| 13

670 125 20
                                    

Hari ini tibalah masanya Chanyeol dan juga Jihyo disatukan.Penyatuan bukan atas kerelaan hati masing-masing.Tiada sedikit pun senyuman diwajah keduanya sebelum dan juga selepas bergelar husband dan wife.Cuma sesekali senyuman terukir apabila tetamu menyapa dan lemparkan senyuman kepada mereka.Senyuman yang dipaksakan.Kadangkala juga mereka berdua jeling antara satu sama lain, masih tidak berpuas hati dan entah bila akan berpuas hati dengan perkahwinan ini.

Ada tetamu yang sudah beransur pulang dan ada juga masih menjamu selera.Majlis perkahwinan dibuat disebuah dewan atas permintaan appa Chanyeol.Walaupun diprotes keras, tetapi jika Tuan Park sudah membuat keputusan..ianya muktamad dan tidak akan dapat dibantah.Hanya Chanyeol seorang yang membantah ketika, Jihyo tidak bersuara.

Sekarang ini juga Jihyo tidak bersuara sepatah pun perkataan.Memang perkahwinan ini bukan kerelaannya, tetapi dia juga ada impian.Impian agar ommanya melihat dia dihari bahagia.Walaupun tidaklah sebahagia yang orang lain sangka.Tetapi ommanya yang tidak mahu datang kerana hari ini orang datang mengambil pes lada pedas.Chanyeol yang sedang memandang appa dengan ommanya berbual bersama tetamu, toleh tengok Jihyo disebelah.Diam tidak berkutik.Hanya bibir itu tersenyum kepada tetamu.

"Dari tadi kau diam je.Ada emas ke dalam mulut tu?!"tanya Chanyeol, sedikit terangkat bahu Jihyo tiba-tiba Chanyeol berbisik ditelinganya.Lelaki itu dia pandang sekilas.

"Tak ada apa yang aku perlu cakapkan"balas Jihyo singkat.Bosan sebenarnya sedari tadi berdiri macam pengawal keselamatan.Bilalah majlis ini akan habis dan tetamu semua pulang.Badan-badan dia pun sudah rasa lenguh.

Bahu Jihyo disiku."Sekurangnya balaslah sepatah bila tetamu tegur.Bukannya angguk,geleng,senyum.Tak payah nak tunjuk sangat tak rela kau tu.Aku pun tak rela"

Sekali lagi Jihyo kaget apabila disiku.Dia gerak menjauh sedikit dari lelaki itu."Oklah tu dari aku tak bagi respon apa-apa langsung"

"Banyak betul menjawab kau ye"

Jihyo diam.Malas nak bertengkar dengan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya.

"Hey!..Jihyo tahniah!"tiba-tiba Dokyeom muncul bersama dengan Seungkwan.Muka Seungkwan monyok je dari tadi.Dah macam ayam berak kapur dah lagaknya.

"Eh, korang pun ada.Aku tak nampak pun"Chanyeol menjeling Jihyo yang tiba-tiba bertukar karakter disebelah.Tadi bukan main macam ada emas dalam mulut.Tetapi sekarang bila Dokyeom dan Seungkwan muncul, bukan main happy, keluar juga suara dari bibir itu.Ingatkan dah bisu.

"Baru je sampai.Lewat sikit sebab kitorang ada kerja.Dengan dia ni lagi.."Dokyeom menolak sedikit Seungkwan dengan bahunya.

"Kenapa dengan dia??..aku tengok monyok semacam je"tanya Jihyo.Seungkwan yang muka monyok macam ayam itu dipandang.Lelaki itu senyum nipis.Dikerling Chanyeol sekilas.

"Alaa..kau ni macam tak tahu si Sengkuang ni suka kau"kepala Dokyeom diketuk oleh Seungkwan.Jihyo salah tingkah, dahlah si Dokyeom ni cakap depan Chanyeol.Dia pandang Chanyeol sekilas, lelaki itu tidak beriak.Baru sedar yang mereka kahwin bukan diatas dasar cinta.So tak ada masalah dengan kata-kata Dokyeom itu.

"Berapa kali aku nak cakap jangan panggil aku Sengkuang"marah Seungkwan.Dokyeom mengosok kepalanya yang sakit akibat diketuk oleh Seungkwan.Itulah cari nahas lagi.Kan dah kena sebijik.

"Ermm, apa pun kau cantik sangat Jihyo dengan baju gaun tu.Bertuah Encik Chanyeol dapat dia"ujar Seungkwan membuatkan Jihyo tersipu malu.Chanyeol senyum lebar, rasa bangga seperti baru saja mengalahkan musuh.Terjerit kecil Jihyo apabila Chanyeol menarik pinggangnya merapat dengan lelaki itu.

"Kan..bertuah saya kan"Chanyeol bangga diri.Mahu sahaja Jihyo ingin menolak tubuh tinggi itu, tetapi apa pula orang fikir nanti.Tiba-tiba tolak suami sendiri.Seungkwan dan Dokyeom meminta diri untuk menjamu selera kerana baru sampai.

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now