| 23

675 111 8
                                    


SeungCheol yang sedang berdiri didepan meja Sakura mengalihkan pandangannya kearah Chanyeol yang laju sahaja berjalan kebiliknya.Tidak pandang kiri kanan terus masuk.Tahulah SeungCheol yang adiknya itu mempunyai masalah.Dia kenal benar dengan adiknya yang seorang itu.Kalau ada masalah mesti protes.Fail yang dia pegang dia letak diatas meja pembantu peribadinya itu.

"Sakura, awak tolong hantar fail ni kebilik Leo.Suruh dia semak balik apa yang tak kena.Sekarang saya nak uruskan apa yang tak kenal dengan budak gergasi seorang tu"seloroh SeungCheol membuatkan Sakura tersengih.SeungCheol berjalan kearah bilik Chanyeol.Apalah yang tidak kena tu.

"Chan..boleh hyung masuk?"tanya SeungCheol.Dia menjenguk kedalam.Chanyeol tidak menjawab.Kalau tak bagi masuk pun, abangnya itu tetap masuk.

SeungCheol terangguk angguk.Dia masuk dan pintu ditutup.Dia menghampiri meja Chanyeol dan duduk dihadapan adiknya itu.Direnung muka masam Chanyeol sehingga berkerut dahi itu.Lebam didahi Chanyeol dia sudah tahu apa puncanya.Yang dia tidak tahu sekarang adalah kenapa dengan adiknya itu.Muka masam mencuka, kusut sahaja.Tak akanlah bergaduh dengan Jihyo hingga sebegitu.

"Kau nak apa ni hyung?"tanya Chanyeol.Rimas dipandang sebegitu.

SeungCheol bersandar dikerusi.Dia memeluk tubuh.

"Kenapa hyung tengok kau macam orang ada masalah ni??..apa yang jadi.Gaduh dengan Jihyo?"tanya SeungCheol.Hanya itu yang dia syak sekarang.

"Bukanlah hyung.Gaduh dengan dia tu perkara biasa"

SeungCheol terangguk angguk kepala.Lega juga hatinya kerana kalau Chanyeol bergaduh dengan Jihyo bukan perkara serius.Tidak perlulah dia terlalu risau dengan mereka berdua.

"Habis tu sekarang kenapa kau macam ni?"

Chanyeol menghembus nafas berat.Memikirkannya pun dia rasa serabut sangat."Dia muncul balik"jawab Chanyeol singkat.Dia harap abangnya itu faham.

"Dia??..siapa dia?"ternyata tidak faham.

"Jinsoul..dia muncul balik"

Terkejut juga SeungCheol mendengarnya.Tetapi dikawal perasaan terkejutnya itu.Ini pula benda biasa baginya.Benda lepas yang harus dibuang.Tidak perlu difikirkan lagi.Tetapi tidak tahu pula dengan Chanyeol ni.Masih fikirkan lagi atau tidak.

"Oh, apa masalahnya sekarang ni?"

Berkerut dahi Chanyeol mendengar pertanyaan abangnya itu."Ni je reaksi kau hyung??.."

"Habis tu kau nak hyung buat reaksi macam mana??..bukannya kau jumpa dengan hantu, raja zaman joseon ke apa.Kau jumpa Jinsoul je pun.Apa yang jadi masalah untuk kau sekarang ni?"dia mula duduk tegak.Meletakkan kedua lengannya diatas meja.

"Kau tak faham hyung"Chanyeol bersandar dikerusinya dengan rasa serabut.

"Apa yang hyung tak faham??..hyung tak faham yang Jinsoul tu bukan siapa-siapa dengan kau??..hyung tak faham yang kau tu dah ada isteri nama Song Jihyo??..hyung tak faham semua tu ke Chan??"

"Atau kau tu yang tak faham.Ada isteri masih lagi nak fikir first love kau yang entah apa-apa tu.Sampai kusut, serabut macam ni"balas SeungCheol tegas.Dia pula yang serabut sekarang ini berhadapan dengan Chanyeol.

"Dahlah hyung.Aku malas nak cakap pasal hal ni"Chanyeol memejamkan mata.Mengantuk pula dia rasakan.Makin kusut dia rasa.

SeungCheol berdiri."Ingat sikit Chan kau tu dah kahwin.Tak payah nak fikir sangat pasal perempuan tu.Lagi satu ingat sikit apa yang dia buat dekat kau dulu.Jangan sebab perasaan mengarut kau tu, kau tunduk dengan kekecewaan dan dalam masa yang sama kau sakitkan hati perempuan yang tak bersalah.Yang dah jadi isteri kau"tekan SeungCheol dan setelah itu berjalan keluar dari bilik Chanyeol.

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now