| 22

669 111 2
                                    


Puan Song berjalan masuk kedalam bilik anak menantunya sambil membawa semangkuk ais dan tuala kecil.Tergeleng geleng kepalanya apabila melihat Chanyeol sedang terbaring sambil menyentuh dahinya yang lebam kebiruan.Jihyo pula bersila disebelahnya.Itulah berani benar nak jadi hero lawan lelaki sasa itu semua.Ingatkan seorang sahaja datang.Rupanya muncul pula tiga orang lelaki bertubuh sasa.Puan Song menghulurkan mangkuk kepada Jihyo.

"Tuam dekat tempat lebam tu.Sekejap lagi omma bagi air rebusan herba.Bagi Chanyeol minum"

Jihyo mengangguk."Baik omma"

Puan Song berjalan keluar untuk melihat air rebusan herba yang direbusnya.Chanyeol bingkas bangun dari baring.Dia bersila mengadap Jihyo membuatkan Jihyo sedikit terkejut.Terkelip kelip matanya.

"Awak ni kenapa?"tanya Jihyo sambil tangannya sibuk membasahkan tuala dengan ais.

"Bagitahu aku kenapa lelaki-lelaki tadi datang??..bukan ke yang datang rumah kau buat masalah hanya appa tiri kau tu.Kenapa pula muncul lelaki-lelaki tak guna semua tu??"tanya Chanyeol laju bagaikan tidak sempat nak bernafas.

"Appa saya brhutang dengan dia orang.Jadi kami yang jadi mangsa hutang dia orang.Appa dah lari"

Riak wajah Chanyeol jelas kelihatan marah."Aku tak tahulah nak cakap macam mana dengan appa tiri kau tu.Memang tak boleh tengok kau dengan omma senang agaknya.Kau dengan omma bukannya orang asing.Darah daging dia juga.Tak habis-habis buat masalah.Geram pula aku"

Wajah Jihyo sekadar bersahaja.Dia sudah rasa terbiasa dengan segala masalah dari appa tirinya itu.Kalau dia marah sekalipun tidak akan mengubah apa-apa.Susah untuk appa tirinya berubah.Hidup dia dan omma memang sampai bila-bila akan dirundung , dibelenggu masalah.

Chanyeol memandang Jihyo yang tengah tunduk itu.Sibuk membasahkan tuala dengan ais.Lebih tepat tengah memikirkan tentang hal ini."Kau tak payah risaulah.Nanti aku bincang dengan appa.Bayar hutang appa kau tu"

Jihyo mengangkat wajah dan laju mengeleng."Janganlah.Saya tak nak susahkan appa.Awak lebam kena pukul ni pun saya rasa bersalah sangat"

Chanyeol tidak menghiraukan.

"Bila kau nak tuam dahi aku ni??..rendam tuala tu dah lembik dah aku tengok"tegur Chanyeol membuatkan Jihyo cepat-cepat mengangkat tuala.Diperah terlebih dahulu.Dan dia mula tuam dahi Chanyeol yang lebam kebiruan.

"Ehem.."

Mata mereka berdua bertembung pandang apabila Chanyeol tiba-tiba berdeham.Tangan Jihyo masih lagi didahi Chanyeol bersama tuala basah.Terpaku Jihyo tatkala Chanyeol perlahan lahan mendekatkan wajahnya.Jantungnya bagaikan mahu melompat keluar kerana berdebar.

"Hyo..bagi Chanyeol air herba ni"

Terkejut Jihyo dan Chanyeol apabila Puan Song tiba-tiba muncul bersama sekelas air.Cepat-cepat wajah mereka dijauhkan.Puan Song bereaksi bersahaja.Dalam hati rasa ingin ketawa.Geli hati meihat kekalutan anak menantunya itu.

"Nah..bagi Chanyeol minum"

"Kalau tak minum tak boleh ke omma??..saya tak biasa minum air herba"tanya Chanyeol dengan muka cemberut.Dia memang jarang sangat minum air herba.Kalau sakit, demam selalunya pergi hospital dan doktor bagi ubat.Rasa ubat lebih baik baginya dari rasa air rebusan herba.

Puan Song senyum."Kena minum kalau nak badan tu sihat, kuat .Air rebusan herba ni penawar.Pahit tu biasalah bagi herba.Pahit tu kan penawar.Dah..Hyo pastikan Chanyeol minum sampai habis"pesan Puan Song tegas membuatkan Jihyo gelak kecil apabila melihat wajah tak puas hati Chanyeol.Puan Song berjalan keluar.

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now