| 09

717 124 13
                                    


Tepat pukul 11:00 pagi mereka semua iaitu beberapa orang pelajar Konkuk University, tenaga pengajar dan pihak syarikat terkemuka bertolak ke Hanwha Seorak Sorano Resort.Tidaklah terlampau jauh kerana resort itu terletak di Gangwon - Do.Tidak berapa jauh dari bandar Seoul.Dengan hanya sebuah bas kerana tidaklah terlalu ramai yang pergi kesana.Jihyo duduk dibarisan yang sama dengan Chanyeol dan SeungCheol.Mereka duduk diselangi dua baris tempat duduk.Jihyo duduk dengan seorang pelajar perempuan yang tidak berapa rapat dengannya.

Dia tidak ada ramai kawan kerana hidupnya terlalu fokus dengan hal-hal yang dianggap penting di university.Hanya Seungkwan dan Dokyeom sajalah kawan rapat dengan dia.Mereka berdua duduk ditempat duduk belakang Chanyeol dan SeungCheol.Tiba-tiba handphone Jihyo berbunyi menandakan mesej masuk.Dari nombor yang tidak dikenali.Dia paling kesebelah.Pelajar perempuan bernama Bennie sedang lena tidur.Atas bas yang bising ni pun boleh tidur lena.

Unknown

Ingat, jangan kau cari pasal pula dekat sana nanti.Kan tak pasal-pasal kecoh satu resort










Songjihyo...

Dahi aku berkerut.Macam kenal je orang yang mesej aku ni dari cara dia typing.Aku toleh kebelakang.Bertembung pandang dengan si mamat sewel yang buat muka kerek dia tu.Aku jeling dia dan mengadap kedepan kembali.Dia ingat aku ni teruk sangat sampai nak bual hal dekat resort.Haish, mamat ni memang sengaja nak naikkan darah aku.Tapi mana dia dapat nombor aku?!..stalker ke??..HOHO, si chapang dah jadi peminat aku rupanya.Ah, tahi.Geli pula aku rasa.

"Ok, semua kita berhenti makan dulu.Lepas tu terus bertolak.Siapa nak makan tengahari, nak pergi tandas.Pergi sekarang sebab nanti kita tak berhenti mana-mana dah.Terus gerak ke resort"pemandu bas bersuara apabila dia berhentikan bas disatu tempat.Ada beberapa buah kedai makan dan tandas disitu.

Aku rasa malas nak turun.Tapi manusia sebelah aku ni mesti lapar.Aku tunggu pelajar lain keluar dahulu sebelum mengejutkan dia.Bising sangatlah diorang ni.Tapi tidur mati pula si Bennie ni.Seungkwan dengan Dokyeom mengajak aku turun, tetapi aku mengelengkan kepala.Mereka turun berdua, diorang tu sah-sah mahu melantak.Dasar hantu makan.

"Bennie..Bennie.."aku gerak gerakkan bahu Bennie untuk membangunkan dia.Dia mengeliat kecil dan mula mata dibuka.Aku dipandang.

"Dah sampai ke?!"

Aku mengeleng."Belum.Ni berhenti kat kedai makan.Kau nak makan pergilah turun"jawab aku kesian pula kalau dia lapar nanti.

"Ok, kau tak turun?!"

Sekali lagi aku mengelengkan kepala.Dia bangun dan berjalan turun dari bas.

"Kalau tak nak turun, nanti hyung beli bungkus.Kau mana boleh tak makan.Kan kena serang gastrik"aku toleh kebelakang apabila dengan satu suara.Laa, diorang belum turun lagi rupanya.Ingatkan aku seorang je tinggal dalam bas ni.Ermm, aku menurunkan sedikit kusyen, rasa nak tidur sekejap.Sakit badan pula duduk je dari tadi.

"Eh, Jihyo kenapa tak turun?!"

Aku membetulkan duduk apabila SeungCheol sudah berdiri disebelah tempat duduk aku."Saya tak lapar"

"Nak saya bungkuskan tak??!..mana tahulah nanti lapar"aku mengelengkan kepala bila dia tanya macam tu.Sebenarnya aku tak boleh makan kalau atas bas.Nanti aku muntah.Nak bagitahu tapi aku rasa malu pula.Dah macam budak-budak tidak boleh makan dalam bas.Dia mengangguk dan berjalan turun.

"Cakap jelah takut muntah"

Aku terus toleh kebelakang apabila Chanyeol bersuara.Dia ni kaki stalker ke apa semua tahu."Mana kau tahu??memandai je"jaga tepi kain orang betullah mamat ni.Jagalah tepi kain sendiri.Sibuk hal orang.Tapikan lain pula aku tengok dia hari ni.Dengan hoodie hitam, jeans blue black.Rambut pula dengan style macam artis kpop.HAHAHAHA, srsly..kau tengah puji dia ke apa ni SONG JIHYO.

