| 31

671 120 68
                                    


Seungcheol menghampiri Chanyeol dan berdiri betul-betul dihadapan adiknya itu.Dia tidak berpuas hati dengan apa yang baru sahaja diungkapkan oleh Chanyeol.Bagaikan ada yang merasuk kedalam jiwa adiknya itu sehingga mengatakan sebegitu.

"Baik kau tarik balik apa yang kau cakap Chan??..jangan nanti kau menyesal.Kau sedar tak apa yang kau tengah buat ni??"sungguh dia tidak percaya adiknya sebegini rupa.Teganya perlakukan isteri sendiri sebegini.Betapa terlukanya hati Jihyo."Aku tak ada isteri yang berpeluk sakan dengan lelaki lain.Lebih parah lagi lelaki tu kau hyung"

"Chan kau salah sangka.Tak ada niat apa-apa antara kami berdua.Aku.."

Belum sempat Seungcheol menyambung, Jihyo memintas."Kalau awak dah tak boleh tengok muka saya..saya akan keluar dari rumah ni.Tapi sebelum tu saya nak awak ceraikan saya"

"Jihyo.."terkejut Seungcheol mendengarnya.Dia tahu Jihyo terluka.Tetapi dia tidak mahu mereka berdua bercerai."Kau memang meminta sangat ke jadi janda??"tanya Chanyeol menekan.Disudut lain Jinsoul duduk membelakangkan mereka bertiga.Dia duduk diatas sofa dengan senyuman dibibir.

"Awak dah tak boleh tengok muka saya.Jadi buat apa lagi saya berstatus isteri awak"dengan perasaan yang lemah Jihyo tuturkan satu persatu.Sungguh itu bukan yang hati dia mahukan.Dia sayangkan Chanyeol dan tidak ingin penceraian terjadi.Sungguh dia tidak inginkan itu.

"Chan kau jangan jadi gila.Fikirkan omma dengan appa Chan"ujar Seungcheol seakan merayu.

Chanyeol senyum sinis.Dia memandang kearah Jihyo."Aku tak boleh tengok muka kau bukan bermaksud aku akan lepaskan kau.Walaupun bukan sebab omma dengan appa sekalipun, aku tak akan ceraikan kau.Hyung, kau silap kalau kau ingat aku akan ceraikan dia.Tak akan hyung.Cuma Sekarang kau bawalah dia balik.Aku dah cukup tertekan sekarang"lepas sahaja mengatakannya, Chanyeol berjalan naik ketingkat atas.

Seungcheol toleh kearah Jihyo yang tunduk pandang lantai.Dia menangis lagi.Seungcheol terpandang Jinsoul yang sedang duduk disofa.Dia berjalan kearah wanita itu.

"Sampai bila kau nak tinggal dekat sini?"tanya Seungcheol mengejutkan Jinsoul.Dia yang duduk terus berdiri.

"Saya.."belum sempat menjawab Seungcheol memintas."Aku akan bawa Jihyo balik dengan aku.Tapi sebelum tu aku nak kau keluar dari rumah ni.Kau ingat aku akan biarkan kau tinggal berdua dengan Chanyeol.Kau ni banyak muslihat.Aku tak akan pernah percaya kau dah berubah"

"Saya nak pergi mana??..kalau balik rumah nanti bekas suami saya akan datang balik pukul saya"dengan suara sedih dia seakan merayu.Tetapi Seungcheol bukanlah seseorang yang mudah terpedaya.Tahu benar dia dengan niat sebenar Jinsoul.Tidak mustahil perasaannya terhadap Chanyeol masih ada.Pasti dia ingin mendapatkan Chanyeol kembali.

"Hyung..kau tak payah risau pasal Jinsoul.Aku dah dapatkan rumah untuk dia.Kau bawa je Jihyo balik.Aku tak tinggal serumah pun dengan Jinsoul"Chanyeol bersuara diatas tangga.Mudah benar apa yang dituturkannya itu.Langsung tidak memikirkan perasaan Jihyo sebagai isterinya.

"Kau sedar tak apa yang kau buat ni Chan.Kau ni nak gantung Jihyo tak bertali ke apa??"berbahan benar perasaan marahnya ketika ini.Apa Chanyeol sekarang mulai bersuara tanpa menggunakan akal fikiran??.

"Saya nak ambil pakaian"Jihyo bersuara."Tak payah.Pakaian kau dah ada separuh rumah appa.Tak perlu nak ambil semua dekat rumah ni.Aku dah cakap kan yang aku tak akan ceraikan kau"

_____________

Seungcheol POV..

Aku berhentikan kereta dibahu jalan.Sedari tadi Jihyo hanya mendiamkan diri.Apa yang aku tanya, hanya anggukkan yang dia balas.Aku tahu betapa terlukanya dia dengan sikap Chanyeol.Dalam keadaan dia yang sedih,risau dengan keadaan ommanya.Chanyeol sepatutnya berada disisi.Tetapi lain pula jadinya.Hati yang sememang sedih kini bertambah berganda ganda.Siapa saja yang mampu menahan.

"Ada sesuatu yang Jihyo nak share dengan oppa?"soalan itu aku ajukan.Aku tahu terlalu banyak yang dia pendam.Tentu tidak ada sesiapa yang boleh dia kongsi, luah.Sekarang aku rasa satu tanggungjawab.

