| 34

680 114 19
                                    


Jihyo keluar dari bilik dan melangkah turun ketingkat bawah apabila selesai bersiap untuk ke university.Dia perlu meneruskan rutin harian serta tanggungjawabnya.Tidak mahu terlalu larut dengan kesedihan, walaupun rasa sedih masih ada.Mustahil untuk dia melupakan semuanya.Lebih lagi dia dapat agak siapa yang perlakukan ommanya sedemikian rupa.Cuma waktu sekarang dia rasa dia perlu tumpukan kepada pelajarannya yang hanya tinggal sebulan lagi akan tamatkan.Setelah itu, dia akan tuntut bela.Hukuman selayaknya akan dikenakan kepada pelaku.

Turun sahaja kebawah dia toleh keruang makan.Terlihat Chanyeol sedang menghidangkan sarapan.Dia menghampiri ruang makan.

"Awak masak?"tanya Jihyo dan berdiri berhadapan dengan suaminya itu.Chanyeol mengeleng."Aku tak pandai masak.Ni aku beli makanan bungkus je.Duduklah sarapan dulu"Jihyo menurut.Kerusi ditarik, duduk dilabuhkan.Chanyeol turun duduk, berhadapan dengan Jihyo.Nasi goreng bungkus menjadi menu sarapan mereka pagi ini.

"Betul ke kau nak pergi ni??tak nak rehat lagi dekat rumah?"tanya Chanyeol dan mendapat anggukkan dari Jihyo.

"Saya tak nak terlalu sedih.Sebab saya tak nak omma sedih bila nampak saya sedih.Saya nak omma happy"

Chanyeol mengangguk faham.

"Makan cepat.Aku hantar kau"

"Eh, tak apalah awak.Seungkwan call dia nak tumpangkan saya.Awak mesti kena cepat.Banyak kerja lagi"

Chanyeol meletakkan sudu yang dipegangnya.Dia berpeluk tubuh.Pandangan diarahkan kepada Jihyo."Sekarang ni aku atau Seungkwan suami kau??"Jihyo menunduk apabila mendengar soalan Chanyeol."Aku ni belum sakit lagi tau.Sihat.Dan aku ni suami kau.Kau ingat aku nak bagi kau pergi dengan lelaki lain sedangkan aku tengok je macam orang bodoh.Boleh tak kau jangan nak kaitkan dengan kerja aku??"

"Saya minta maaf"Jihyo mengangkat wajah.Riak wajah Chanyeol kelihatan tegang.Suaminya itu marah.Dia mengaku salah dia.Ada suami pun mahu menumpang dengan orang lain.Dia cuma tidak mahu menganggu masa kerja Chanyeol.Sudah pasti suaminya itu banyak tanggungjawab di pejabat.

Chanyeol berdecit.Dia bangun dan masuk keruang dapur untuk membasuh tangan.Jihyo berdiri dengan rasa bersalah membuat suaminya itu marah.

"Cepat!..aku tunggu dalam kereta"arah Chanyeol dan terus berjalan keluar dari rumah.Jihyo terkocoh kocoh masuk keruang dapur.Terpaksalah dia memberi alasan kepada Seungkwan.Merajuk pulalah mamat seorang itu.

_________

Sunmi keluar dari keretanya dan berjalan kearah seorang perempuan yang sedang berdiri ditepi pondok sebuah taman.Dia berdiri disebelah perempuan itu.Berlagak seperti biasa.Sunmi membetulkan cermin mata hitam yang dipakainya.

"So, apa rancangan kau sekarang??..sampai tak boleh cakap dalam telefon"tanya Sunmi kepada perempuan tersebut.Tiba-tiba perempuan tersebut memberinya telefon.Mula-mula dia merasa pelik.Tetapi setelah melihat skrin dia mulai faham sedikit.

"Isteri dia?"

Anggukkan dibalas untuk soalan Sunmi itu.Dia tersenyum sinis apabila sudah ketahui apa yang membuatkan dirinya ragu dan tertanya tanya selama ini."Aku tak sangka teruk juga citarasa Chanyeol.Langsung tak sesuai dengan dia"dia berjeda dan mengamati gambar tersebut."Perempuan ni kerja ke belajar?"

