| 37

641 99 11
                                    


Songjihyo...

Selama lebih kurang 12 jam perjalanan dari South Korea, aku dengan Chanyeol sampai di Paris.Kami menunggu diluar Paris Airport bersama bagasi.Ada seseorang akan datang menjemput kami untuk ke hotel.Rasa lenguh badan memang usah dicakap.12 jam duduk sahaja siapa sahaja tak penat.Chanyeol aku tengok biasa sahaja.Dia kan sudah pernah datang ke Paris.Lagipula anak orang berada.Sudah pasti sudah serata negara dia Sudah travel.

"Sayang jom.."

Aku yang sedang ralit tengok orang lalu lalang berpaling kearah Chanyeol.Dia mengamit aku supaya mengikutinya.Oh, orang yang jemput kami sudah sampai.Berlenggang aku jalan tanpa bawa apa-apa sebab Chanyeol yang heret bagasi aku.

"Hansol buka bonet"

Aku berdiri hanya melihat mereka berdua.Lelaki bernama hansol itu membantu Chanyeol memasukkan bagasi kedalam bonet kereta.Lelaki berwajah mat saleh ini membongkok kepada aku tanda hormat.Aku membalas sambil senyum kepadanya.

"Ni hansol.Dulu dia menetap di Korea.Tapi berpindah dekat sini ikut keluarga dia.Kami kawan dah lama"

Aku meng 'oh' kan.Aku fikir Chanyeol tidak mengenali lelaki ini.Rupanya mereka pernah berkawan.Agak memudahkan urusan kami sepanjang di Paris ini nanti.

"Ni isteri kau?"tanya Hansol sambil menunjuk aku.Chanyeol mengangguk."Song Jihyo.."

Selepas berborak mengenali satu sama lain serba sedikit.Kami masuk kedalam kereta yang dipandu oleh Hansol untuk dibawa ke Amelie Hotel yang terletak 1 km dari eiffeil tower.Benar-benar membuatkan aku teruja dan tidak sabar untuk sampai kesana.Teringin untuk mengambil gambar berlatarkan eiffeil tower.Sepanjang perjalanan untuk ke hotel mata aku tidak lekang memandang ke luar kereta.Indah sangat permandang depan mata.

Aku berpaling kearah Chanyeol apabila merasakan tangannya memegang tangan aku.Dia senyum dan aku membalas.

"Hansol..kau tak terfikir untuk berkunjung ke Korea lagi ke??sebab setahu aku sejak pindah Paris, kau belum ke Korea"

"Masa tak ada lah Chan.Kadang 24 jam aku kerja ambil orang dekat airport.Bawa ketempat perlancongan sekitar Paris.Masa rehat pun terhad.Appa dengan omma aku pula busy uruskan perniagaan mereka"Chanyeol aku tengok mengangguk angguk dengan jawapan Hansol.Serba sedikit aku tahu tentang kawan suami aku ini.Tapi tidak tahu ingin menyampuk apa.

Mereka berdua meneruskan perbualan.Aku pandang tangan aku dalam pegangan tangan Chanyeol.Aku senyum.Entah kenapa hati aku rasa berbunga bunga.Aku sandarkan kepala dibahunya.Membuatkan dia yang sedang berbual dengan Hansol berhenti.

"Ngantuk ke?"

"Penat"jawab aku.What?!..aku tengah bermanja dengan suami sendiri ke sekarang ni.Ingat Jihyo ada orang lain dalam kereta ni."Sabar kejap.Kita dah nak sampai.Nanti dekat hotel rehat.Esok baru pergi jalan-jalan"aku mengangguk.Memang aku nak rehat dekat hotel je hari ini.Penat sangat.

_____________


Seorang perempuan membetulkan cermin mata hitamnya sambil berjalan kearah seorang lelaki yang sedang berdiri disamping kereta.Sampai sahaja, bagasinya beralih tangan dengan lelaki itu dan diletakkan didalam bonet belakang.