Dia tunduk.Jari jemari dimainkan.Rambutnya sedikit menutupi sebahagiaan wajahnya itu.Aku tahu dia menangis kerana terdengar esakkan ditelinga aku ketika ini.Terlalu banyak dia menangis hari ini.

"Kalau menangis mampu melegakan, Jihyo menangislah seberapa banyak yang Jihyo mahu.Oppa tidak akan menghalang.Tapi kalau ada yang Jihyo nak kongsi.Oppa sedia dengar"

Dia mengangkat wajahnya, kini wajahnya paling kearah aku.Sungguh aku melihat matanya merah kerana menangis.Mukanya sembab.Seberapa berat kau menanggung rasa Jihyo?!..kalaulah oppa boleh membahagiakan kau, tetapi kau hak milik Chanyeol.Oppa tidak mahu mengkhianati adik sendiri.Oppa yakin Chanyeol adalah kebahagiaan kau Jihyo.

"Oppa..boleh tak oppa hantar saya rumah omma saya??saya nak tinggal dekat sana"dengan suara serak dia ajukan soalan itu kepada aku."Omma kan dekat hospital.Jihyo tak boleh tinggal seorang diri.Lagipun oppa tahu pasal appa tiri Jihyo.Bahaya Jihyo.Oppa tak akan benarkan"mungkin dia fikir aku tidak mengetahui tentang itu.

"Jihyo tak nak balik rumah appa dengan omma sebab Jihyo tak nak dia orang tahu masalah Jihyo dengan Chanyeol"

Dahi aku berkerut."Kenapa??!..Jihyo takut appa dengan omma marahkan Chanyeol??"aku hembus nafas kasar apabila dia mengangguk.Perlu ke dia risaukan Chanyeol dalam keadaan begini.Chanyeol sendiri tidak ada perasaan risau terhadapnya.Hati aku yang panas kini bertambah panas.

"Boleh tak Jihyo stop fikir pasal adik oppa tu??..kenapa susah payah risaukan dia??sedangkan dia buat jihyo begini.Fikirkan diri Jihyo dulu sebelum fikirkan dia"

"Tapi dia suami Jihyo"

"Suami??!..suami yang halau isteri sendiri??itu yang Jihyo panggil suami??"aku berjeda seketika."Oppa bukannya nak halang,marah Jihyo sayangkan suami isteri.Tapi dalam keadaan sekarang oppa nak Jihyo fikirkan diri sendiri dulu.Jangan seksa hati sendiri.Mampu ke Jihyo bahagia dengan seksa hati sendiri"

Tiada niat aku marahkan dia.Tetapi aku tidak suka dia terlalu memikirkan Chanyeol sehingga mengabaikan diri dia.Dia seolah olah menyeksa diri sendiri.Betul lah apa yang diperkatakan yang cinta itu buta.Manusia memang dibutakan dengan cinta sehingga tidak kisah dengan perasaan sendiri.Walau hakikatnya manusia itu sendiri yang buta, bukan cinta.

"Jihyo sayang dan cintakan dia oppa"

"Ye, oppa tahu.Jihyo tak cakap pun oppa tahu.Tapi tolonglah sekarang fikir hati sendiri dulu.Risaukan diri sendiri dulu sebelum Jihyo nak fikirkan pasal dia.Macam yang oppa cakap oppa tak boleh nak halang.Cuma oppa tak suka Jihyo seksa hati sendiri.Oppa yakin nanti Chanyeol akan sedar betapa berharganya Jihyo pada dia"

Akhirnya dia mengangguk juga.Aku tahu hati dia berat.Tahulah aku betapa kuat dan besarnya cinta dia terhadap Chanyeol.Hanya sahaja Chanyeol yang tidak menyedari atau pura-pura tidak sedar.

_____________

Jinsoul terpana apabila melihat rumah dihadapan matanya.Walaupun hanya setingkat, tetap cantik dan nampak mewah.Dia pusing kebelakang melihat Chanyeol yang sedang bersandar dikereta dengan wajah tidak ada secalit senyuman.

"Gomawo Chanyeol..cantik rumah ni.Susah susah je awak ni.Awak sebenarnya patut bagi yang biasa-biasa"tutur dia kepada Chanyeol."Kau tinggal jelah sementara dekat sini.Lagipun ini je aku ada.Rumah ni pun sebenarnya aku nak hadiahkan pada Jihyo.Tapi..kau gunalah dulu"

Jinsoul menekup mulut tanda terkejut."Awak nak bagi rumah ni pada Jihyo.Awak..saya rasa tak perlu kot saya tinggal dekat sini.Ni kan rumah awak nak bagi dekat Jihyo.Isteri awak.Saya rasa tak sedaplah"ujar Jinsoul dan mendekati Chanyeol.Dia bagaikan tersenyum didalam hati.Merasakan Chanyeol masih menyayanginya sehingga rumah yang ingin diberikan kepada Jihyo, kini diberikan kepadanya.Walaupun hanya sementara.

"Kau tinggal jelah dekat sini.Ini rumah yang aku ada untuk kau tinggal.Kita tak boleh tinggal sekali.Aku pun bukannya suruh Jihyo tinggal rumah appa sampai bila-bila"

Jinsoul terdiam.Apa perasaan Chanyeol sebenarnya??..kalau benar dia tidak mencintai Jihyo, kenapa dia tidak mahu menceraikan Jihyo.

____________


b e r s a m b u n g . . .

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now