WAKE UP!!!

DIA MUSUH KAU LAH..

JANGAN PUJI MUSUH..

KUTUK..HAHAHAHAHA

"Ramai dah aku jumpa orang macam kau ni.Tak boleh makan dalam bas sebab takut muntah.Macam budak-budak"amboi, mengata aku nampak mamat ni.

"Apa masalah kau nak mengata aku?!..macamlah dia tu tak macam budak-budak"aku peluk tubuh dan mengadap kedepan.Malas nak tengok muka bajet dia tu.

"Emo.Cakap sikit dah koyak"

"Whatever lah..aku bukan kau.Sibuk je dengan aku punya emo.Kalau jealous cakap jelah"

"Tak ada masa aku nak jealous dengan emo kau tu.Macam tak kerja"

Eleh mamat ni.Aku lempang kan sesia je muka handsome kau tu.Lebih baik aku tidur dari melayan kau.

"Hello,.."

Mata aku kembali dibukakan apabila dengar suara Chanyeol.Dia tengah bercakap ditelefon dengan seseorang.

"Sorry lah..i tak dapat jumpa you hari ni.I oustation ni.Bukan dekat Seoul"

Dengan yeojachingu lah tu.Apa punya namjachingu lah mamat ni.Tak bagitahu dia punya yeojachingu yang dia oustation.Tengok dari cara dia cakap pun dah tahu yang dia tak bagitahu.Tak gentle langsung.Malas nak sibuk tepi kain dia, aku pejamkan mata kembali.Sementara tunggu yang lain selesai diorang punya kegiatan memenuhkan perut masing-masing.Bolehlah diorang ni makan penuh-penuh perut masa naik bas.Srsly, aku tak boleh.Rasa nak muntah tu agak tinggi dia punya peratus.

Handphone aku berbunyi.Haish, ganggu betul aku nak tidur.Ada satu mesej masuk.

Unknown

Tak payah nak tidurlah.Tu semua orang dah nak naik bas dah tu.Kan tak pasal-pasal diorang tengok air liur basi dekat muka kau.

Aku tengok kedepan.Memang semua orang dah nak masuk dalam bas.Tapi..YAHHHH!!..aku tidur pun belum nyenyak.Air liur basi datang tang mana pula.Aku toleh kebelakang tengok dia.Dia sengaja pandang keluar tingkat.Hish, sakit hati betul aku dengan mamat sewel ni.Sibuk hal orang.



___________

Pukul 4:00 mereka semua sampai di Hanwha Seorak Sorano Resort.Masing-masing nampak kepenatan.Ada yang lepas bangun tidur.Mereka semua turun dalam bas dan menuju ke bilik masing-masing.Yan telah ditentukan semasa di university , kunci bernombor telah diberikan.Dua orang untuk satu bilik.Bennie yang sudah mengantuk tahap gaban pergi dahulu meninggalkan Jihyo dibelakang.Nak sambung tidur agaknya.Pelajar dan tenaga pengajar lain juga pergi kebilik masing-masing.

"Boleh tak?!"

Jihyo yang tergapai gapai ingin mengambil beg pakaiannya berpaling kebelakang apabila SeungCheol menegur.Jihyo hanya diam.Malu pula dengan dia punya ketinggian.Rasa nak menyumpah seranah bas ni kerana tempat letak beg pakaian sedikit tinggi.

"Dah tahu pendek, mintalah tolong orang"Chanyeol yang baru turun dari bas mengambil beg pakaian Jihyo dan diletakkan dihadapan perempuan itu.SeungCheol tersenyum melihat tindakkan Chanyeol.Baru dia nak menyuruh, adiknya itu dah buat.Barulah gentle.Ni tahu nak bergaduh je.

Muka Jihyo masam bila Chanyeol panggil dia pendek."Tahulah tiang.."gumam Jihyo perlahan.

"Chan..hyung nak pergi dekat customer servis kejap ye"ujar SeungCheol dan berjalan pergi.Dia bertindak sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan semua ini.

"Sedap je cakap aku pendek"

"Kenyataan memang macam tu kan.Tak nak mengaku pula"balas Chanyeol sambil mengambil beg pakaiannya.

"Kau ingat kau tu tinggi sangat"

Tiba-tiba Chanyeol mendekati Jihyo dengan rapat dan berdiri tegak dihadapannya.Terkejut dia dibuatnya.Terpaku kerana lelaki itu terlalu dekat."Aku memang tinggi pun.Bukan nak berlagak"ujar Chanyeol sambil wajah Jihyo dipandang.Terlalu dekat sehingga nafasnya terasa dipipi Jihyo.Terpaku Jihyo dibuatnya.

Chanyeol senyum sinis dan melangkah pergi meninggalkan Jihyo.

"Dasar mamat sewet"

__________







b e r s a m b u n g . . .

chanhyo_lovers

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now