"Mereka pergi hotel mana??aku harap kau intip orang betul"tanya Sunmi kepada lelaki itu apabila masuk kedalam kereta."Jangan risau.Memang orang betul yang kami intip.Lagipun kau bagi gambar.Tak mungkin orang aku silap.Dia orang berhenti di Amelie Hotel"

"Bagus.Bawa aku kesana sebelum hotel tu penuh.Aku tak ingin jauh dari pasangan sejoli tu"arah Sunmi sambil senyum sinis.Lelaki bernama George itu mengangguk faham dan pandu kereta pergi dari Paris Airport.

Telefon yang berdering menghentikan perbualan Sunmi dengan George."Hello, yes aku dah sampai.Sekarang dalam perjalanan nak ke hotel yang mereka berdua menginap"

"Pastikan apa yang kita rancangkan berjalan lancar.Aku tak nak lain pula jadinya.Aku percayakan kau.Jangan kecewakan kepercayaan aku Sunmi"

Sunmi memutar bebola mata dengan kata-kata Jinsoul.

"Kau tak payahlah risau.Aku tahu apa yang aku patut buat.Kau uruskan sahaja rancangan kita dekat Korea.Kau dengan Eric pun dalam kepercayaan aku"balas Sunmi.

"Okay, kau jangan risau.Dekat sini kami akan uruskan.Kami akan pastikan semua rahsia tak bocor"

"Ingat Jinsoul.Pastikan perempuan tu tak berpaling tadah atau bocorkan rahsia kita.Kalau dia rasa nak hidup lama.Aku tak takut nak bunuh orang.Tapi kena ingat, kalau rahsia kita bocor.Kita semua akan kedalam"

"Aku akan pastikan semua tu tak akan jadi.Perempuan tu sogok dengan duit, diamlah dia"

____________

Masuk sahaja kedalam bilik hotel, Jihyo terus melangkah laju kearah pintu balkoni.Terus dibuka.Dia mahu melihat permandangan.Chanyeol yang melihat tingkah isterinya itu tergeleng kepala.Dia menghampiri Jihyo yang sedang terpegun melihat permandangan sekitar Amelie hotel.

"Sayang, jangan jakun sangat boleh tak"tegur Chanyeol.Jihyo pusing kebelakang.Dia tersengih."Saya tak pernah datang sini.Ni first time.Cantik sangat permandangan dekat sini.Sebab tu Jakun"

Chanyeol tergelak kecil mendengarnya."Esok kita pergi jalan-jalan.Hilangkan Jakun sayang tu"Jihyo menepuk tangan tiba-tiba.Berkerut dahi Chanyeol dibuatnya.Pinggang Chanyeol dipeluk."Thanks, saya bahagia sangat.Belum pergi jalan-jalan pun saya dah rasa bahagia.Asalkan dengan awak"

Chanyeol mengukir senyum.Bahu Jihyo dipeluk penuh sayang."Aku minta maaf selama ni banyak sakitkan hati kau.Aku tahu hati aku buta masa tu.Tak nampak keistimewaan isteri aku ni.Kalau kau nak tahu bila dengan kau, jantung aku laju berdegup.Tapi aku nafikan.Sekarang aku dah tak boleh nafikan lagi.Aku sayangkan kau"

Jihyo mendongak memandang wajah Chanyeol."Jantung saya terbayangkan awak pun dah berdegup.Belum tengok lagi"ujar Jihyo sambil terkekek ketawa."Gedik ye kau"balas Chanyeol.Ubun-ubun Jihyo dikucup sayang.

"Jihyo.."

"Hmm.."balas Jihyo.Selesa betul dia didalam pelukan suaminya itu.

"Kau kuat kan?"

Jihyo mengangguk."Mestilah kuat.Saya ni isteri awak yang kuat tau"Chanyeol senyum kecil mendengarnya."Baguslah.Aku tak nak kau lemah.Apa pun yang jadi aku nak kau kuat semangat"

Dahi Jihyo berkerut."Kenapa awak tiba-tiba cakap macam ni?"tanya Jihyo.Chanyeol mengelengkan kepala dan semakin eratkan pelukan mereka.


____________



b e r s a m b u n g  . . .

[ C ] heartbeat • pcyTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon