| 14

658 126 4
                                    

Jihyo turun ketingkat bawah, Chanyeol masih lena tidur berselubung didalam selimut dia tengok sebelum keluar.Malas nak kacau, Jihyo biarkan saja.Kalau kejut nanti mengamuk tak tentu pasal pula.Lagipula hari ini cuti, mungkin 'suaminya' itu mahu tidur sepuas puasnya.Jihyo menumbuk numbuk perlahan bahu yang terasa lenguh.Macam mana tak lenguh kalau semalaman tidur atas sofa.Dahlah sempit.Chanyeol pula selesa tidur atas katil.

"Morning Jihyo.."ucap Puan Park ramah sambil berbalas senyuman dengan menantu kesayangannya itu.

"Morning omma"balas Jihyo.Meja makan dia hampiri.Puan Park mengamit supaya dia duduk.

"Chanyeol tidur lagi?!"

Jihyo mengangguk sambil tengok Puan Park menceduk nasi goreng kedalam pinggan dihadapannya."Sarapan berdualah kita nampak gayanya"ujar Puan Park membuat nada sedih.Dia duduk berhadapan dengan Jihyo.Nasi diceduk kedalam pinggan sendiri pula.

"Appa dengan SeungCheol oppa mana?!"tanya Jihyo apabila perasan akan ketiadaan keduanya.

"Dia orang keluar pergi site.Entah apa yang pentingnya omma pun tak tahu.Hari ni cuti pun pergi tengok site.Appa tu pun ikut sekali, walaupun sebelum ni cakap biar anak-anak 100% uruskan.Sekarang dia pula yang gatal kaki nak pergi"Jihyo tersenyum mendengar bebelan Puan Park.Nasi goreng disuap kedalam mulut.Menikmati keenakkan masakan ibu mertuanya itu.

"Jihyo..kejutkan Chanyeol suruh bangun sarapan.Dia tu tak boleh perut kosong, nanti gastrik"

Jihyo akur.Walaupun rasa malas dan takut-takut nak kejutkan suaminya yang lena tidur.Kan mengamuk habis bergempar satu rumah.Jihyo menapak naik ketingkat atas, pintu bilik dibuka.Chanyeol masih tidur, cuma sekarang tidak berselubung seperti tadi.Berselimut paras dada.Wajah pula berpeluh.Itulah akibatnya berselubung seluruh badan.Kan dah bermandi peluh.Jihyo berdiri ditepi katil Chanyeol.

"Chanyeol!!..omma suruh bangun sarapan!"panggil Jihyo sedikit keras.Langsung tiada tanda-tanda suaminya itu akan sedar.Keras macam mayat.Jihyo menghembus nafas.Susah betul nak kejutkan orang tua tinggi ni.

Bantal yang jatuh diatas lantai Jihyo ambil.Chanyeol dipukul berkali kali.Tak jadi cara halus, dia guna cara kasar."Bangunlah!!!..omma suruh bangun!!"

Chanyeol membuka mata.Terkejut dengan pukulan Jihyo.Walaupun tidak sakit, tetap menyedarkan dia dari tidur."Yahh!!..Song Jihyo apa kau buat ni??!"dia bangkit dari baring.Bantal yang dipegang Jihyo untuk memukulnya dirampas.

"Kau ni gila ke apa kacau aku tidur!"marah Chanyeol.Pantang betul ada yang menganggu tidur lenanya.

Jihyo buat muka tak bersalah."Omma suruh bangun sarapan.Ingat aku ni suka-suka je nak kacau tidur kau"bebel Jihyo geram.

Chanyeol turun dari katil dan berdiri dihadapan Jihyo.Wajah itu dipandang geram.Jihyo berpaling arah lain."Kau ni memang betul-betul menguji kesabaran aku"

CUP!!

"YAHHHH!!!..PARK CHANYEOLL!!"jerit Jihyo kuat apabila tiba-tiba pipinya dicium oleh Chanyeol.Membuatkan Chanyeol menutup telingannya serabut dengan jeritan Jihyo.Mempamerkan muka tidak bersalah."Itu balasan kacau aku tidur.Dah aku nak mandi.Kejap lagi aku turun"dengan slumber tuala dicapai dan dia memboloskan diri kedalam bilik mandi.

"Dasar telinga chapang!"getus Jihyo geram.Pipinya yang dicium Chanyeol sebentar tadi dikesat dengan belakang tangan.Belum pernah mana-mana lelaki buat sebegitu.Si tiang letrik itu orang pertama.Membuatkan Jihyo rasa nak tumbuk je muka itu.Dahlah dengan pamerkan wajah tidak bersalah.








___________

Songjihyo Pov...

Dia ingat dia siapa.Berani cium pipi aku.Aish, dasar lelaki tahu menyakitkan hati.Mentang-mentang dah jadi suami aku, ikut suka hati kau je cium aku.Aku tengok Chanyeol yang tengah menyapu jem diatas roti dengan rasa tidak berpuas hati.Jem tu kalau aku sapu kat muka dia elok juga.Biar kena hurung dengan semut.Sesekali dia pandang aku dengan muka tak bersalah.Geram aku nak hempuk.Siap sapu jem pada roti, dia mula makan sambil tengok aku.Serius, muka dia sekarang ni buat aku rasa menyampah gila.

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now