keluar dari kereta terus menonong masuk kedalam rumah.Langsung tidak tunggu aku dulu.Memang tak guna betul lah mamat telinga besar ni.Geram betul hati aku.Aku dengan teragak agak menjenguk dari pintu utama.Malu pula nak masuk.Haish, si Chanyeol ni memang tak guna betul lah tinggal aku.

"Eh, Song Jihyo kan ni?!"

Terkejut aku apabila tiba-tiba sahaja seorang lelaki paruh usia menegur.Nasib tak melatah.Aku anggukkan kepala dengan pertanyaan dia.

"Laa, kenapa berdiri dekat luar tu??..mari masuk.Ahjumma ada dekat dapur dari tadi tunggu.Ni Chanyel mana pula?!"aku rasa ni mungkin mamat sewel tu punya appa.Lelaki paruh usia ni aku tengok tercari cari kelibat Chanyeol.

"Dia dah masuk"jawab aku singkat.

"Ish, budak bertuah.Ditinggalnya tetamu dekat luar.Dah dah Jihyo, kamu masuklah.Sarapan dulu sebelum pergi university"pelawa ahjussi ni, aku tunduk hormat sebelum berjalan masuk.Baik pula ahjussi ni dengan aku.Anak dia bukan main buat perasaan aku ni membara nak marah.

"Eh, Jihyo dah sampai.Jom jom mari duduk sarapan.Cheol tolong bagi nasi goreng tu dekat Jihyo.Omma nak ambilkan kimbap yang omma buat kejap"aku mengukir senyuman janggal.Ahjumma bangun dan masuk kedapur.SeungCheol berdiri dan tarikkan kerusi untuk aku.Aku tunduk hormat dan duduk disebelahnya.Hurmm, kenapalah abang dia gentle je, dia haih..mahu je aku tampar mamat tu.

"Kita sarapan dulu.Lepas ni pergi university sama-sama"dia sendukkan nasi goreng kepada aku.Aku mengangguk.Langsung tidak bersuara.Malu malu kucing betul aku sekarang.

"Mana pula Chanyeol ni..Chan!!!..Chan!!"

"Dia dekat atas ke?!"tiba-tiba muncul ahjussi dan duduk.SeungCheol mengangguk jawab pertanyaan appanya itu.

"Yee.."turun dah mamat sewel ni.Dia duduk dikerusi berhadapan dengan aku memandangkan dihadapan SeungCheol tempat ommanya.Sempat aku ni didepan dia ni dia jeling.Dia nak rasa aku korek biji mata tu agaknya.

"Ni kenapa Chan tinggalkan Jihyo sorang-sorang dekat luar??!..dah macam orang sesat dah appa tengok"

WHAT?!

Aku macam orang sesat ke tadi?!

Ye kot, mungkin aku patut aku akui.Haish, ni semua mamat telinga besar ni punya pasal.

"Tah kau ni.Tinggalkan tetamu dekat luar"SeungCheol pula bersuara.

"Kita ni kenalah hormat tetamu.Bukannya tinggalkan dia dekat luar.Dia bukannya biasa lagi dengan kita.Datang baru sekali, itupun kejap je"ahjumma keluar dari dapur bersama dengan pinggan berisi kimbap.Dia duduk disebelah Chanyeol.Nak tergelak pula aku tengok muka masam Chanyeol apabila ditegur.

Padan muka kau !

"Yelah, Chan tak buat dah"dia bersuara.Sekali lagi aku dia jeling.Aku harap jatuhlah mata dia dalam pinggan.Asyik nak jeling aku je.Dia ingat mata dia tu comel agaknya.

___________








b e r s a m b u n g . . .

chanhyo_lovers

[ C ] heartbeat • pcyOnde histórias criam vida. Descubra agora