| 35

681 110 15
                                    


Chanyeol POV...

Sampai sahaja pejabat, bilik Cheol hyung dahulu yang aku tuju.Aku mahukan cadangan serta pendapat dari dia.Memandangkan otak aku sudah lama tepu tentang perkara seperti ini.Cheol hyung yang sedang fokus memandang skrin komputer beralih melihat aku.Aku duduk dihadapannya.Tergendala seketika aktivitinya dengan kehadiran aku.

"Apa yang kau nak bagitahu hyung sangat ni??sampai tak boleh cakap dalam telefon"soal Cheol seperti soalan yang diajukan kepada aku ketika aku menghubunginya tadi."Hyung..aku nak minta pendapat kau ni"

"Pendapat pasal apa?"dia bersandar dikerusi sambil tepat memandang aku.Rasa malu pula aku nak cakap dengan Cheol hyung ni.Kerana dia tahu betapa tingginya ego seorang Park Chanyeol.Pen didalam bekas aku ambil dan diketuk ketuk dipermukaan meja sehingga mengeluarkan sedikit bunyi.

Hyung memandang aku dengan riak pelik.

"Hmm..aku kan hyung..cadang.."aku berjeda seketika untuk menenangkan gelora hati.Cheol hyung masih menanti apa yang ingin diberitahu oleh aku."Aku cadang nak bawa Jihyo bercuti.Kau rasa ok ke?"tanya aku sambil senyum kekok.

Berkerut dahi Cheol hyung aku tengok."Oklah tu.Yang kau takut sangat nak bagitahu kenapa??aku ingat apalah tadi"balas Cheol hyung bersahaja.

"Aku ingat kau nak gelakkan aku hyung.Yelah, aku selama ni kan..kau tahu macam mana"

Cheol hyung tergelak kecil."Tak adalah.Mana ada hyung gelakkan kau.Ni yang hyung harapkan selama ni.Benda sebelum ni kau tak payahlah nak ingat balik"

"Ni kau nak bawa Jihyo bercuti dekat mana?"tanya Cheol hyung buat aku mula berfikir.Hurmm..inilah aku nak tanya dia ni.Aku tak tahu nak bawa Jihyo pergi mana."Kau rasa dekat mana paling sesuai?"tanya aku minta pendapat.Walaupun Cheol hyung belum berkahwin, tetapi dia seorang kaki travel dulu.Banyak tempat yang dia dah pergi.Jadi aku bercadang nak bawa Jihyo pergi bercuti luar dari Korea.Bagi dia pengalaman pergi oversea.

"Hurmm..kalau dengan isteri ni tempat paling sesuai yang romantic.Nanti bolehlah kau buat kejutan dekat dia.Ni kau dah luahkan perasaan kau dekat dia?"

Aku mengangguk."Dah, tadi dekat dalam kereta masa hantar dia pergi university tadi"ternganga Cheol hyung apabila aku jawab sebegitu."Apahal lah adik aku seorang ni tak romantic sangat.Chan, dalam kereta tu kalau kereta kau tu depan tasik, effeil tower, namsan tower ke memang elok.Ni depan university.Kalau hyung ni Jihyo dah lama hyung hempuk kau guna buku"

Jelingan maut aku berikan pada Cheol hyung."Masalahnya kau bukan Jihyo"dia tak tahu walaupun depan university, aku ni dapat kiss tau dekat pipi.Aku lempang juga hyung ni.Boleh pula dia gelak bila aku jeling.

"Dahlah tu.Kau nak bagi idea ke nak gelakkan aku ni hyung"geram pula aku.Dia berhenti gelak.Ingat lawak sangat ke??tak lawak langsung tahu tak.

"Ok ok..hyung cadangkan kau pergi Paris jelah.Tak payah fikir sangat.Kau pun pernah pergi sana.Dah tahu suasana dekat sana macam mana.Paris tu pun dah memang dikenali sebagai kota cinta"

Aku peluk tubuh.Bernas juga idea hyung ni."Paris??..hurmm, ok juga tu.Nantilah aku tanya Jihyo dia busy tak"

"Hyung fikir dah confirm"

Aku mengeleng."Aku kena tanya dia punya jadual dulu.Mana tahu busy dengan assignment ke.Aktiviti university ke"Cheol hyung mengangguk angguk faham.

___________

Habis sahaja kerja, Chanyeol pergi ke university untuk menjemput Jihyo.Hari ini Jihyo habis kelas lewat, jadi tidak perlulah dia menunggu lama.Pergi je Jihyo dah ada tunggu dekat pondok university. Chanyeol mengetuk ngetuk stereng kereta sambil memandang Jihyo sedang berbual dengan Seungkwan dan Dokyem.Apabila menyedarinya Jihyo terus meminta diri dan berjalan kearah kereta Chanyeol.

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now