"Belajar lagi.Betul lah apa kau cakap.Chanyeol tu lebih layak dipanggil buta.Dia fikir isteri ni untuk dua tiga hari.Apa sangatlah pengalaman perempuan muda, tak matang tu"

Sunmi angguk setuju.

"Jadi sekarang apa kau nak aku buat?"

Dia sepertinya sudah tidak sabar untuk menjalankan tugas.Tidak kisah kalau tidak nampak memiliki Chanyeol.Asalkan hatinya puas dengan segala rasa tertipu yang dicipta oleh lelaki itu selama ini.Merasakan dirinya terlalu bodoh mempercayai lelaki itu betul betul mencintainya, tetapi hakikatnya Chanyeol sudah mempunyai isteri.Marah,dendam terbuku didalam hatinya saat ini.

"Aku tahu yang kau sendiri tahu apa yang nak dibuat.Cuma yang aku nak perempuan tu dengan Chanyeol berpisah.Walau dengan apa cara sekalipun.Aku tak suka melihat kebahagiaan mereka berdua.Kebahagiaan diatas penderitaan aku.Aku rasa kau pun rasa macam tu"

Sunmi senyum sinis."Chanyeol kena bayar setiap apa yang dia buat.Dia bodohkan aku.Tipu aku.Aku akan balas rasa sakit ni.Tapi isteri dia pun kenalah rasa juga.Siapa suruh dia muncul antara kita"

"Aku harap kau buat apa yang kau katakan.Se..cepat mungkin.Aku dah tak sabar nak tengok kemusnahan mereka berdua"

"Wait and see"balas Sunmi penuh tekad.

_______

Chanyeol memberhentikan keretanya dihadapan university.Dia toleh kesebelah apabila Jihyo tidak berganjak keluar.

"Kau tak nak keluar ke?"tanya Chanyeol."Saya nak minta maaf pasal sebentar tadi.Saya sedar salah saya.Saya tidak sepatutnya tumpang orang lain.Sedangkan awak suami saya ada"jawab Jihyo dan membetulkan duduknya betul betul mengadap Chanyeol.Dia rasa bersalah.

"Tak apalah.Kalau kau nak pergi dengan orang lain pergi je.Aku ni tak ada hak pun nak halang.Kita kahwin pun sebab terpaksa kan"

Jihyo mengeleng laju."Jujur saya cakap sekarang saya tak fikir langsung pasal semua tu.Saya ikhlas nak hidup dengan awak.Luahan perasaan saya pada awak sebelum ini jujur ianya dari hati saya"ujar Jihyo penuh kesungguhan.Rasa cintanya terhadap suami sendiri sudah hadir lama dan kini kian bercambah.

"Kalau betul apa yang kau cakap tu.Kau tak akan buat macam tu tadi.Kau tak akan rancang nak pergi dengan lelaki lain.Aku ni siapa sebenarnya pada kau??..jangan tipu aku.Aku paling pantang orang paksa sukakan aku.Kalau tak suka cakap tak suka.Aku tak adanya nak marah, pukul kau.Yang aku marah bila kau permainkan perasaan aku dan perasaan kau sendiri"

Airmata Jihyo menitis."Saya ikhlas cinta dan sayangkan awak.Saya tak pernah tipu dengan persaan sendiri"dia tunduk memandang tangannya.Airmata menitis diatas tangannya.

"Asal kau tahu ye Jihyo.Aku ni memang cemburu buta.Yes, aku berani mengaku.Jadi tolong buat cara yang kau tu hak aku.Aku tak suka nak kongsi hak aku dengan orang lain.Selagi boleh pertahankan.Aku akan pertahankan.Faham tak?"

Jihyo mengangguk faham dan mengangkat wajah memandang Jihyo."Erm..awak pun cintakan saya?"tanya Jihyo dengan gugup.Tiba-tiba kepalanya diketuk oleh Chanyeol.

"Boleh tak jangan jadi bodoh.Lain kali bila orang cakap apa apa tolong fokus.Kau ingat apa aku cakap tadi apa??.."

"Aku pun cintakan kaulah tu"sambung Chanyeol membuatkan Jihyo tersengih malu."Haih, dahlah pergi masuk kelas.Lambat dah ni.Aku pun ada kerja"

"Gomawo!"

Cupp!!

Terdiam Chanyeol apabila Jihyo pantas mencium pipinya dan terus keluar dari kereta.Bukan main berani lagi.

________


b e r s a m b u n g . . .

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now